Pelanggan / Campaign Monitor
Play video

Tumpuan Pelanggan Campaign Monitor

Dropbox Business membantu Campaign Monitor memastikan reka bentuk pemasaran e-mel boleh diakses — dan selamat — untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin bertambah.

CABARAN

Seruan untuk ketekalan

Dengan jadual pelanggan pemasaran e-mel yang meningkat sebanyak beribu-ribu setiap minggu, Campaign Monitor yang berpangkalan di Sydney ini tidak asing kepada pertumbuhan. Syarikat ini telah mengembangkan sumber selama bertahun-tahun, dan baru-baru ini membuka sebuah pejabat di San Francisco. Namun dengan perkembangan datang perjuangan untuk bekerjasama dengan berkesan. “Ia sangat berserabut,” akui Pengarah Pengalaman Pengguna, Buzz Usborne. “Semuanya berlaku melalui pelbagai saluran — e-mel, perkhidmatan dalaman, pelayan, akaun Dropbox peribadi. Banyak fail yang hilang, dan ia mustahil untuk mendapatkan sebarang ketelusan dalam aliran kerja harian pereka.”

Syarikat ini memerlukan penyelesaian yang selamat, tetapi turut fleksibel dan mudah untuk digunakan oleh pekerja bebas dan kakitangan — jadi ia berpaling kepada nama yang sudah dipercayai. “Kami telah menggunakan Dropbox untuk masa yang panjang dan manfaatnya jauh mengatasi apa-apa yang pernah kami lihat. Ia pilihan yang jelas untuk kami menyediakan Dropbox Business,” kata Usborne.

“Semakin kami memperoleh lebih banyak pelanggan berprofil tinggi, kami perlu mampu meyakinkan mereka bahawa setiap sistem yang kami gunakan benar-benar selamat. Dropbox Business sesuai untuk itu.”

Buzz Usborne, Pengarah Pengalaman Pengguna, Campaign Monitor

PENYELESAIAN

Memperluas kebolehlihatan, memperhalus keselamatan

Hakikat bahawa Dropbox Business boleh digunakan pada pelbagai peranti dan platform merupakan faktor utama untuk Campaign Monitor. Syarikat ini perlu tahu bahawa pekerja dan pekerja bebas akan dapat berkongsi projek antara komputer dan Mac, dan mempunyai kebebasan untuk mendapatkan fail pada telefon mudah alih mereka. Seperti yang diterangkan Usborne, “Setiap orang dalam pasukan kami bekerja sedikit berlainan. Ada yang dari jauh; sesetengah menggunakan telefon; dan yang lain menggunakan komputer riba. Dropbox Business berkesan di mana sahaja.”

Syarikat ini kini boleh mengambil pekerja bebas dengan pantas, menyediakan akses segera kepada fail aktif dan projek arkib. Aliran kerja kekal telus, tiada lagi soalan tentang siapa yang melakukan sesuatu kerja. “Malah pereka bawahan tahu bahawa pemilik syarikat boleh melihat kerja mereka,” jelas Usborne. “Ia memastikan semua orang mematuhi peraturan yang sama. Dropbox Business memberi kami kebolehlihatan penuh dan itu benar-benar membolehkan kami melakukan kerja terbaik kami.”

Dropbox Business turut menawarkan Campaign Monitor tahap keselamatan yang tidak dimiliki sebelum ini. Fail disandarkan secara automatik dan ciri-ciri seperti pengesahan dua faktor menghalang pengguna yang tidak bertauliah daripada mengaksesnya. “Semakin kami memperoleh lebih banyak pelanggan berprofil tinggi, kami perlu mampu meyakinkan mereka bahawa setiap sistem yang kami gunakan benar-benar selamat,” tambah Usborne. “Dropbox Business sesuai untuk itu.”

“Dropbox Business sememangnya telah banyak membantu mempercepatkan tempo kami mereka bentuk. Ia keuntungan untuk pelanggan kami kerana kami boleh menghantar produk dengan lebih cepat, dan ia kemenangan untuk kami kerana kami boleh melakukan kerja berkualiti tanpa memikirkan kerumitan cara untuk melakukannya.”

Buzz Usborne, Pengarah Pengalaman Pengguna, Campaign Monitor

HASIL

Kejayaan, secara sengaja

Kebolehlihatan, kawalan dan ketenangan fikiran yang diberikan oleh Dropbox Business kepada Campaign Monitor telah membolehkan syarikat ini terus berkembang dan mencipta reka bentuk hebat — tanpa cabaran logistik. Usborne berkata, “Ia keuntungan untuk pelanggan kami kerana kami boleh menghantar produk dengan lebih cepat, dan ia kemenangan untuk kami kerana kami boleh melakukan kerja berkualiti tanpa memikirkan kerumitan cara untuk melakukannya.”