Pelanggan / CEL Electric

Tumpuan Pelanggan CEL Electric

Syarikat kontrak elektrik ini bergantung pada Dropbox Business untuk menghubungkan ibu pejabat dengan penyelia tapak di beberapa lokasi terpencil di Kanada.

CABARAN

Mengalami kejutan terhadap sistem

Dengan ekonomi yang sebahagian besarnya didorong oleh perlombongan, pembuatan dan pertanian, wilayah Saskatchewan ini bergantung pada syarikat kontraktor elektrik seperti CEL Electric untuk menguasakan kemudahan penghasilan utama. Sejak penubuhannya pada tahun 1979, CEL telah terus berkembang, membuka enam pejabat di seluruh Kanada. Tetapi semakin syarikat berkembang, alat sedia ada membataskan keupayaan pekerja untuk berkongsi maklumat dengan mudah antara satu sama lain dan dengan pelanggan. Apabila menghantar e-mel lukisan kepada pemilik bangunan, pekerja terpaksa memisahkan fail PDF yang besar kepada bahagian yang lebih kecil untuk disesuaikan dengan had lampiran. “Langkah-langkah itu memakan masa dan data hilang,” kata Mark Karr, Pengurus Projek. Lebih buruk lagi, ramai pekerja terpaksa mengambil jalan keluar dengan menghantar CD, pemacu pena, atau timbunan lukisan kertas dan kontrak melalui kurier — proses yang lambat dan mahal. Kami akhirnya serik pada tahun 2014, apabila kilat menyambar pelayan CEL di Saskatoon, menghapuskan hasil kerja selama enam bulan, kata Shaun Unger, Naib Presiden Hal Ehwal Korporat. “Ia telah membuka mata kami untuk melakukan perubahan,” kata Unger. CEL memutuskan untuk beralih ke awan, memilih Dropbox Business kerana ia memudahkan untuk berkongsi fail bersama rakan kongsi luar. Hakikat bahawa ramai pekerja CEL sudah mempunyai akaun Dropbox peribadi menjadikan itu satu keputusan yang mudah. “Pelaksanaan menjadi jauh lebih mudah kerana orang sudah selesa dengan sistem ini,” kata Unger. “Dropbox adalah cara yang paling berkesan untuk melancarkan projek setakat ini.”

“Jika saya pergi ke tapak, hari saya satu pembaziran. Saya perlu ambil penerbangan, memandu ke lokasi yang jauh, hadiri mesyuarat dan balik. Kosnya agak mahal bagi kami. Dengan Dropbox Business, saya boleh menyokong penyelia tapak dari ibu pejabat tanpa perlu melakukan perjalanan.”

Mark Karr, Pengurus Projek, CEL Electric

PENYELESAIAN

Menjana cara yang lebih baik untuk bekerja bersama

Dropbox Business telah mengubah seluruh cara CEL menguruskan pekerjaan, daripada bidaan awal kepada fasa reka bentuk hingga pembinaan penjana kuasa besar, loji rawatan air, dan tong bijian, misalnya. Untuk memastikan proses rumit ini sekemas yang mungkin, CEL menyediakan subfolder untuk setiap projek untuk mengatur aset utama seperti lukisan, arahan perubahan, sebut harga dan permit. “Sekarang semua orang sentiasa tahu di mana segala-galanya diletakkan,” kata Karr. “Saya tidak bawa pemacu pena pada rantai kunci saya lagi.” Pasukan kejuruteraan dan reka bentuk boleh bekerjasama dalam reka bentuk AutoCAD besar-besaran, kerana pekerja boleh mengakses fail terkini di Dropbox, menghasilkan masa kitaran dalam projek yang lebih pantas. Jika skop kerja berubah, penyelia di tapak kini boleh mendapatkan fail yang mereka perlukan pada telefon mereka, menjadikannya mudah untuk bekerjasama dengan pejabat-pejabat CEL pada masa nyata. Ciri muat naik kamera dalam Dropbox bermakna gambar pendawaian baru atau sumber kuasa di tapak pembinaan akan dikongsi hampir serta-merta bersama ibu pejabat. “Sebaik sahaja penyelia mengambil gambar, saya boleh lihat apa yang kami bincangkan," kata Karr. Apabila bekerja dari lokasi yang jauh, pekerja masih boleh mengakses fail yang mereka perlukan kerana Dropbox Business berfungsi dalam keadaan lebar jalur rendah. “Kami boleh lihat perubahan masuk walaupun dengan sambungan tidak stabil di Hudson Bay,” kata Karr. Pekerja CEL tidak lagi membuang masa bekerja dalam dokumen lapuk, kerana Lambang Dropbox membolehkan pengguna mengetahui siapa lagi yang berada dalam fail. Jabatan IT juga tidur lebih nyenyak sekarang, mengetahui maklumat sensitif syarikat benar-benar selamat. Ciri pemindahan akaun membolehkan pentadbir memindahkan fail ke akaun pekerja lain jika seseorang meninggalkan syarikat. Dan tarikh luput pautan menyekat akses kepada bidaan atau konsep reka bentuk selepas tarikh tertentu.

“Pelaksanaan menjadi jauh lebih mudah kerana orang sudah selesa dengan sistem ini. Dropbox adalah cara yang paling berkesan untuk melancarkan projek setakat ini.”

Shaun Unger, Naib Presiden Hal Ehwal Korporat, CEL Electric

HASIL

Mengklik pautan di sebalik menaiki penerbangan

Dropbox Business telah menyediakan CEL dengan sandaran data yang boleh dipercayai — keperluan yang paling mendesak syarikat ini berikutan panahan kilat. Tetapi CEL berkata perkhidmatan ini turut memberi manfaat dalam bidang lain. Pemulihan versi tanpa had terbukti amat berguna, membolehkan seorang pekerja mendapatkan semula lukisan bernilai $5,000 dan hamparan yang tidak sengaja dihapuskan. Tetapi kesan terbesar datang daripada peningkatan kecekapan dan produktiviti. “Dengan Dropbox Business, saya boleh menyokong penyelia tapak kami dari ibu pejabat tanpa perlu melakukan perjalanan,” kata Karr. “Jika saya pergi ke tapak, saya perlu ambil penerbangan, memandu ke lokasi yang jauh, hadiri mesyuarat dan balik. Kosnya agak mahal bagi kami.” Di tapak, Dropbox Business membantu memastikan semua orang sentiasa dimaklumkan. “Segala-galanya berpusat, tidak kira di mana pasukan kami berpangkalan,” kata Unger. “Tiada keraguan ia menjadikan kami semua lebih produktif.”