Pasukan Olimpik dan Paralimpik mendapat maklumat teknikal dan sokongan yang mereka perlukan untuk mara ke pingat emas—dengan Dropbox Business memastikan mereka kekal bertenaga dan sedia maklum di mana sahaja mereka berlatih atau bertanding di seluruh dunia.

Australian Sailing Team, sebuah organisasi sukan

Hasil Utama Australian Sailing Team

Australian Sailing Team, sebuah organisasi sukan

Akses serta-merta kepada fail teknikal yang penting

Australian Sailing Team, sebuah organisasi sukan

Perkongsian fail rakaman video besar yang bebas masalah

Simpanan dan perkongsian maklumat sulit yang selamat

Cabaran

Pelayan yang tidak memenuhi tujuannya

Dengan lebih daripada 50 atlet, 15 jurulatih dan 30 sekutu sokongan, kumpulan elit yang membentuk Australian Sailing Team (AST) sentiasa bergerak — kedua-dua dalam dan luar air. Pasukan ini bergerak secara berterusan ke destinasi global dan tempat yang berlainan, berlatih untuk dan bersaing dalam program regata, termasuk Olimpik and Paralimpik. Mempunyai akses kepada maklumat strategik semasa dalam perjalanan adalah kunci kepada kejayaan pasukan ini, tetapi cuba untuk mendapatkannya semula daripada pelayan fail di ibu pejabat organisasi di Australia terbukti merupakan kesukaran yang kerap untuk ahli. Ahli pasukan mengambil jalan keluar dengan menyimpan dokumen di dalam komputer riba masing-masing dan menggunakan e-mel untuk berkongsi fail, tetapi mereka menghadapi isu kawalan versi dan tidak selalunya pasti bahawa maklumat paling terkini sampai ke tangan yang betul. Di samping itu, terdapat kebimbangan mengenai keselamatan dan pendedahan rahsia teknikal. Selepas mengkaji beberapa penyelesaian, AST memutuskan untuk menggunakan Dropbox Business. Pengurus Program, Katie Culbert berkata, “Kami menyukai keselamatan yang ia tawarkan, akses mudah, kefungsian pengguna, dan hakikat bahawa kami boleh berkongsi folder dengan orang tertentu. Ruang simpanan juga merupakan faktor utama. Kami berasa selesa dengan Dropbox Business sebagai penyelesaian.”

Penyelesaian

Memastikan ahli pasukan sejajar dan data selamat

Kini, tidak kira di mana ahli AST berada di dunia, mereka boleh mengakses fail yang mereka perlukan dengan pantas untuk melakukan kerja mereka dan mempertingkatkan prestasi kompetitif. Jika teknik perlu diubah atau layar perlu dipotong secara berlainan, ahli pasukan boleh bekerja bersama-sama untuk menyelesaikan masalah, bekerjasama dalam pelan di dalam Dropbox Business. “Ahli pasukan menggunakan Dropbox Business untuk berkongsi segala-galanya yang bersesuaian daripada video latihan kepada analisis prestasi kepada kesejahteraan atlet.“ tambah Culbert. “Ia juga digunakan untuk berkongsi projek teknikal dan program dengan atlet, jurulatih, dan kakitangan. Ia benar-benar penting kepada operasi pasukan.” Oleh kerana fail cache AST mengandungi maklumat sensitif yang terdiri daripada data sulit perubatan kepada rahsia profesional, kawalan keselamatan dan perkongsian telah menjadi aset yang besar. Dropbox Business membolehkan organisasi menetapkan keizinan yang memastikan bahawa hanya orang yang berkenaan boleh mengakses fail. “Jurulatih kami yang paling skeptikal juga yakin fail adalah selamat di dalam Dropbox Business.” kata Culbert. “Pernah terdapat sedikit kebimbangan mengenai rahsia teknikal kami didedahkan, tetapi Dropbox Business memberikan kami tahap kawalan dan keselamatan yang sangat diperlukan.”

Hasil

Budaya kemenangan untuk pasukan

Sejak mengalihkan failnya kepada Dropbox Business, Australian Sailing Team telah melihat perubahan ketara terhadap mobiliti dan kecekapan. Dengan atlet berada dalam perjalanan selama lapan ke sembilan bulan setiap tahun, dan ahli kakitangan bergerak antara dua dan enam bulan, beroperasi secara penuh di mana-mana lokasi adalah tidak ternilai. Menurut Culbert, “Kami dapat meluangkan lebih banyak masa untuk menyelesaikan masalah dan menyiapkan kerja, di sebalik cuba untuk menyelesaikan isu sambungan. Kami menghadapi begitu banyak masalah sebelum Dropbox Business—Saya boleh katakan kami telah melihat peningkatan produktiviti sekurang-kurangnya sebanyak 30% sejak menyediakannya.” Dengan memberikan AST kelebihan seperti fleksibiliti, sambungan yang lebih kukuh, dan keselamatan fail, Dropbox Business memainkan peranan utama dalam melanjutkan kejayaan pasukan. Culbert merumuskannya, berkata, “Saya mengesyorkan Dropbox Business kepada mana-mana pasukan yang mempunyai atlet, jurulatih, dan kakitangan dengan jadual yang berlainan, bekerja di lokasi yang berbeza. Ia membantu mempertingkatkan operasi pasukan dan membolehkan semua orang fokus kepada faktor penting yang memberi impak terhadap prestasi.”

Penyelesaian perkongsian dan penyimpanan terbaik untuk perniagaan anda