Pelanggan / BCBG MAX AZRIA GROUP, LLC
Play video

Dropbox Business membantu BCBG MAX AZRIA GROUP, LLC menjadikan gaya busana boleh dipakai setiap hari

BCBG MAX AZRIA GROUP, LLC adalah penjual utama global bagi fesyen mewah untuk wanita. Koleksi Runway mereka muncul buat pertama kali semasa Minggu Fesyen New York pada musim bunga 1996, membawa gabungan kreativiti, kecanggihan, dan daya ketahanan. Dengan menawarkan wanita peluang untuk menggabungkan rekaan runway ke dalam koleksi pakaian mereka, syarikat ini menjadikan gaya busana boleh dipakai setiap hari.

Mencari pilihan yang lebih sesuai

Rekaan fesyen adalah proses yang kerap berulang. Daripada konsep ke rak pakaian, kebanyakan rekaan melalui beberapa kali ulasan dan semakan sebelum mencapai kesempurnaan. Di BCBG MAX AZRIA GROUP, LLC, protokol lama untuk proses ini memerlukan rim kertas yang banyak dan kunjungan ke pencetak yang tidak terkira. Editor Laman Christiaan Gunther mengingati, "Sebelum Dropbox, kami sebenarnya mencetak setiap satu pilihan secara fizikal daripada setiap satu penggambaran, dan setiap hari kami akan ada bertimbun-timbun kertas."

Walaupun e-mel menjimatkan kos dan kelihatan seperti pengganti yang baik, ramai pekerja mendapati ia lambat dan menyusahkan. Sebilangan pekerja mula meneroka alternatif untuk berkongsi rekaan, dan Dropbox pantas menjadi alat pilihan. Dalam usaha untuk menangani tuntutan pekerja yang semakin berkembang di samping memastikan data syarikat disimpan dengan selamat, pasukan keselamatan BCBG MAX AZRIA GROUP, LLC memutuskan untuk menilai Dropbox dan penyelesaian berpotensi yang lain.

"Kami memutuskan untuk berpindah ke Dropbox Business kerana ia sangat mudah digunakan, ia telah diterima secara meluas oleh pengguna kami, dan ia memberi saya ciri-ciri keselamatan yang saya perlukan."

Nampak kemas

Dropbox Business telah dilancarkan kepada beratus-ratus pekerja BCBG MAX AZRIA GROUP, LLC di seluruh dunia. Disebabkan kebiasaan yang meluas dengan akaun Dropbox peribadi, peralihan kepada akaun perniagaan adalah mudah. "Dalam tiga tahun setengah saya di BCBG MAX AZRIA GROUP, LLC, pelancaran Dropbox Business mungkin adalah projek termudah yang saya pernah lakukan," tambah Ma.

Sejak itu, proses lama percetakan dan percetakan semula rekaan telah memberi laluan kepada cara bekerja yang lebih pantas dan cekap. Daripada berurusan dengan kertas, pasukan reka bentuk syarikat ini berkongsi kerja daripada iPad mereka melalui Dropbox. "Segala-galanya dalam PDF digital yang dimuat naik ke Dropbox," jelas Gunther. "Menggunakan iPad atau iPhone mereka, mana-mana pemegang syer boleh mengakses imej pada bila-bila masa, semasa ia dicipta dalam masa nyata."

Pasukan perdagangan runcit BCBG MAX AZRIA GROUP, LLC juga tidak sabar menggunakan Dropbox Business setelah lama menggunakan laman FTP. Pekerja bahagian runcit dahulu berkongsi fail bersama Saks, Bloomingdale's, Nordstrom, dan pelanggan lain melalui FTP — yang memerlukan kedua-dua pihak memuat turun perisian khas dan mematuhi had storan. Namun Dropbox menawarkan mereka perkongsian yang lebih mudah untuk semua fail besar mereka. Gunther mengakui, "Reaksi pertama saya apabila IT melaksanakan Dropbox adalah lega kerana saya tahu ia akan merevolusikan cara kami bekerja, menjadikan kerja kami lebih mudah, dan menjadikan kami semua lebih baik dalam apa yang kami lakukan."

Dijahit dengan sempurna

Storan yang mencukupi telah menjadi salah satu aset terbesar yang Dropbox Business sediakan kepada BCBG MAX AZRIA GROUP, LLC. Dengan rekaan baru, fotografi, dan fail-fail lain sentiasa bergerak melalui syarikat, ruang sentiasa dalam permintaan yang tinggi. "Dropbox Business membuatkan saya kelihatan bagus kerana ia menyelesaikan masalah storan kami," jelas Ma.

Dengan menyingkirkan keperluan untuk laman FTP, Dropbox Business juga telah membantu membebaskan sumber IT di BCBG MAX AZRIA GROUP, LLC. "Dengan FTP, kami terpaksa memuat turun perisian untuk pengguna, membantu mereka mengkonfigurasi, melatih mereka, dan menggaji pentadbir IT untuk menguruskan penyelesaian itu," kata Ma. "Dengan Dropbox Business, semuanya dilakukan secara automatik. Kami tidak lagi dilihat sebagai sekatan, sebaliknya sebagai tempat kami membolehkan perniagaan terus berjalan."

Satu lagi manfaat penting yang ditawarkan Dropbox Business kepada BCBG MAX AZRIA GROUP, LLC adalah keselamatan berkenaan harta kreatif aslinya. Ma menerangkan, "Kami memutuskan untuk beralih kepada Dropbox Business kerana ia sangat mudah digunakan, ia telah diterima secara meluas oleh pengguna kami, dan ia memberi saya ciri-ciri keselamatan yang saya perlukan. Kami meletakkan banyak data rekaan proprietari kami, data tekstur, dan maklumat sensitif lain di Dropbox, jadi ia penting untuk kami melindunginya dengan cara hanya orang yang sepatutnya boleh mempunyai akses kepadanya."

Sama ada ia sedang digunakan untuk mengembangkan koleksi pakaian, memperkemas proses IT, atau menyimpan idea baru dengan selamat, Dropbox Business sememangnya pilihan tepat untuk BCBG Max Azria GROUP, LLC. Seperti yang diakui Gunther, "Saya tidak boleh bayangkan melakukan apa yang kami lakukan setiap hari — dengan berkesan — tanpa program yang hebat seperti Dropbox."