Pereka aksesori menggunakan Dropbox Business untuk memperkemaskan aliran kerja, mengurangkan isu versi fail—dan menyokong citarasanya terhadap kefungsian bergaya.

Bellroy, syarikat runcit

Hasil Utama Bellroy

Keahlian orang yang lebih mudah

Kawalan dipertingkat ke atas versi fail

Pengurusan akses fail yang lebih ketat

Cabaran

Mencipta perpaduan global

Pada 2010, pereka aksesori Bellroy — dinamakan sempena dua pejabat pertamanya di Bells Beach dan Fitzroy, Australia — berazam untuk memberi pelanggan cara yang lebih baik untuk membawa barang harian. Tumpuan syarikat ini adalah dalam mencipta semula dompet kulit, tetapi minatnya terhadap reka bentuk bergaya dan kesederhanaan memberi kesan kepada setiap bidang perniagaannya. Pengembangan operasi syarikat untuk menyertakan agensi rakan kongsi di Portland, Oregon, rakan kongsi pembangunan produk di Melbourne, dan banyak pembekal di luar negara, ideologi minimalisnya teruji. Dengan cantuman sistem yang menggerakkan simpanan dan perkongsian failnya, beberapa aliran kerja mula terasa melecehkan dan versi fail menjadi sukar untuk dijejak. Untuk kekal berpegang kepada teras kepercayaan dan sokongan ketangkasan korporatnya, Bellroy memutuskan untuk beralih kepada satu penyelesaian untuk perkongsian maklumat merentasi lokasi global: Dropbox Business.

Penyelesaian

Mempermudahkan kerjasama merentas negara

Walaupun Bellroy telah menggunakan Dropbox bersama pelbagai aplikasi lain, beralih kepada Dropbox Business membenarkan syarikat untuk memusatkan fail dan memperluaskan kawalan. Pengasas bersama dan CEO Andy Fallshaw berkata, “Pereka dan pengedar kami bekerja sepanjang masa, dari semua negara berbeza, dan adalah sangat penting mereka semua bekerja pada fail terbaru. Dropbox for Business membantu memastikan bahawa semua orang melihat versi yang betul.” Dapat bekerjasama tanpa isu membolehkan pekerja Bellroy memastikan kelancaran projek, walaupun mereka sendiri sedang bergerak. “Kakitangan kekal dan pekerja bebas kami bergerak antara pejabat dan negara dengan agak kerap. Bagus untuk mengetahui bahawa mereka boleh membuka fail mereka pada bila-bila masa dengan Dropbox Business,” tambah Fallshaw.

Hasil

Proses diperkemaskan, terjamin

Dropbox Business telah membantu Bellroy mengubah banyak proses lamanya —termasuk pengurusan keahlian dan akses fail. Terima kasih kepada apa yang Fallshaw sebut sebagai “ikon mudah di bahagian atas skrin,” pekerja baru boleh mula menggunakan perkongsian fail dengan cepat, dengan sedikit latihan dan kurang ralat pengguna. Setelah disediakan, mereka boleh kekal produktif, manakala Bellroy kekal mengawal. Menurut Fallshaw, “Ia melegakan banyak tekanan dalam membawa seseorang yang baru. Saya fikir dengan penyelesaian yang lain, sesiapa yang memulakan fail atau versi mempunyai hak miliknya. Dengan Dropbox Business, ia jelas bahawa Bellroy adalah pemiliknya, dan akan sentiasa mengawal siapa yang mendapat dan tidak mendapat akses kepada fail.” Akhir sekali, kecekapan diperolehi dengan Dropbox Business telah memberikan Bellroy lebih banyak masa untuk menumpukan perhatian kepada reka bentuk dompet dan produk lain. Seperti yang dikatakan Fallshaw, “Mempunyai Dropbox Business bermakna pasukan kami boleh menumpukan perhatian dalam menambah nilai kepada pelanggan, dan bukannya cuba untuk memikirkan cara untuk membuatkan perisian dan fail berfungsi.”

Penyelesaian perkongsian dan penyimpanan terbaik untuk perniagaan anda