Pelanggan / Dentsu

Dentsu meneruskan kreativiti dengan bantuan Dropbox Business

Berpusat di Tokyo, Dentsu ialah salah satu agensi pengiklanan yang terbesar di dunia. Syarikat ini membangunkan bahan kreatif iklan, strategi pemasaran, perancangan media, acara dan banyak lagi untuk pelanggan di 110 negara. Dengan mempromosikan produk dan jenama pelanggan dengan cekap, Dentsu membantu mengukuhkan perhubungan pelanggan dengan pengguna.

Ditandatangani, dimeterai dan dihantar – dengan kos.

Dalam dunia pengiklanan yang bergerak pantas, masa terluang jarang dinikmati. Tarikh akhir harus dikejar — walaupun semasa iklan dan strategi memerlukan kelulusan dalam zon masa yang berbeza-beza. Untuk Dentsu, ini dahulunya bermakna tekanan tambahan dan kurier penghantaran dan pengambilan terburu-buru.

Sebilangan fail yang dicipta dan dikongsi Dentsu — untuk projek seperti papan iklan dan iklan TV — bersaiz beratus-ratus megabait. Tetapi oleh kerana pelayan e-mel syarikat Dentsu mempunyai paramater saiz fail tertentu, pekerja terpaksa bergantung kepada DVD untuk menghantar hasil kreatif kepada pelanggan dan rakan sekerja di negara lain.

Kaedah penghantaran DVD bukan sahaja memerlukan Dentsu memperuntukkan masa menyediakan sampul surat dan pakej, ia memakan jadual perkembangan, memaksa pekerja untuk menggegaskan projek iklan. Lebih teruk lagi, syarikat ini menghabiskan kos penghantaran yang besar setiap bulan. Apabila semakin jelas bahawa kos penghantaran DVD sangat mahal dan perlu dielakkan, Dentsu mula meneroka pilihan lain. Dropbox Business menawarkan penyelesaian yang bukan sahaja pantas, boleh diharapkan dan berpatutan — ia berkesan di negara-negara yang mempunyai cabaran perkongsian fail. Penyelia Akaun Dentsu, Ai Ando berkata, “Pasaran antarabangsa sangat penting untuk kami dan kami kerap perlu menghantar data ke luar negara. Kami tahu Dropbox Business adalah selamat dan boleh diharapkan untuk digunakan di negara-negara lain.”

“Dua tahun yang lalu, invois kurier untuk semua penghantaran yang kami lakukan sepanjang tempoh empat bulan adalah beratus-ratus ribu yen. Dengan Dropbox Business, kos ini dikurangkan secara mendadak.”

Pendekatan baru kepada perniagaan global

Dengan perkongsian fail dan aliran kerja ditransformasi oleh Dropbox Business, jabatan Dentsu seperti pasukan akaun global boleh bertukar-tukar maklumat dengan pelanggan dan vendor lebih pantas berbanding sebelum ini, tidak kira betapa besar saiz fail. “Kami kerap melakukan sesi penggambaran dan perlu menghantar 20-30 fail resolusi tinggi kepada pelanggan dan setiap satunya bersaiz 200-300 MB,” tambah Ando. “Dropbox Business memudahkan kami menguruskan data yang besar dan berat setiap hari. Kami hanya perlu menghantar pautan kepada pelanggan kami, dan mereka boleh segera dapatkan apa yang mereka perlukan.”

Pekerja Dentsu menghargai bahawa Dropbox tidak mengehendaki pelanggan memuat turun data untuk menyemak konsep, aset dan video. Oleh kerana Dropbox Business sangat mudah diakses dari web, segala-galanya daripada iklan cetak hingga iklan TV boleh dilihat dalam talian. Seperti yang dijelaskan Ando, “Ia hebat kerana pelanggan boleh melihat iklan cetak dan TV di dalam Dropbox Business tanpa memuat turun fail. Mereka boleh menilai kandungan dengan pantas, dan berikan kelulusan terakhir mereka walaupun mereka sedang dalam perjalanan.”

Selain daripada kemudahan, pekerja Dentsu – terutamanya pasukan IT – menghargai bahawa data disimpan selamat dengan Dropbox Business. “Keselamatan adalah keutamaan pasukan IT kami disebabkan kami mengendalikan data yang amat sulit, dan Dropbox Business telah terbukti memenuhi keperluan kami. Untuk meningkatkan keselamatan data, kami menambah tarikh luput dan kata laluan kepada pautan kongsian kami,” kata Ando.

“Jika anda berulang-alik ke tempat kerja, anda boleh membuka fail kerja dengan pantas dari akaun Dropbox Business anda. Saya kerap menyemak projek menggunakan apl mudah alih Dropbox dan menghantar pautan kepada rakan sekerja sebelum saya sampai ke pejabat.”

Mengurangkan kos, meningkatkan produktiviti

Dengan menggunakan Dropbox Business, Dentsu telah melihat manfaat kecekapan yang besar – dari segi masa dan kos. Tiada lagi bil penghantaran antarabangsa yang mahal. Menurut Ando, “Dua tahun yang lalu, invois kurier untuk semua penghantaran yang kami lakukan sepanjang tempoh empat bulan berjumlah beratus-ratus ribu yen. Dengan Dropbox Business, kos ini dikurangkan secara mendadak.”

Apabila perbelanjaan telah dikurangkan, produktiviti telah ditingkatkan. Tarikh akhir tidak lagi perlu dihimpit dengan faktor penghantaran DVD. Kini, pekerja mempunyai lebih masa untuk memperhalusi hasil kreatif iklan, dan mereka mempunyai keupayaan untuk mengekalkan tahap produktiviti yang tinggi apabila mereka di luar pejabat semasa sesi penggambaran atau kunjungan pelanggan. Seperti kata Ando, ”Jika anda berulang-alik ke tempat kerja, anda boleh membuka fail kerja dengan pantas dari akaun Dropbox Business anda. Saya kerap menyemak projek menggunakan apl mudah alih Dropbox dan menghantar pautan kepada rakan sekerja sebelum saya sampai ke pejabat.”

Akses jarak jauh sepanjang masa kepada fail projek seperti ini penting dalam industri yang bergerak dalam kadar pantas. Dengan Dropbox Business, Dentsu mampu kekal di hadapan dunia pengiklanan, memastikan pelanggan antarabangsa berpuas hati dan berjaya.