Pelanggan / BNIM Architects

Tumpuan Pelanggan BNIM Architects

Dropbox Business membolehkan firma arkitek berprestij ini bekerjasama dalam fail reka bentuk yang besar dari mana-mana pejabat atau peranti dengan mudah, menghasilkan kelulusan yang lebih cepat dalam projek pelanggan.

CABARAN

Memudahkan aliran kerja semasa perkembangan

BNIM mereka bentuk bangunan yang bukan sahaja kelihatan hebat, tetapi turut memenangi anugerah kebangsaan atas kemampanan dan kecekapan tenaga. Kejayaan ini telah mendorong syarikat ini untuk melebarkan sayap dari ibu pejabatnya di Kansas City, melancarkan tujuh pejabat baru di seluruh Amerika Syarikat. Tetapi apabila masanya untuk pekerja di lokasi berlainan bekerja bersama-sama, proses sedia ada jelas menyukarkan pertumbuhan. Setiap pejabat mempunyai pemacu rangkaian yang berasingan, menyukarkan rakan sekerja dan perunding di bandar-bandar berbeza untuk bekerjasama, terutamanya semasa mengendalikan fail rumit seperti model Autodesk Revit 3-D. Tarikh akhir usul menyelinap lebih awal daripada yang dijangka, kerana arkitek perlu memuat naik fail ke pelayan malam sebelum tarikh akhir itu, kata Erin Gehle, Pengarah Komunikasi. “Kami terpaksa memperuntukkan margin yang besar hanya untuk komunikasi,” kata Gehle. Semasa di luar pejabat, arkitek terpaksa bergelut dengan VPN dan perisian pengurusan projek, perjuangan yang berulang setiap kali seseorang melakukan suntingan. “Alat sedia ada kami tidak membantu semasa kami berkongsi model Revit yang besar,” kata Paul Waters, Pengarah IT. “Mekanisme lain perlu digunakan.”

Untuk memintasi semua masalah ini, pekerja mula menggunakan akaun Dropbox peribadi menggunakan alamat e-mel BNIM mereka. Selepas menilai beberapa pembekal awan perusahaan, kami tidak hairan apabila Dropbox Business muncul sebagai pemenang. “Dari sudut pandangan agnostik peranti, Dropbox Business adalah yang termudah untuk dikendalikan,” kata Waters.

“Dahulu kami ada begitu banyak langkah untuk berkongsi dan bekerjasama dalam fail. Dropbox Business telah menyingkirkan langkah itu supaya aliran kerja kami lebih cekap.”

Paul Waters, Pengarah IT, BNIM

PENYELESAIAN

Rangka tindakan baru untuk kerjasama

Bagi pekerja BNIM, proses peralihan daripada konsep kepada rangka tindakan telah menjadi jauh lebih lancar sejak melaksanakan Dropbox Business. Gehle mengatakan bahawa daripada menghabiskan berjam-jam memintas sekatan pelayan, pekerja memulakan permintaan fail dengan pantas, yang membimbing penerima untuk menambah kandungan ke folder tertentu. “Apabila perunding meneliti sesuatu usul dan mahu melihat imej silih, ia satu proses yang sangat mudah,” katanya.

Pasukan arkitek dan jurutera kini boleh melelar model dengan mudah di dalam folder kongsian. Apabila bersedia untuk menghantar reka bentuk kepada pelanggan, mereka menggunakan pautan kongsian, yang telah menghapuskan kebimbangan terhadap saiz atau jenis fail. Dan pekerja BNIM kini boleh berkongsi kebanyakan dokumen ini bersama pelanggan pada peranti mudah alih, menjadikannya lebih mudah untuk menggambarkan konsep awal semasa berada di tapak pembinaan. “Bekerja pada telefon saya adalah satu pengalaman yang lebih lancar sekarang, berbanding memuat e-mel atau cuba memuat turun fail,” kata Gehle.

Berpindah kepada Dropbox Business juga telah memberi BNIM ketenangan yang diperlukan bahawa dokumen proprietari syarikatnya akan sentiasa selamat. Waters menggelar Konsol Pentadbir sebagai “penyelamat,” memberi BNIM kawalan lebih besar ke atas data melalui ciri seperti penghapusan jarak jauh, yang membolehkan IT menghapuskan fail daripada peranti apabila pekerja meninggalkan syarikat.

“Ia benar-benar telah mengubah keupayaan kami untuk bertindak dengan pantas. Ia meningkatkan nama baik kami kerana menjadi responsif, celik dan bersemangat. Dan pelanggan menghargainya.”

Erin Gehle, Pengarah Komunikasi, BNIM

HASIL

Masa respons lebih pantas

Dropbox Business membantu pekerja BNIM menjimatkan masa — sama seperti bangunan yang direka bentuk oleh firma ini membantu pelanggan menjimatkan tenaga. “Tiada lagi lewat malam memindahkan fail kembali ke rangkaian,” kata Gehle. Tempoh kitaran kerja yang lebih cepat juga telah disedari oleh pelanggan. “Ia benar-benar telah mengubah keupayaan kami untuk bertindak dengan pantas. Ia meningkatkan nama baik kami kerana menjadi responsif, celik dan bersemangat. Dan pelanggan menghargainya.” Jabatan IT BNIM telah menyaksikan kesan yang sama dari segi kelajuan dan kecekapan dengan Dropbox Business. Waters menganggarkan perkhidmatan ini telah mengurangkan kos tetap pengurusan IT sebanyak 40%. “Contohnya, daripada bertanya pengguna yang kehilangan fail ‘hari apa yang anda mahu ia dipulihkan?’ pengguna boleh melakukannya sendiri,” katanya. Sebagai pasukan IT yang memahami perniagaan, penjimatan masa ini membantu BNIM kekal di hadapan. “Kami berusaha untuk meletakkan BNIM di hadapan dari segi kecanggihan teknologi dan meneliti semua cara baru yang muncul untuk memperbaiki proses reka bentuk,” kata Waters. “Jadi pengurangan kos tetap ini memang hebat.”