Pelanggan / GIW Minerals
Play video

Tumpuan Pelanggan GIW Minerals

Pengeluar pam buburan empar bergantung pada Dropbox Business untuk memudahkan mobiliti dan kerjasama, membawa kepada aliran kerja yang lebih cepat untuk pekerja dan perkhidmatan lebih baik untuk pelanggan antarabangsa.

CABARAN

Mencari aliran maklumat yang lebih baik

Ditubuhkan pada tahun 1891 sebagai sebuah kedai mesin kecil, GIW Industries milik KSB mereka bentuk dan mengeluarkan pam empar yang dijual kepada pelanggan di seluruh dunia di bawah jenama GIW Minerals. Semakin syarikat Grovetown, Georgia ini berkembang, pihak pengurusan menyedari ia memerlukan satu cara untuk memastikan proses kerja mengalir dengan lancar seperti bahan yang bergerak melalui pam 20 tannya.

Bergantung pada e-mel dan laman FTP, pekerja sering bergelut dengan kerjasama dalaman dan menghantar fail besar yang mengandungi spesifikasi produk kepada pelanggan. Ahli kakitangan yang ditempatkan di kawasan terpencil di mana perlombongan dilakukan kadang-kala mengalami masalah mengakses pelayan untuk menyandarkan komputer riba mereka dan memuat turun bahan jualan terbaru. “Mereka berada di merata-rata tempat pada satu-satu masa, dan itu menjadikannya sukar untuk menyandarkannya dengan cekap,” kata Lucas McCuistian, Penyelia Operasi Pelayan. Selepas wakil daripada pembekal perkakasan GIW, Dell — rakan strategik Dropbox Business — menyarankan perkhidmatan ini akan memenuhi keperluan untuk penyimpanan dan perkongsian fail berpusat, syarikat ini memutuskan untuk mencubanya.

“Kami melihat penurunan besar dalam permintaan yang berurusan dengan saiz kuota e-mel atau fail yang perlu dikongsi. Ia telah menurun 80 hingga 90%.”

Lucas McCuistian, Penyelia Operasi Pelayan

PENYELESAIAN

Melambung kerjasama

Sekarang syarikat KSB ini telah berpindah ke Dropbox Business, wakil jualan boleh menghabiskan lebih banyak masa menyediakan perkhidmatan kepada bakal pelanggan dan lebih sedikit masa cuba untuk mengorek maklumat yang mereka perlukan, kata McCuistian. “Daripada memikul folder besar yang penuh dengan kertas atau komputer riba ke mesyuarat, ia membolehkan orang jualan kami untuk membawa data mereka pada telefon atau tablet mereka,” katanya. Pasukan produk dan reka bentuk menggunakan folder kongsian untuk bekerjasama dalam AutoCAD dan fail raksasa lain yang sering mencekik pelayan e-mel sebelum ini. Mempunyai satu lokasi berpusat untuk fail bermakna pasukan tidak lagi berakhir dengan empat atau lima versi dokumen yang sama.

Menggunakan Dropbox Business mempunyai manfaat lain: pekerja di tapak boleh menyelaras — walaupun dengan sambungan lebar jalur rendah — imej dan video tapak kembali bersama ibu pejabat. “Ia membolehkan kami menyelesaikan masalah dengan lebih pantas,” kata Scott Gillum, Pengurus Produk. “Saya ada seorang pekerja yang 16 jam lebih awal dari saya di Indonesia, di lokasi yang sangat-sangat terpencil. Dia boleh memuat naik semua data yang dia dapat dengan mudah dan menghantarnya semula kepada kami seolah-olah dia berada di sini.” Konsol Pentadbir membantu syarikat menyimpan maklumat sensitif di dalam syarikat dengan memudahkan IT membuang pekerja dan kontraktor yang berhenti, dan menghapuskan sebarang data syarikat daripada peranti mereka dari jauh. “Untuk melihat pekerja dan bagaimana mereka telah menggunakan teknologi seperti Dropbox secara terbuka adalah bukti betapa berkesan dan mudahnya ia untuk digunakan,” ujar Gillum.

“Ia membolehkan kami menyelesaikan masalah dengan lebih pantas. Saya ada seorang pekerja yang 16 jam lebih awal dari saya di Indonesia, di lokasi yang sangat-sangat terpencil. Dia boleh memuat naik semua data yang dia dapat dengan mudah dan menghantarnya semula kepada kami seolah-olah dia berada di sini.”

Scott Gillum, Pengurus Produk

HASIL

Menyenangkan IT dan pekerja

Dropbox Business menjadikan kerja jauh lebih mudah untuk pekerja, kata McCuistian. Syarikat ini berjaya mengurangkan saiz fail maksimum untuk e-mel luaran daripada 50 MB kepada 10 MB, kerana pekerja kini menggunakan perkhidmatan ini untuk berkongsi fail besar, secara dalaman dan luaran. Perubahan ini telah memberi IT lebih banyak masa untuk memberi tumpuan kepada projek-projek strategik, tambahnya. “Kami melihat penurunan besar dalam permintaan yang berurusan dengan saiz kuota e-mel atau fail yang perlu dikongsi,” kata McCuistian. “Ia telah menurun 80 hingga 90%.” Charlie Stone, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran, berkata Dropbox membantu kami seiring dengan kelajuan perniagaan perlombongan antarabangsa. “Kami tidak perlu menggaji pekerja di pejabat ini 24/7,” katanya. “Kami gunakan Dropbox untuk membolehkan orang di rantau lain di dunia mendapat maklumat yang mereka perlukan.”