Beratus-ratus kakitangan di syarikat runcit global ini menggunakan Dropbox Business untuk merevolusikan proses rekaan mereka sambil menguasakan pasukan IT mereka dengan kawalan bertaraf perusahaan.

Hasil Utama BCBGMAXAZRIA GROUP

Kecekapan dan komunikasi lebih baik

Keselamatan lebih ketat merentas jenis fail dan peranti

Kurang ketegangan ke atas sumber IT

Cabaran

Mencari pilihan yang lebih sesuai

Rekaan fesyen adalah proses yang kerap berulang. Dari konsep ke rak pakaian, kebanyakan rekaan melalui beberapa kali ulasan dan semakan sebelum mencapai kesempurnaan. Di BCBG MAX AZRIA GROUP, LLC, protokol lama untuk proses ini memerlukan rim kertas yang banyak dan kunjungan ke syarikat pencetak yang tidak terkira. Editor Laman Christiaan Gunther mengingati, "Sebelum Dropbox, kami sebenarnya mencetak setiap satu pilihan secara fizikal daripada setiap satu penggambaran, dan setiap hari kami akan mempunyai bertimbun-timbun kertas." Walaupun e-mel menjimatkan kos dan kelihatan seperti pengganti yang baik, ramai pekerja mendapati ia lambat dan leceh. Beberapa orang pekerja mula meneroka alternatif untuk berkongsi rekaan, dan Dropbox pantas menjadi alat pilihan. Dalam usaha untuk menangani tuntutan pekerja yang semakin berkembang di samping memastikan data syarikat disimpan dengan selamat, pasukan keselamatan BCBG MAX AZRIA GROUP, LLC memutuskan untuk menilai Dropbox dan penyelesaian berpotensi yang lain.

“Kami memutuskan untuk beralih kepada Dropbox Business kerana ia amat mudah untuk digunakan, ia telah diterima meluas oleh pengguna kami, dan ia memberi saya ciri-ciri keselamatan yang saya perlukan.“

Karl Ma, Pengurus Kanan Maklumat, Keselamatan dan Pematuhan Global

Penyelesaian

Nampak kemas

Dropbox Business telah dilancarkan kepada beratus-ratus pekerja BCBG MAX AZRIA GROUP, LLC di seluruh dunia. Disebabkan kelaziman yang meluas dengan akaun Dropbox peribadi, peralihan kepada akaun perniagaan menjadi mudah. “Dalam tiga tahun setengah saya di BCBG MAX AZRIA GROUP, LLC, pelancaran Dropbox Business barang kali merupakan projek termudah yang saya pernah lakukan,“ tambah Ma. Sejak itu, proses pencetakan lama dan pencetakan semula rekaan telah menjadi lebih pantas dan cekap. Daripada berurusan dengan kertas, pasukan rekaan syarikat ini berkongsi kerja daripada iPad mereka melalui Dropbox. “Segala-galanya dalam PDF digital yang akan dimuat naik ke Dropbox,“ jelas Gunther. “Menggunakan iPad atau iPhone mereka, mana-mana pemegang syer boleh mengakses imej pada bila-bila masa, semasa ia dicipta.“ “Pasukan perdagangan runcit BCBG MAX AZRIA GROUP, LLC juga tidak sabar untuk menggunakan Dropbox Business selepas tempoh masa yang lama menggunakan laman FTP. Pekerja barangan dulu berkongsi fail dengan Saks, Bloomingdale's, Nordstrom, dan klien lain melalui FTP — memerlukan kedua-dua pihak untuk memuat turun perisian khas dan mematuhi had storan. Namun Dropbox menawarkan mereka perkongsian yang lebih mudah untuk semua fail besar mereka. Gunther mengakui, “Reaksi pertama saya apabila IT melaksanakan Dropbox adalah lega kerana saya tahu bahawa ia akan merevolusikan cara kami bekerja, menjadikan kerja kami lebih mudah, dan menjadikan kami semua lebih cekap dalam kerja kami.“

“Reaksi pertama saya apabila IT melaksanakan Dropbox adalah lega kerana saya tahu ia akan merevolusikan cara kami bekerja, menjadikan kerja lebih mudah, dan membuatkan kami semua lebih cekap dalam apa yang kami lakukan.”

Christiaan Gunther, Editor Stail, BCBGMAXAZRIAGROUP

Hasil

Dijahit dengan sempurna

Storan yang banyak telah menjadi salah satu aset terbesar yang diberikan oleh Dropbox Business kepada BCBG MAX AZRIA GROUP, LLC. Dengan rekaan baru, fotografi, dan fail-fail lain sentiasa diedarkan melalui syarikat, ruang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi. “Dropbox Business membuatkan saya nampak bagus kerana ia menyelesaikan isu-isu storan kami,“ jelas Ma. Dengan menghapuskan keperluan laman FTP, Dropbox Business juga telah membantu membebaskan sumber-sumber IT di BCBG MAX AZRIA GROUP, LLC. “Dengan FTP, kami perlu memuat turun perisian untuk pengguna, membantu mereka menggunakannya, melatih mereka, dan pentadbir IT perlu menguruskan penyelesaian itu,“ kata Ma. “Dengan Dropbox Business, semuanya dilakukan secara automatik. Kami tidak lagi dilihat sebagai sekatan, tetapi sebaliknya sebagai tempat kami mendayakan perniagaan untuk terus maju.“ Satu lagi manfaat penting yang ditawarkan Dropbox Business kepada BCBG MAX AZRIA GROUP, LLC adalah keselamatan berkenaan harta kreatif asli mereka. Ma menjelaskan, “Kami memutuskan untuk beralih kepada Dropbox Business kerana ia amat mudah untuk digunakan, ia telah diterima meluas oleh pengguna kami, dan ia memberi saya ciri-ciri keselamatan yang saya perlukan. Kami meletakkan banyak data rekaan proprietari kami, data tekstur, dan maklumat sensitif lain di Dropbox, jadi penting bagi kami untuk melindunginya dengan cara di mana hanya orang yang sepatutnya boleh memiliki akses.“ Sama ada ia digunakan untuk mengembangkan koleksi pakaian, memperkemaskan proses IT, atau menyimpan idea-idea baru dengan selamat, Dropbox Business semestinya satu pilihan tepat untuk BCBG MAX AZRIA GROUP, LLC. Seperti yang diakui Gunther, “Saya tidak boleh bayangkan kami melakukan kerja kami setiap hari — dengan berkesan — tanpa program yang hebat seperti Dropbox.“

Penyelesaian perkongsian dan penyimpanan terbaik untuk perniagaan anda