Syarikat teknologi bahasa ini menggunakan Dropbox Business untuk berkongsi skrip dan rakaman dengan mudah dan selamat ke seluruh dunia, mengurangkan kos perkapalan dan kehilangan pemacu keras dengan ketara.

Hasil Utama Appen

Pemindahan pecut fail besar

Penjimatan masa dan kos ketara

Kurang masa dihabiskan menyelesaikan masalah

Cabaran

Sesat dalam terjemahan

Untuk menangkap corak pertuturan, loghat dan sebutan perkataan dengan tepat untuk teknologi klien — seperti pengecaman pertuturan dan sistem tutur-ke-teks — Appen kerap menghantar pasukan ke lokasi di serata Afrika, Asia, Eropah dan Amerika Utara. Pekerja boleh berada di lokasi sehingga enam bulan, merekod perbualan dan skrip yang bersamaan dengan data yang sangat besar. Memandangkan sesetengah pelanggan Appen memerlukan projek berjalan dengan pantas, pekerja di tapak harus mampu menghantar bahan yang direkodkan ke pejabat-pejabat Appen di A.S., Australia dan Filipina sepantas yang mungkin. Pada mulanya, syarikat ini cuba menggunakan penyelesaian FTP, menghantar pemacu keras, malah menerbangkan pekerja berulang-alik dengan peranti penyimpanan data untuk memastikan tiada apa-apa yang hilang atau dicuri. Tetapi setiap kaedah itu mendatangkan masalahnya sendiri dalam bentuk kepantasan dan keberkesanan. Stephen Norris, Naib Pengerusi Operasi untuk Sumber Bahasa Appen menjelaskan, "Alat yang kami cipta untuk menyalin data semuanya memerlukan campur tangan manual dan tidak terlalu boleh diharapkan. Dengan zon waktu berbeza dan cabaran logistik, ia boleh mengambil masa tiga hingga empat hari untuk menyelaras pasukan IT kami dengan pasukan di tapak — yang mana membazir banyak masa." Semasa satu projek panjang yang rumit, Norris terfikir bagaimana perkongsian fail akan menjadi ringkas jika "ia bekerja dengan senyap seperti Dropbox." Pasukan pembangun perniagaan Appen sudah pun menggunakan Dropbox dan telah melaporkan hasil yang bagus. "Saya agak risau dengan bagaimana Dropbox akan menampung jumlah data besar yang kami pindahkan," akui Norris. "Tetapi pasukan pembangun perniagaan mengatakan ia jauh lebih pantas daripada sistem lama. Mereka memberikan kami keyakinan bahawa Dropbox berkesan."

“Dropbox Business begitu teguh dan boleh diharapkan. Saya berada dalam industri teknologi sejak tahun 1990-an, dan saya terkejut untuk bertemu produk yang mendakwa boleh melakukan perkara-perkara ini dan kemudian benar-benar berkesan.”

Stephen Norris, Naib Presiden Operasi Sumber Bahasa, Appen

Penyelesaian

Pelarasan yang boleh diharapkan sedang berjalan

Norris memutuskan untuk melancarkan Dropbox Business kepada semua orang dalam pasukan Sumber Bahasa dan pantas menyedari bahawa Dropbox mampu menyelaraskan data bersaiz terabait tanpa masalah. Oleh kerana penyelarasan Dropbox memecutkan pemindahan dengan memulakan muat turun fail sementara muat naik masih sedang berjalan, beribu-ribu jam wawancara audio boleh dikongsi dengan pantas bersama ibu pejabat Appen di Sydney. “Dropbox membolehkan kami memindahkan sejumlah besar data tanpa perlu mengotorkan tangan kami,“ kata Norris. “Sebelum ini, orang mungkin perlu bertanya jika pemindahan berkesan, tetapi kini apabila mereka melihat di dalam folder, mereka boleh yakin apa yang dilihat adalah fail yang terkini.“ Tidak kira di mana kakitangan Appen bertugas di seluruh dunia, atau apa peranti yang mereka gunakan, Dropbox Business terus menghubungkan mereka. Norris berkata, “Dropbox Business begitu teguh dan boleh diharapkan. Saya berada dalam industri teknologi sejak tahun 1990-an, dan saya terkejut untuk bertemu produk yang mendakwa boleh melakukan perkara-perkara ini dan kemudian benar-benar berkesan.” Walaupun semasa pekerja Appen berada di lokasi dengan akses internet yang perlahan — atau tiada langsung — penyelarasan Dropbox tidak akan tergagap. Teknologi penyambungan semula pemindahan secara automatik memastikan fail dapat diselaraskan sepenuhnya. Seperti yang dijelaskan Norris, “Apabila sambungan Internet terputus dan kembali semula, Dropbox akan menyedarinya dan terus menyambung penyelarasan di mana ia terhenti.“

“Kami mempunyai pejabat di Sydney, Filipina, dan Pakistan, dengan staf di New Zealand, Australia, Eropah, dan A.S. Cubaan untuk menyelaras ke semua lokasi tersebut dengan mana-mana penyelesaian lain selain daripada Dropbox Business adalah kerja gila.“

Stephen Norris, Naib Presiden Operasi Sumber Bahasa, Appen

Hasil

Keberkesanan masa dan kos

Semasa Appen menggunakan perkhidmatan perkapalan untuk menghantar pemacu keras, ia terpaksa menghabiskan berpuluh-puluh ribu dolar untuk memastikan penghantaran fail yang pantas. Dan menurut Norris, “Segala-galanya perlu disandarkan kerana lambat laun, pemacu pasti akan hilang. Ia memang mencekik darah.“ Dropbox Business bukan sahaja mengelakkan Appen daripada bimbang tentang fail yang hilang, ia menyelamatkan syarikat ini daripada perlu membayar kos penghantaran. Ia turut menyingkirkan kos buruh yang berkaitan dengan penyelesaian FTP. “Selama sekurang-kurangnya setahun, orang yang menyelenggara FTP kami menghabiskan satu pertiga masanya hanya untuk menyelesaikan masalah dan melatih orang cara menggunakannya,“ tambah Norris. Dengan Dropbox, pekerja boleh beroperasi dengan lebih produktif dan fokus pada memastikan projek terus berjalan. Menurut Norris, Dropbox mengurangkan masa yang diambil untuk menghantar data ke pejabat-pejabat Appen, yang mana mempercepatkan kadar produk mampu dihasilkan. Ia juga mengurangkan risiko pengumpul data daripada melakukan terlalu banyak kerja jauh lebih awal daripada orang yang melakukan kawalan kualiti — membantu menyingkirkan keperluan untuk merekod semula data yang rosak. “Ia sememangnya satu aplikasi menyeluruh yang hebat,“ katanya. “Kami mempunyai pejabat di Sydney, Filipina, dan Pakistan, dengan staf di New Zealand, Australia, Eropah, dan A.S. Cubaan untuk menyelaras ke semua lokasi tersebut dengan mana-mana penyelesaian lain selain daripada Dropbox Business adalah kerja gila.“

Penyelesaian perkongsian dan penyimpanan terbaik untuk perniagaan anda