{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Bauer Media merealisasikan kandungan cetakan, web, dan video terlaris dengan mobiliti dan kerjasama yang lebih baik menerusi Dropbox Business.

Hasil Utama Bauer Media

Penerimaan pesat dan keahlian mudah

 Aliran karangan media diperkemas

Keselamatan ketat ke atas data yang dikongsi

Cabaran

Memenuhi permintaan perniagaan baru

Sebagai penerbit pelbagai majalah media yang terkenal di Australia — termasuk The Australian Women’s Weekly, Woman’s Day, Harper’s BAZAAR, ELLE, Australia Gourmet Traveller dan Real Living — Bauer Media telah lama komited dalam mencipta kandungan yang menjulang anugerah. Apabila ia diambil alih dua tahun yang lalu, syarikat ini mengenal pasti beberapa jurang dalam prosesnya, yang menyerlahkan keperluan untuk ketampakan yang lebih terperinci ke dalam data projek dan akses fail yang lebih baik untuk tenaga kerja yang teragih.Salah satu perubahan terbesar yang perlu ditangani syarikat ini adalah keperluan yang meningkat untuk beralih daripada kaedah perkongsian fail tradisional seperti pemacu rangkaian, e-mel, dan cetakan kertas. Menurut Pakar Strategi Mobiliti, Kathryn King, “Keperluan untuk menyokong keupayaan pekerja kami untuk bekerja dari jauh dan di mana sahaja semakin meningkat kerana perniagaan kami berubah. Kami perlukan satu penyelesaian yang membolehkan kami berkongsi fail dengan tahap keselamatan dan kebolehgunaan yang sama kukuh.”

“Dropbox Business satu penyelesaian kerjasama yang selamat, ringkas, dan boleh diharapkan yang membantu kami beroperasi sebagai sebuah organisasi yang tangkas dan dinamik. Ia menyediakan pengguna kami dengan pengalaman teknologi ‘seperti di rumah’ dengan kebolehpercayaan dan keselamatan penyelesaian bertaraf perusahaan.”

Penyelesaian

Mentakrifkan semula aliran kerja penerbitan

Di dalam Dropbox Business, Bauer Media menemui platform yang memastikan semua orang selaras — tidak kira di mana mereka bekerja. Proses kerjasama yang dulunya memerlukan timbunan kertas atau salinan CD kini mengambil tempat melalui folder kongsian. Seperti yang dijelaskan King, “Dropbox Business telah membolehkan kami mentakrifkan semula banyak aliran kerja kandungan dan cara kami bekerjasama. Keupayaan untuk menulis komen dalam fail, dan menyebut ahli pasukan lain dalam dokumen sememangnya hebat; ia semestinya alat kerjasama yang canggih buat kami.” Untuk memastikan fail disimpan dengan selamat sepanjang proses kerjasama, Bauer Media bergantung pada OKTA untuk integrasi Active Directory (AD) dan single sign-on. “Kami hanya tambah orang ke kumpulan AD dan OKTA akan memulakan proses ini, jadi ia sangat mudah,” kata King. Menurut King, reaksi seluruh syarikat terhadap Dropbox Business amat menakjubkan. Beliau menyifatkan kejayaan penerimaan itu terutamanya kepada kemudahan penggunaan, sambil menambah, “Orang mahukannya — mereka datang minta daripada kami, hairan sekali. Ia produk yang paling mudah untuk dilaksanakan.”

“Setiap hari, sebahagian besar daripada apa yang saya lakukan melibatkan Dropbox Business. Ia telah mempengaruhi cara saya membangunkan strategi mudah alih saya, dan sebenarnya, ia sedang mengubah cara kami bekerja.”

Hasil

Penerbitan lebih cepat, produk akhir lebih baik

Dengan Dropbox Business terus mengeluarkan ciri-ciri baru, seperti Lambang Dropbox, pekerja Bauer Media terus memperkemaskan aliran kerja dan mencari peluang untuk meningkatkan kecekapan. Projek bergerak pada kadar yang lebih cepat berbanding sebelum ini dan syarikat terus memperbaiki cara ia bekerja. Seperti yang dinyatakan King, “Ia sepadan dengan matlamat syarikat ini sekarang — iaitu berdedikasi untuk menyediakan ketangkasan itu dalam dunia digital baru.”