Pelanggan / Distilled

Dropbox Business membantu Distilled menggabungkan kepakaran dan keberkesanan pemasaran

Distilled adalah syarikat perundingan pemasaran dalam talian yang berkepakaran dalam SEO, kempen PPC dan media sosial. Dengan pejabat di London, New York dan Seattle, syarikat ini menawarkan perkhidmatan perundingan dan kreatif, latihan interaktif, dan persidangan pendidikan untuk pelanggan. Misi utama Distilled adalah untuk membantu perniagaan mengenal pasti dan melaksanakan strategi yang berjaya dalam talian. Temui mereka dalam talian di www.distilled.net.

Memandang jauh ke hadapan

Pada hari mudanya, Distilled beroperasi dari satu pejabat di London, dengan pasukan kecil yang bergantung kepada pelayan di premis untuk menyimpan semua fail penting syarikat. Sekali seminggu, eksekutif Distilled akan membawa pemacu keras mudah alih untuk menyalin segala-galanya daripada pemacu di pejabat dan membawanya pulang ke rumah untuk simpanan. Tetapi semakin Distilled berkembang — dan akhirnya memutuskan untuk membuka pejabat di Seattle — ia jelas bahawa perubahan tidak dapat dielakkan. Akaun Dropbox peribadi digunakan sebagai penyelesaian pantas untuk membenarkan pekerja di London dan Seattle berkolaborasi. Tetapi eksekutif Distilled memutuskan untuk bertukar kepada sistem penyimpanan berangkaian yang akan menyelaraskan fail antara pejabat. Malangnya sistem itu tidak begitu boleh diharapkan. "Ia satu zaman gelap untuk storan dan kolaborasi fail kami," gurau Ketua Pegawai Operasi, Rob Ousbey. Dengan pejabat ketiga dibuka di New York dan ramai kakitangan bekerja dari jauh, Distilled tahu ia perlu meneliti semula pilihannya. Oleh kerana syarikat ini pernah mengalami kejayaan dengan Dropbox, Ousbey memutuskan untuk mencubanya sekali lagi. Beliau mendaftarkan kakitangan dengan akaun Dropbox peribadi sebagai permulaan, dan kemudian memindahkan seluruh syarikat ke Dropbox Business sebaik sahaja ia diperkenalkan. Seingat Ousbey, proses berpindah ke Dropbox Business adalah mudah, "bermula adalah mudah — tiada sebarang proses teknologi rumit yang kami perlu laksanakan."

"Dropbox Business membuang rintangan daripada proses harian kami supaya kami boleh fokus terhadap kerja sebenar dan projek penting."

Pemasaran dalam gerakan

Hari ini, Dropbox Business membantu pekerja Distilled berkolaborasi dengan lancar sesama sendiri dan dengan rakan kongsi luar. Apabila pasukan dengan fungsi berbeza perlu bekerja bersama untuk memproses data, menulis laporan, dan menganalisis keputusan, mereka boleh melakukan semuanya daripada satu folder kongsian — tanpa bimbang tentang kawalan versi atau sandaran fail. Ousbey menambah, "Kami tidak pernah risau untuk menghantar fail melalui e-mel kerana semua suntingan dan interaksi kami berada di dalam Dropbox. Kami hanya beritahu orang folder mana yang perlu dibuka dan mereka dapat mencari apa yang diperlukan." Cara beroperasi yang mudah ini telah membantu Distilled terutamanya untuk projek yang melibatkan pejabat dan zon waktu berbeza. Contohnya, apabila pekerja di New York meminta bahan kreatif daripada pasukan London, pasukan PR di Seattle boleh mengambil bahan akhir itu dari Dropbox untuk mempromosikannya. "Dropbox Business membuang rintangan daripada proses seharian kami supaya kami boleh fokus pada kerja sebenar dan projek penting," jelas Ousbey. Menyelaras dan menyediakan fail pada komputer riba dan peranti mudah alih juga memudahkan pekerja untuk bekerja dari rumah, pejabat pelanggan, dan semasa dalam perjalanan. "Saya tidak lagi perlu bimbang tentang menghantar e-mel persembahan PowerPoint atau merancang fail mana yang saya perlukan sebelum saya menaiki kapal terbang, " kata Ousbey. "Dropbox telah menukar cara saya berfikir tentang fail saya." Dropbox Business juga menjadikan interaksi dengan pelanggan dan vendor lebih lancar. Oleh kerana ramai rakan kongsi luar Distilled sendiri menggunakan Dropbox, mereka sudah biasa dengan cara aplikasi ini berfungsi. "Salah satu manfaat Dropbox adalah ia digunakan secara meluas," kata Ousbey. "Selalunya apabila saya menyebut Dropbox kepada salah seorang akauntan atau vendor kami, mereka akan beritahu saya mereka sudah mempunyai akaun. Jadi kami boleh terus berkongsi folder dengan mereka dan ia selesai. Ia sangat mudah untuk kami."

Keselamatan dan ketenangan fikiran

Dengan begitu banyak perkongsian dalaman dan luaran berlaku, keselamatan adalah keutamaan besar untuk Distilled. Pilihan perkongsian pasukan membolehkan pentadbir pasukan menguruskan siapa mempunyai akses kepada maklumat penting, dan pengesahan dua langkah menambah lapisan perlindungan tambahan — dan ketenangan fikiran. Kawalan keselamatan ini amat berguna tahun lepas apabila pejabat London syarikat dirompak dan 30 komputer riba dicuri. Walaupun situasi itu teruk, kakitangan mampu menarik nafas lega kerana mereka tahu semua data mereka selamat di Dropbox Business. Ousbey menambah, "Dropbox membolehkan kami kembali bekerja dalam sehari selepas pecah masuk itu. Kami pergi ke kedai, beli 30 komputer riba baru, bukanya, pasangkan dan selaraskan Dropbox, dan kami sudah bersedia." Kemudahan dan kesenangan yang Dropbox sediakan mendatangkan satu hasil yang sangat penting buat Distilled: pekerja dan pelanggan yang lebih gembira. "Apa sahaja yang menjadikan kami lebih cekap membolehkan kami memberi lebih nilai kepada pelanggan kami," terang Ousbey. "Jadi jika Dropbox telah meningkatkan kecekapan walaupun dalam 3 peratus, itu adalah keuntungan yang besar untuk kami."