Tadbir Urus Identiti – menguruskan identiti digital secara berkesan dan selamat

SailPoint memperkasakan pelanggan kami untuk mentadbir urus identiti digital dan menguruskan hak akses mereka yang sentiasa berubah bagi aplikasi dan data enterprise

SailPoint  merupakan peneraju pembekal penyelesaian urus tadbir identiti enterprise. Platform identiti terbuka SailPoint membolehkan organisasi menguruskan seluruh kitaran hayat identiti pengguna yang mengakses Dropbox Business, mengawal akses pengguna dengan lebih berkesan, menyediakan data anda untuk pemindahan ke Dropbox Business dengan selamat, mengenal pasti data sensitif dan memantau tingkah laku berniat jahat.

  • Memantau dan menyelaraskan sesiapa yang mengakses Dropbox Business Penyelesaian  urus tadbir identiti SailPoint membenarkan anda menguruskan dan mentadbir urus pengguna, kumpulan dan hak untuk Dropbox dan mengautomasikan permintaan dan peruntukan akses pengguna. Meningkatkan keselamatan dan prestasi audit dengan menyemak dan mengantarakan akses dengan segera. 
  • Pantau akses tidak sesuai. Pusatkan kebolehlihatan anda kepada pengguna dan akses mereka di Dropbox dan awan dan aplikasi di premis yang lain. Para pentadbir boleh mengaudit dengan mudah dan memastikan akses ada dalam dasar korporat.
  • Peroleh kebolehlihatan data yang lebih meluas. Kenal pasti dan kelaskan data sebelum pemindahan untuk memperoleh kebolehlihatan yang jelas di seluru aset data anda dan optimumkan jenis data yang perlu dialihkan ke Dropbox.
  • Bersihkan keizinan. Kumpul dan analisis kebenaran kepada fail untuk mengetahui lebih mendalam tentang individu yang mempunyai akses dan mengemas kini isu akses tidak sesuai untuk mengurangkan risiko keselamatan terhadap kandungan anda.
  • Tetapkan pemilikan data. Perkasakan pemilik data yang mempunyai maklumat kecerdasan paling banyak tentang data untuk mengambil peranan utama dalam menguruskan akses dan memastikan pengguna yang betul mempunyai akses kepada data yang betul.
  • Sokong persekitaran hibrid. Sama ada data anda berada dalam pusat data atau dalam Dropbox Business anda, urus tadbir data tersebut dengan set kawalan dan dasar berpusat.

Sumber

Akan datang.