Pelanggan / HappyFunCorp

Tumpuan Pelanggan HappyFunCorp

Dropbox Business memudahkan cara firma kejuruteraan ini membangun dan membina produk baru untuk beberapa syarikat terbesar di dunia.

CABARAN

Menguruskan projek rumit

HappyFunCorp yang berasas di Brooklyn ditubuhkan untuk membantu syarikat baru di kawasan New York membentuk konsep, mereka bentuk, dan membina produk yang berjaya. Namun, pasukan ini pantas menyedari bahawa perkhidmatannya akan turut menarik syarikat yang lebih besar, membawa kepada kerja membina apl baru untuk pelanggan perusahaan seperti American Express, Con Edison dan Estee Lauder. Bekerjasama dengan pelanggan itu, bagaimanapun, memerlukan langkah yang kurang menyeronokkan: kitaran maklum balas produk sering kali terlalu rumit untuk dikendalikan melalui e-mel, chat dan bertukar-tukar fail zip. Ini sering membawa kepada kekeliruan versi bagi aset penting seperti fail reka bentuk dan model rangka dawai. Masalah bertambah apabila bekerja dengan pelanggan yang lebih besar berhadapan dengan ramai pemegang syer dan proses usaha wajar yang panjang. “Ia menjadi sukar dikawal kerana kami menjana begitu banyak kandungan, terutama sekali semasa mentakrifkan produk,” kata Pengasas Bersama, Ben Schippers. HappyFunCorp memutuskan untuk beralih kepada awan, memilih Dropbox Business setelah syarikat ini bersetuju ia penyelesaian yang paling anjal untuk kerjasama pada semua peranti dan platform. “Kami perlukan pertemuan minda dalam dunia digital, supaya kami boleh katakan ‘ini tempat segala-galanya diletakkan,’” kata Schippers.

“Semasa membina produk baru, ia mudah untuk lemas dalam jumlah kandungan yang dihasilkan. Tetapi pelanggan boleh menyertai kami dalam perjalanan itu kerana Dropbox Business memastikan segala-galanya teratur.”

Ben Schippers, Pengasas Bersama, HappyFunCorp

PENYELESAIAN

Memudahkan pembangunan produk

Hari ini, syarikat ini menguruskan proses reka bentuk produknya menggunakan folder Dropbox sepenuhnya. Apabila HappyFunCorp mendapat pelanggan baru, pasukan ini menyediakan tiga folder kongsian untuk memulakan kerja dengan pelanggan. Yang pertama ialah ruang kerja untuk eksekutif jualan dan pengurus produk untuk menentukan kesesuaian pasaran, meneliti konsep, dan mengumpul dokumen hak cipta. Pereka dan pembangun bekerjasama melalui folder kedua yang membolehkan mereka mengekalkan kawalan versi fail Sketch dan Photoshop semasa mereka memperhalusi contoh apl. Dan pasukan kejuruteraan dan seni bina berkongsi fail pemprograman besar di dalam folder ketiga. Jaminan kualiti berlaku lebih cepat sekarang kerana perubahan akan dikemas kini pada semua peranti pada masa nyata, terima kasih kepada enjin pelarasan Dropbox. HappyFunCorp boleh berkongsi perjalanan melancarkan produk baru bersama pelanggan dalam langkah yang jelas dan terurus, kata Pengasas Bersama, Will Schenk. “Daripada menghantar aset berulang-alik, kami hanya rujuk kepada folder yang betul,” kata Schenk. “Semua orang teratur secara konsisten — mereka tahu ke mana mereka perlu pergi.” HappyFunCorp berkata belanjawan juga lebih mudah sekarang, kerana folder kongsian dan Lambang Dropbox telah menyingkirkan masalah kawalan versi semasa bekerja dalam hamparan Excel. “Mengetahui siapa lagi sedang berada dalam dokumen dan dapat mengemas kini kepada versi terbaru menjadi sangat berguna,” kata Schenk. Dengan Dropbox Business, pekerja juga boleh bekerja di luar daripada sebarang peranti. “Saya selalu tidak bawa komputer riba ke mesyuarat pelanggan, kerana saya boleh buka reka bentuk atau invois dari Dropbox pada telefon saya, dan ia kurang mengganggu,” kata Schippers. Dan tahap keizinan tersuai pada folder memastikan hanya orang yang sepatutnya sedang melihat aset proprietari pelanggan dan fail perniagaan dalaman. “Keupayaan untuk memastikan hanya sekumpulan orang mempunyai akses kepada kandungan sememangnya hebat,” kata Schippers.

“Keupayaan pelarasan dan kawalan versi Dropbox Business menghilangkan kekeliruan apabila kami bekerjasama, dan itu menjadi kelebihan daya saing yang besar.”

Will Schenk, Pengasas Bersama, HappyFunCorp

HASIL

Menumpukan pada apa yang mereka lakukan dengan terbaik

Walaupun HappyFunCorp berkembang dengan pantas semakin ia mengambil pelanggan yang lebih besar, syarikat ini berkata projek sebenarnya telah menjadi lebih mudah menggunakan Dropbox Business. “Kami telah menjimatkan masa yang amat banyak apabila ramai penulis menyunting satu dokumen,” kata Schenk. “Kami boleh beri tumpuan kepada menyelesaikan masalah untuk pelanggan, bukan hanya cuba untuk kekal selaras untuk memulakan perbualan.” Dropbox Business juga telah membolehkan HappyFunCorp memastikan pasukan IT kecil supaya syarikat boleh terus tertumpu pada perniagaan reka bentuk kejuruteraan terasnya. “Dropbox Business memudahkan cara kami berfikir tentang infrastruktur kami secara meluas, dan kos kami telah berkurang secara mendadak,” kata Schippers. Sebagai pengasas bersama dengan banyak tanggungjawab, Schippers berkata Dropbox Business memiliki kelebihan besar kerana berintegrasi dengan lancar dengan aliran kerja dan alat sedia ada HappyFunCorp. “Dengan cara apa sekali pun saya bekerja, Dropbox tidak memerlukan saya mengubahnya,” katanya. “Itu satu kelebihan besar.”