Ben & Jerry’s mewujudkan interaksi yang lebih menyelerakan bersama rakan kongsi luar, menggunakan Dropbox Business untuk menyimpan dan berkongsi fail yang berkaitan dengan penyediaan dan pengurusan runcit.

Ben & Jerry's, syarikat makanan runcit

Hasil Utama Ben & Jerry's

Mazarine Coffee, syarikat makanan & minuman

Akses sokongan lebih mudah untuk francais

Banyak ruang untuk menampung fail besar

Mazarine Coffee, syarikat makanan & minuman

Perkongsian selamat bersama rakan kongsi luar

CABARAN

Menyorok dan mencari fail

Untuk inovator aiskrim Ben & Jerry’s, francais kedai aiskrim tempatan bukan sahaja saluran untuk menyebarkan nama perisa terbaru yang menarik. Ia platform untuk menyampaikan matlamat sosial Ben & Jerry’s — seperti menyokong perdagangan saksama dan mengundurkan perubahan iklim. Kedai aiskrim memainkan peranan penting dalam kejayaan syarikat ini, jadi interaksi korporat dengan mereka sangat penting. Malangnya, oleh kerana fail syarikat disimpan merata-rata daripada pemacu keras luaran kepada Microsoft SharePoint kepada komputer ahli pasukan, menguruskan kertas kerja yang berkaitan dengan kedai di Australia dan New Zealand menjadi huru-hara. “Kami membuang banyak masa mencari-cari dokumen,” jelas Adrian DiTonto, Pengurus Operasi Runcit Negara untuk Ben & Jerry’s, Unilever Australia. “Ia boleh mengambil masa seminggu untuk mencari perjanjian francais atau mendapatkan foto-foto kedai daripada pihak ketiga. Kadang-kadang kami tidak jumpa fail langsung.”

PENYELESAIAN

Ketekalan dan aliran kerja yang lebih lancar

Konsistensi dan aliran kerja lebih lancar. Syarikat induk Ben & Jerry’s, Unilever, memutuskan agar DiTonto dan rakan kongsinya mula menggunakan Dropbox Business untuk menyimpan dan berkongsi fail. Dengan berbuat demikian, ini membolehkan syarikat untuk menyimpan fail di satu tempat mudah — sementara mewujudkan proses yang lebih seragam berkaitan perkongsian luar. Seperti yang dikatakan DiTonto, “Dropbox Business membolehkan kami berkongsi maklumat relevan dan terkini bersama pembekal, kontraktor, dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam sesuatu projek. Jika kami membuat perubahan terhadap fail, semua orang akan tahu mengenainya. Hidup kami menjadi lebih mudah dengan adanya proses lancar ini.” Dropbox Business juga telah membantu menyelesaikan kesukaran berkenaan berkongsi fail besar. Sebelum ini, fail perlu dimampat atau dihantar dalam rantai e-mel yang panjang, tetapi kini DiTonto dan pasukannya bertukar-tukar fail menggunakan pautan kongsian.

HASIL

Lagi banyak kedai, lagi ramai pelanggan berpuas hati

Sejak menempatkan fail mereka di Dropbox Business, pasukan Operasi Runcit Ben & Jerry’s mempunyai lebih masa untuk memberi tumpuan kepada projek kedai aiskrim bergerak. Daripada perlu mencari fail yang tersalah letak, pekerja dan kontraktor boleh mengakses apa yang mereka perlukan serta-merta, dan mengekalkan momentum mereka. “Oleh kerana Australia merupakan kayu ukur untuk pelancaran runcit Ben & Jerry’s, saya menerima banyak pertanyaan daripada rakan sekerja dalam pasaran lain tentang mengguna pakai kaedah penjimatan masa yang sama seperti kami gunakan di sini,” kata DiTonto. “ Dropbox Business adalah kunci kepada menghentikan perbualan sia-sia dan memberi setiap orang lebih autonomi.” Dengan mewujudkan kecekapan baru, Dropbox Business telah membantu Ben & Jerry’s memperkemaskan pelancaran runcit — yang akhirnya menyokong pertumbuhan dan matlamat sosial syarikat ini. “Kami sentiasa ingin pastikan pemilik francais mendapat keuntungan mereka,” tambah DiTonto. “Dropbox Business memastikan kami selaras, berusaha ke arah matlamat yang sama. Ia baik untuk perniagaan mereka dan perniagaan kami secara keseluruhan.”

Penyelesaian perkongsian dan penyimpanan terbaik untuk perniagaan anda