Pelanggan / Children’s Miracle Network Hospitals

Tumpuan Pelanggan Children’s Miracle Network Hospitals

Dropbox Business membantu badan amal kanak-kanak memaksimumkan sumbangan derma dengan memudahkan pekerja dan rakan kongsi mengakses bahan pemungutan dana bila-bila masa dan di mana sahaja mereka memerlukannya.

CABARAN

Satu sistem yang memerlukan perhatian

Setiap saat, seorang kanak-kanak memasuki salah satu daripada 170 Children’s Miracle Network Hospitals di A.S. dan Kanada. Sejak penubuhannya pada tahun 1983, sokongan organisasi tidak berkeuntungan ini untuk hospital kanak-kanak boleh dikatakan menakjubkan, mengumpul dana melebihi $5 bilion melalui usaha seperti teleton, penampilan selebriti dan kotak sumbangan di kaunter pembayaran kedai runcit. Untuk mengekalkan tumpuan terhadap membantu kanak-kanak yang memerlukan, badan amal ini sedar ia perlu menaik taraf cara kakitangannya menyimpan dan berkongsi kerja, seperti video besar dan fail lain yang mengandungi kisah kanak-kanak yang sedang cuba dibantu. “Terdapat kerumitan logistik apabila seseorang berada di luar, dan mereka cuba mengakses pelayan melalui VPN kami tetapi sambungan tidak dibuat,” kata Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Maklumat, Tony Rehmer. Selepas meneliti beberapa pilihan penyimpanan awan, Children’s Miracle Network Hospitals memilih Dropbox Business apabila ia mendapat tahu bahawa 75% pekerjanya telah pun menggunakan akaun Dropbox peribadi. “Cara pasukan teknologi maklumat bekerja pada hari ini sebenarnya berdasarkan apa yang pekerja anda mahu,” jelas Nick Ward, Naib Presiden Pemasaran Digital.

“Orang ramai tahu cara menggunakan Dropbox. Ia mudah. Ia intuitif. Tiada masalah pemasangan, tiada masalah akses. Tiada masalah secara umum. Kami langsung tidak dengar masalah mengenainya. Saya harap semua pelaksanaan saya semudah itu.​”

Tony Rehmer, Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Maklumat, Children’s Miracle Network Hospitals

PENYELESAIAN

Menaikkan harapan di mana sahaja

Pelaksanaan Dropbox Business membenarkan Children’s Miracle Network Hospitals mengawal perkongsian fail di dalam dan di luar rangkaiannya dengan lebih baik, yang mana boleh menjadi lebih sukar untuk diuruskan apabila pekerja menggunakan akaun Dropbox peribadi untuk kerja. “Kami tahu ia agak berisiko untuk kami dan kami perlu mengawalnya,” kata Ward. Dengan Dropbox Business, pekerja mengasingkan akaun peribadi dan kerja mereka, membolehkan Rehmer dan pasukannya mengekalkan pengawasan bagi semua fail berkaitan kerja melalui Konsol Pentadbir. “Beralih kepada Dropbox Business menghapuskan banyak masalah yang kami hadapi,” katanya. Organisasi yang kerap menggunakan iPad ini bergantung kepada apl mudah alih Dropbox Business untuk kekal produktif di luar ketika melawat hospital anggota dan rakan kongsi pemungutan derma. “Ia bagus untuk dapat log masuk di mana sahaja dan mendapatkan fail-fail penting anda,” kata Ward. Semasa bekerjasama dalam dokumen Microsoft Office, pekerja menggunakan Lambang Dropbox untuk memastikan mereka sentiasa mengerjakan versi terkini. “Kami bekerja daripada folder kongsian dan kami boleh lihat apabila orang lain sedang mengubahsuainya, apabila ia dikunci dan apabila terdapat versi baru,” kata Ward. “Dan ia membuatkan bekerja dengan pekerja jarak jauh benar-benar lancar.”

“Saya sukakan lambang Dropbox. Kami bekerja daripada folder kongsian dan kami boleh lihat apabila orang lain sedang mengubahsuainya, apabila ia dikunci dan apabila terdapat versi baru. Dan ia membuatkan bekerja dengan pekerja jarak jauh benar-benar lancar.”

Nick Ward, Naib Presiden Pemasaran Digital, Children’s Miracle Network Hospitals

HASIL

Lebih penglihatan, kurang kesesakan

Dengan Dropbox Business, Children’s Miracle Network Hospitals boleh terus meningkatkan usaha mereka. Untuk seruan pemungutan derma pada musim bunga 2015 yang menampilkan jurucakap selebritinya Jennifer Lopez, badan amal ini bergantung pada Dropbox Business untuk mengedarkan semua aset kempen yang disesuaikan secara individu untuk setiap 170 hospital anggotanya. “Kami dapat menetapkan keizinan keselamatan yang betul, dan tiada sebarang kekeliruan,” kata Ward. Rehmer berkata Dropbox Business pantas menjadi bahagian penting dalam cara Children’s Miracle Network Hospitals menyiapkan kerja. “Orang ramai tahu cara menggunakan Dropbox. Ia mudah. Ia intuitif. Tiada masalah pemasangan, tiada masalah akses. Tiada masalah secara umum. Kami langsung tidak dengar masalah mengenainya. Saya harap semua pelaksanaan saya semudah itu.​”