Dengan pasukan jualan yang kerap berada di luar, Athlon Media Group bergantung pada Dropbox Business untuk menyediakan wakil jualannya dengan kolateral yang diperlukan dalam mesyuarat dan pembentangan jualan.

Hasil Utama Athlon Media

Produktiviti meningkat antara wakil jualan

Mobiliti dan keupayaan pembentangan bertambah baik

Kerjasama lancar dalam pasukan yang berkembang

Cabaran

Beroperasi pada kelajuan tinggi

Media merupakan industri yang sentiasa berubah, untuk selaras dengan trend, persaingan, dan pengguna, penerbit harus bergerak dengan pantas — kekal tangkas dan anjal. Bagi Athlon Sports, tuntutan perniagaan yang biasa bertambah apabila ia mengambil alih Publishing Group of America dan telah ditugaskan untuk menggabungkan pejabat New York dengan pejabat di Tennessee, semuanya sambil berkembang pada kadar pecut. Satu keperluan pertama yang perlu ditangani oleh Athlon Media Group yang baru sahaja ditubuhkan ini adalah akses fail kongsian. Syarikat ini menyediakan kakitangan baru dan sedia ada dengan pelayan di pejabat Nashville, namun pantas menyedari batasannya. Jika terlalu ramai orang mendaftar masuk untuk memuat naik atau mendapatkan fail secara serentak, pertukaran fail akan bergerak begitu perlahan. Disebabkan kekangan privasi, kontraktor luar dan pelanggan tidak dapat mengakses pelayan, jadi fail perlu die-melkan secara berterusan atau dikirim ke laman FTP. “Ia sangat melecehkan dan mengecewakan,” kata Anna Feagan, Pengurus Pemasaran. “Saya beritahu bos saya akan beralih kepada Dropbox kerana saya tidak tahan lagi dan perlukan penyelesaian yang pantas. Dan kemudian Dropbox mula menjadi perkara yang normal untuk semua orang.” Dropbox Business memberi pasukan jualan dan pemasaran Athlon Media Group satu cara untuk bekerja dengan lebih pantas dan cekap — dan bersaing dengan langkah pantas industri ini. “Pasukan jualan dan pemasaran telah berkembang daripada lebih kurang sepuluh kepada tiga puluh orang. Sekarang kami ada lima puluh orang,” kata Feagan. “Kami beroperasi dari tempat yang mempunyai kesungguhan tinggi dan Dropbox Business sejenis teknologi yang membolehkan kami bekerja pada kelajuan pecut dan terus berkembang semasa berhadapan dengan perubahan.”

“Kami beroperasi dari tempat yang mempunyai kesungguhan tinggi dan Dropbox Business sejenis teknologi yang membolehkan kami bekerja pada kelajuan pecut dan terus berkembang semasa berhadapan dengan perubahan.”

Anna Feagan, Pengurus Pemasaran, Athlon Media Group

Penyelesaian

Menyokong pasukan petugas mudah alih

Oleh kerana Athlon melakukan perniagaan dengan syarikat akhbar dan pengiklan di seluruh negara, merantau menjadi satu keperluan untuk pasukan petugasnya. Wakil syarikat dan bebas sentiasa bergerak, dan memerlukan akses yang boleh diharapkan kepada material jualan dan pemasaran. Dengan Dropbox Business, wakil jualan boleh yakin bahawa apabila mereka hadir di mesyuarat pelanggan, dek pembentangan terkini akan diselaraskan di dalam Dropbox dan sedia untuk dibentangkan dengan segera. Menurut Feagan, “Dropbox Business satu sumber yang benar-benar menjimatkan masa dan meningkatkan kecekapan. Disebabkan fleksibiliti Dropbox Business, wakil jualan di seluruh negara boleh mendapatkan pembentangan dan fail-fail lain tanpa perlu bimbang untuk ke pejabat atau menghantar apa-apa melalui e-mel.” Dengan kepayahan menggunakan pelayan sudah lama berlalu, kini Athlon mempunyai kebebasan untuk mengintegrasikan teknologi mudah alih seperti iPad ke dalam proses penjualan iklan. Walaupun pelayan tidak dihidupkan untuk sebarang jenis penggunaan mudah alih, Dropbox Business membolehkan wakil jualan Athlon mengakses dan membentangkan PowerPoint dan PDF daripada peranti tablet mereka dengan mudah. “Dropbox Business adalah cara yang terpantas untuk menyerahkan material yang kami cipta di New York ke tangan wakil jualan negara kami,” kata Feagan.

“Saya juga seronok melihat rakan sekerja lama saya menggunakan Dropbox Business. Ia menjadikan hidup mereka lebih mudah!”

Anna Feagan, Pengurus Pemasaran, Athlon Media Group

Hasil

Ukuran kejayaan

Dari sudut interaksi dalaman pula, Dropbox Business bertindak sebagai alat perkongsian fail utama antara Athlon dan jabatan penyelidikan luar. Jabatan ini menyusun laporan respons kaji selidik Starch — yang mengukur prestasi penerbitan Athlon dan memainkan peranan penting dalam kejayaan berterusan syarikat ini. “Dropbox Business membantu kami menyiapkan penyelidikan penting yang kritikal dalam cara yang amat terkawal,” ulas Feagan. “Pasukan penyelidikan kami boleh berkongsi dan mengakses fail yang relevan, sambil kami memastikan semua data syarikat lain sulit.” Secara dalaman, semakin banyak pasukan menyedari keberkesanan tawaran Dropbox Business, Athlon menyaksikan lebih ramai kakitangan yang berminat untuk menggunakannya untuk berkongsi fail. Permintaan akaun telah merebak daripada pasukan jualan dan pemasaran kepada banyak kumpulan lain di seluruh syarikat. Feagan menyatakan, “Banyak jabatan di Nashville kini mahu menggunakan Dropbox Business. Mereka telah melihat bagaimana ia berkesan untuk pasukan kami — dan bagaimana ia telah menjadi alat yang mengagumkan untuk mengurangkan salah faham.” Beliau menambah, “Saya juga seronok melihat rakan sekerja lama saya menggunakan Dropbox Business. Ia menjadikan hidup mereka lebih mudah!” Langkah-langkah dalaman dan luaran seperti ini menjadi penting kepada kejayaan berterusan Athlon. Apabila lebih ramai kakitangan menemui cara untuk memperbaiki kelajuan dan ketangkasan kerja menggunakan Dropbox Business, Athlon Media Group akan dapat menjamin tempat sebagai peneraju dalam industri penerbitan yang bergerak pantas.

Penyelesaian perkongsian dan penyimpanan terbaik untuk perniagaan anda