Pengeluar kopi istimewa ini bergantung pada Dropbox Business untuk membantu memastikan pasukan dan kafe di seluruh Australia selaras dan untuk memperkemaskan komunikasi dengan pengeluar kopi di seluruh dunia.

Campos Coffee, pengeluar kopi

Hasil Utama Campos Coffee

Komunikasi lebih jelas antara kakitangan

Pengedaran fail dan video besar yang mudah

Kawalan ketat akses fail dan pembuangan ahli yang mudah

Cabaran

Berkongsi fail merentasi benua

Dalam pencarian untuk membawa kopi terbaik dunia ke Australia, Campos Coffee telah memperolehi biji kopi dari Kenya ke El Salvador, membuka kilang memanggang dan pejabat di New South Wales, Queensland, dan Victoria, serta menjalinkan perhubungan dengan pengendali kafe bebas di seluruh negara. Kekal berhubung dengan kakitangan dan rakan kongsi di semua lokasi ini begitu kritikal kepada kejayaan syarikat—bagaimanapun, ia bukan selalunya mudah. Pada mulanya, Campos menyediakan intranet untuk berkongsi fail antara ahli pasukan, tetapi seperti yang dijelaskan Presiden Will Young, “Ia sudah lapuk dan langsung tidak intuitif.” Menggunakan e-mel berkesan untuk sesetengah fail, tetapi mendatangkan kekeliruan tentang versi fail dan masalah untuk fail besar yang sering perlu dikongsi oleh syarikat. Selepas beberapa pertimbangan, Campos memutuskan untuk mencuba Dropbox Business. Menurut Komunikasi Dalaman dan Pembantu Eksekutif, Rose Cole, “Selepas seminggu dua mendaftar, kami melancarkan Dropbox Business kepada semua orang. Ia sangat-sangat lancar. Beberapa staf kami sudah pun memasang Dropbox dan secara keseluruhan, semua orang seperti sudah faham cara untuk menggunakan dan bermula.”

Penyelesaian

Menghubungkan rantai daripada penanam kepada barista

Sekarang Dropbox Business membolehkan Campos untuk berkomunikasi dengan jelas, mengekalkan satu sumber yang benar, dan menyingkirkan masalah versi fail. Kekangan lama berkenaan perkongsian telah lenyap—syarikat ini dapat bekerjasama dalam resipi dan teknik bersama barista mereka di seluruh negara, mengumpul gambar-gambar berskala besar daripada ahli pasukan dan rakan kongsi dari Panama ke Papua New Guinea, malah mempunyai penanam kopi di Colombia berkongsi video ladang untuk memeriksa kesihatan tanaman. Young menambah, “Oleh kerana Dropbox Business memberi kami cara yang begitu mudah untuk berkongsi fail, kami tidak perlu mengembangkan jabatan IT secepat yang kami fikir. Ia benar-benar membantu syarikat dari segi kecekapan secara keseluruhan.” Selain daripada meringkaskan komunikasi dan kerjasama, Dropbox Business telah memberi Campos cara yang mudah untuk memastikan fail disandarkan dan selamat. Pasukan tidak perlu bimbang tentang fail hilang dalam transit—dan kebanyakan kakitangan sudah pun tidak menggunakan pelayan. Apabila ahli pasukan berhenti kerja, mudah bagi Campos untuk menghentikan akses fail mereka dengan segera. “Jika kami ada ahli staf yang berpindah ke jabatan lain dalam rangkaian kami atau berhenti kerja, Dropbox Business membolehkan kami untuk menggantung atau menghapuskan akaun mereka—yang memberi kami ketenangan fikiran serta-merta,” jelas Young.

Hasil

Penglihatan mendalam, operasi pantas

Dengan menyediakan Dropbox Business,Campos dapat mengendalikan operasi global pada kadar pecut. Oleh kerana fail sentiasa dikemas kini di dalam Dropbox, aktiviti pengeluaran dan menggedung boleh dipantau hanya dengan beberapa klik. Young berkata, “Saya bangun setiap pagi dan masuk ke Dropbox Business dan saya boleh lihat segala-gala yang telah berlaku sejak dua puluh jam yang lalu. Semuanya ada di sana, jelas dan tepat.” Penambahbaikan dalam ketampakan dan kecekapan secara keseluruhan lantas telah membolehkan Campos menyelesaikan masalah dengan lebih pantas—dan memastikan seluruh syarikat berjalan dengan lebih lancar. “Dulu kami perlu menunggu laporan mingguan untuk masuk melalui e-mel,” tambah Young. “Dengan Dropbox Business, kami mendapat pengemaskinian harian dan boleh menjejak prestasi kedai-kedai kami atau membetulkan masalah dengan begitu cepat. Ia benar-benar membantu kami menguruskan seluruh syarikat dengan lebih berkesan.”

Penyelesaian perkongsian dan storan terbaik untuk perniagaan anda