{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Studio reka bentuk antarabangsa ini menggunakan Dropbox Business untuk berkongsi fail projek yang besar, membolehkan perkongsian lancar bersama pekerja bebas dan klien di seluruh dunia.

Hasil Utama 401

Akses mudah, teratur kepada fail projek

Perkongsian lancar dan cepat dengan pekerja bebas dan klien seluruh dunia

Penyelarasan fail mudah dan boleh diharapkan untuk memacu kerjasama, termasuk kemas kini segera terhadap paparan meja media

Cabaran

Mencari satu penyelesaian

Model seni bina mungkin kecil dari segi saiz, tetapi ia besar dalam matlamatnya — untuk menyampaikan seluruh wawasan pembangunan hartanah. Untuk mencapai matlamat besar ini, 401 perlu mengumpulkan maklumat yang terdiri daripada rangkaian pengangkutan dan tipologi perumahan kepada perpaipan air serta pembinaan akan datang — dan menyampaikan maklumat ini memerlukan banyak perkongsian fail sesama ramai rakan kongsi. Menurut Matthew Quinn, Pengarah 401, syarikat ini pernah “berhempas pulas dengan cara menyampai dan berkongsi maklumat selama beberapa tahun,“ bergantung terutamanya pada pemacu keras mudah alih dan laman FTP yang tidak selalu dapat diakses oleh klien firma ini. Selepas mengetahui tentang Dropbox, Quinn memutuskan untuk mencubanya untuk berkongsi fail bersama beberapa rakan sekerja. Beliau pantas melihat bahawa ahli pasukan dapat berkongsi fail bersama klien dan rakan kongsi dengan lebih mudah, dan lebih teratur secara keseluruhan. Tidak lama selepas itu, seluruh pasukan Quinn mula menggunakan Dropbox Business — dan kemudian seluruh syarikat mengikut langkah beliau. Quinn berkata, “Kami mula menggunakan Dropbox Business dengan kerap dan pantas. Ia begitu berkesan dari awal, kami mahu menggunakannya untuk segala-galanya.“

“Dropbox Business merupakan hab pusat yang menghubungkan perniagaan kami secara dalaman dan luaran.“

Penyelesaian

Membina asas yang kukuh

Satu pameran atau model seni bina yang dihasilkan oleh 401 boleh memerlukan beratus-ratus lakaran dan banyak lelaran. Storan fail yang mudah dan boleh diakses menjadi keperluan besar. Salah satu sebab utama Dropbox diterima begitu pantas di 401 adalah kerana ia satu penyelesaian boleh skala untuk mengatur jumlah data yang besar untuk projek gergasi. Contohnya, projek terbaru syarikat ini untuk King's Cross di London meliputi 8 juta kaki persegi tanah yang akan dibangunkan dalam masa 15 tahun. Hanya kira-kira satu suku bangunan dalam tapak projek ini hampir selesai, dan seperti kata Quinn, “Masih terdapat begitu banyak maklumat yang akan berubah. Kami menggunakan Dropbox Business untuk memastikan semua maklumat itu berada di satu tempat, teratur mengikut tarikh ia diterima, supaya semua orang boleh menjejak perubahan dengan tepat.“ Sementara projek semasa firma ini diteruskan dan projek baru masuk, Dropbox Business akan menjadi penting dalam kemajuan — bukan sahaja dengan memusatkan semua data, tetapi juga memastikan data berada di hujung jari selama mana yang diperlukan. Seperti yang diakui Quinn, “Dropbox Business merupakan hab pusat yang menghubungkan perniagaan kami secara dalaman dan luaran. Kami boleh bekerja dalam satu projek tahun ini, dan lima tahun kemudian diminta untuk bekerja dalam projek yang sama sekali lagi. Ada satu tanggapan bahawa kami akan masih memiliki maklumat itu — dan terima kasih kepada Dropbox, ia boleh dilakukan.”

“Kami mula menggunakan Dropbox Business dengan kerap dan pantas. Ia begitu berkesan dari awal, kami mahu menggunakannya untuk segala-galanya.“

Hasil

Mengubah landskap dengan model baru

Inovasi di 401 menjangkau lebih daripada sekadar reka bentuk. Pasukan ini telah merintis satu cara baru untuk menyampaikan konsep perancangan bandar yang penting, menjangkau penyampaian model bangunan tradisional. Semasa bekerja dalam projek untuk Majlis Perancangan Bandar Abu Dhabi, 401 membangunkan sebuah meja yang diperbuat oleh televisyen untuk mempamerkan model. Meja ini terdiri daripada media interaktif untuk membantu menambah warna dan penceritaan kepada evolusi kawasan kejiranan. Satu lagi meja seperti ini berada di King's Cross dan akan terus berada di sana sepanjang hayat projek 15 tahun ini. Tetamu Pusat Pelancong King's Cross boleh berinteraksi dengan meja ini untuk melihat segala-galanya daripada laluan pengangkutan dan lokasi kedai kepada fakta sejarah — semuanya merupakan fail yang muncul pada meja media ini menerusi suapan secara langsung dari Dropbox Business. Sejak pengenalannya, teknologi meja media firma ini telah mendapat permintaan tinggi antara klien — bermakna 401 mesti menyokong pelbagai jenis fail pameran media khusus untuk setiap projek. Apabila klien mempunyai imej atau maklumat baru untuk ditambah ke meja mereka, pasukan ini kerap ditugaskan untuk membuat kemas kini dengan cepat. Penyelesaian lama memerlukan pekerja 401 untuk pergi ke lokasi sebenar meja media dan mengemas kini fail untuk pameran meja secara manual, tetapi dengan Dropbox, fail boleh dikemas kini dari jauh. “Dropbox Business akan menyelaras dan bum! Meja media di Copenhagen atau Abu Dhabi atau New York akan mainkan fail baru, dan kami elakkan pening kepala untuk menyelaraskan teknologi ini dari jauh,” teriak Quinn. Klien gembira kerana mereka boleh mengeluarkan maklumat terkini begitu pantas, dan mereka menghargai betapa mudahnya untuk berkongsi data yang dikemas kini dengan 401. Dan disebabkan banyak projek firma mengambil masa bertahun-tahun, malah berpuluh-puluh tahun, kepuasan pelanggan ini amat-amat penting. “Dropbox Business membolehkan kami untuk bekerja dengan lebih baik dengan klien,“ kata Quinn. “Dulu FTP mendatangkan masalah, tetapi saya langsung tidak pernah dengar orang yang berkata mereka tidak boleh gunakan Dropbox. Ia seolah-olah berkesan untuk setiap jabatan IT.“