Asas untuk perhubungan selamat antara insan dan teknologi

Okta menguasakan Dropbox dengan pengurusan identiti moden, memperkemas pelaksanaan dan pengurusan kitaran untuk IT sambil memberi pekerja akses mudah kepada alat yang mereka sukai.

Logo Okta

Semakin pekerja merangkul aplikasi yang berasaskan awan untuk memacu produktiviti dan kerjasama, keperluan IT untuk menguruskan keselamatan semakin berubah. Platform identiti Okta memenuhi keperluan ini, menawarkan pentadbir Dropbox satu set alat yang kukuh untuk memudahkan operasi kitaran pengguna dan melaksanakan Dropbox di seluruh syarikat dengan pantas. Bersama-sama, Okta dan Dropbox menguasakan kerjasama selamat dengan perkhidmatan keselamatan canggih seperti Daftar Masuk Tunggal, Pentauliahan Dua Faktor, dan pengurusan kitaran pengguna.

  • Integrasi dengan AD/LDAP.Lanjutkan infrastruktur direktori sedia ada anda untuk menyokong pelaksanaan Dropbox Business anda dengan mudah, termasuk situasi berbilang domain dan berbilang induk.
  • Daftar masuk tunggal.Memberikan pengguna platform tunggal untuk mengakses Dropbox dan semua aplikasi awan anda, menyingkirkan keperluan untuk kata laluan atau kelayakan tambahan. Kuatkuasakan dasar akses bersyarat untuk memastikan pengguna anda hanya mengakses Dropbox Business daripada peranti dan lokasi yang dipercayai.
  • Pengurusan kitaran pengguna. Automasikan proses mencipta, mengemas kini, menggantung dan memadam pengguna daripada konsol tunggal yang berintegrasi dengan direktori aktif (AD), protokol akses direktori ringan (LDAP) dan SSO.
  • Pengurusan kumpulan. Bawa dan selaraskan keahlian pengguna kepada kumpulan daripada AD ke Dropbox, lantas membolehkan kerjasama dalam dan luar pasukan serta memastikan pengguna mempunyai akses ke kandungan pasukan mereka dari hari pertama.
  • Pengurusan mobiliti. Dayakan akses pengguna kepada Dropbox dengan selamat pada tablet dan telefon pintar melalui Dropbox EMM.
  • Pengalaman pengalihan keluar yang lebih canggih.Semasa proses pembuangan untuk Dropbox Business, alih keluar atau gantung pengguna, buang data daripada peranti dipaut pengguna dan hantar fail kepada ahli pasukan lain.