{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Portal kerjaya ini menggunakan Dropbox Business untuk berkongsi material pemasaran bersama klien dengan mudah, memperbaiki perkhidmatan pelanggan dan mengurangkan kekangan terhadap sumber IT.

Hasil Utama ABSOLVENTA

Kerjasama lebih pantas dan mudah

Lebih penjimatan masa disebabkan kurang keperluan sokongan IT

Keselamatan lebih ketat ke atas data syarikat

Cabaran

Kegagalan pelayan memacu permintaan untuk penyelesaian baru

Sebelum melaksanakan Dropbox Business, ABSOLVENTA bekerja menggunakan infrakstruktur pelayan fail mereka sendiri. Seluruh pengetahuan syarikat ini disimpan pada pelayan tersebut, yang memerlukan penyelenggaraan yang kerap oleh jabatan IT. Lama kelamaan, cakera keras mula memberi masalah. Pelayan fail syarikat ini mempunyai salinan pemacu keras dan syarikat juga mempunyai sandaran, tetapi untuk menggantikan pemacu cakera keras yang gagal dan mencipta semula RAID memakan masa dan tenaga. “Bila difikirkan balik, ia satu penyelesaian yang amat berisiko. Apabila pelayan kami mula gagal, kami mencari satu penyelesaian yang boleh diharapkan dan dipercayai, yang akan memastikan data kami selamat,“ kata Markus Waitl, ahli pasukan pembangunan syarikat ini.

“Dropbox Business menawarkan storan yang mencukupi dan mempunyai kefungsian pentadbir yang amat mudah untuk digunakan, membolehkan pentadbir akaun untuk menguruskan hak akses kepada dokumen dan folder dengan pantas."

Penyelesaian

Pemindahan data lancar

Ramai kakitangan sudah pun biasa menggunakan Dropbox dan memiliki akaun peribadi, jadi mereka lazim dengan ciri-ciri dan kefungsiannya. Akhirnya, ABSOLVENTA memutuskan untuk membeli Dropbox Business kerana ciri-ciri yang mudah dan mesra pengguna. Pemindahan data dari pelayan fail lama telah diuruskan dengan lancar melalui klien Dropbox. Syarikat ini dapat mengekalkan struktur folder sedia ada dan menyalinnya ke awan. Hari ini, setiap pekerja mempunyai lesen Dropbox Business mereka sendiri, jadi semua pasukan di ABSOLVENTA telah beralih ke awan tanpa kehilangan rentak. Di samping Dropbox Business, pasukan pemasaran ABSOLVENTA menggunakan Paper untuk berkongsi pengetahuan secara dalaman dan luaran. Sidang akhbar media dan material foto diedarkan secara luaran melalui Dropbox manakala surat berita pemasaran dalaman didraf dan dikongsi bersama kakitangan dalam Paper secara bulanan. Pasukan jualan berkongsi material bersama pelanggan melalui Dropbox. Seperti yang dijelaskan Markus, “Klien mengenali Dropbox apabila kami menghantar pautan kongsian kepada mereka, ini menjadikan perkongsian luar begitu mudah.“

“Jika anda mencari penyelesaian pelayan fail yang boleh diharapkan dan pada masa yang sama meningkatkan kerjasama antara pekerja, maka Dropbox adalah rakan kongsi yang anda cari.“

Hasil

Lebih masa untuk pembangunan

Pelaksanaan Dropbox Business telah menjimatkan masa semua orang, lebih-lebih lagi jabatan IT. Sebagai sebuah syarikat kecil, pakar IT ABSOLVENTA bukan hanya ditugaskan untuk menguruskan masalah desktop dan pelayan. Menguruskan pelayan fail diuruskan sepenuhnya oleh kakitangan pembangunan—pengatur cara yang kini bebas untuk mengusahakan produk. Tugas-tugas seperti menyelenggara pelayan fail, menyandarkan data dan memulihkan fail yang hilang sudah lesap. “Tanggungjawab ini telah dikongsi antara setiap pekerja kerana mereka menyimpan data mereka dalam Dropbox dan boleh memulihkan fail dengan mudah tanpa sokongan IT. Pengurusan risiko telah dikurangkan sama sekali, kerana kami boleh menjejak segala-galanya balik dan ia menyediakan keselamatan yang kami perlukan,” tambah Markus. Beliau boleh melaburkan masa yang diperolehi ke dalam pembangunan, yang penting ke untuk inovasi dan kemajuan di ABSOLVENTA. Syarikat ini turut telah menyingkirkan keperluan VPN sepenuhnya untuk mengakses fail syarikat. Segala-galanya sudah tersedia di mana-mana sahaja terdapat sambungan Internet. Nasihat Markus buat syarikat lain, “Jika anda mencari penyelesaian pelayan fail yang boleh diharapkan dan pada masa yang sama meningkatkan kerjasama antara pekerja, maka Dropbox adalah rakan kongsi yang anda cari.“