Pelanggan / Kayak

Kayak menyerlahkan pelancongan dengan Dropbox Business

Kayak adalah sebuah laman web pelancongan yang diasaskan bersama oleh Expedia, Travelocity dan Orbitz untuk menyediakan satu tempat yang mudah bagi pengguna mendapatkan pelbagai jenis pilihan meluas dalam penerbangan, hotel, kereta sewa, dan tawaran pelancongan lain. Hasil daripada beratus-ratus laman pelancongan boleh dibandingkan dalam satu paparan komprehensif dan intuitif di kayak.com.

Berkayuh ke Huluan

Dengan inventori besar pilihan dan peluang pelancongan yang sentiasa berubah, kandungan di laman web Kayak berada dalam pergerakan berterusan. Berpuluh-puluh kakitangan dalam pasukan pembangunan produk bekerja untuk memastikan laman dikemas kini supaya pengguna merasai pengalaman yang paling lancar. Rekaan produk dikemas kini dengan kerap ketika ia bertukar tangan daripada pereka, pengurus produk, dan pembangun dalam pasukan. Pada mulanya, syarikat ini cuba menggunakan pelayan untuk menyokong kitaran ini, tetapi menurut Bill O'Donnell, Ketua Arkitek dan Naib Presiden Kanan Produk Mudah Alih untuk Kayak, "VPN lambat, sukar untuk disambung dan sejujurnya, hanya menyusahkan." Pelayan Linux Kayak tidak sesuai, kerana ia tidak membenarkan fail disunting, diatur, dan dimuat semula dengan mudah. O'Donnell menambah, "Kami mempunyai laman web besar dipenuhi dengan fail yang dicipta secara manual. Lama kelamaan, kami mempunyai beratus-ratus ribu rekaan pada pelayan yang sukar dilayari, kerana anda tidak boleh menyusun atau mencari menerusinya." Syarikat itu memerlukan satu penyelesaian mudah yang membolehkan ahli pasukan mengakses dan mengemas kini fail tanpa rintangan. Setelah menggunakan Dropbox sejak peringkat awal, O'Donnell menyedari bahawa ia mungkin sesuai untuk Kayak dan apabila dia menemui versi perniagaan, keputusan itu jelas. "Kami rasa ia hebat Dropbox Business dibina untuk organisasi," katanya. "Kami menyukainya dengan serta-merta."

"Dropbox Business memberi kami tempat yang selamat dan tertumpu untuk menyimpan semua kerja kami, serta membantu melenyapkan rintangan akibat mempunyai beratus-ratus komputer dalam satu syarikat."

Peralihan dalam Arus

Dengan Dropbox Business, penghasilan halaman web telah menjadi lebih mudah. Pereka, pembangun dan pakar jaminan kualiti kini boleh mengakses dan meluluskan aset rekaan dan laman olok-olok di satu tempat sebelum ia disiarkan di kayak.com. Dan apabila pasukan pemasaran memerlukan karya seni untuk iklan atau jaminan, mereka juga boleh pergi terus ke Dropbox untuk mendapatkan fail. "Saya tidak perlu memberi akses khas kepada sesiapa," jelas O'Donnell. "Dropbox Business seperti kerangka utama kongsian yang besar dan hebat. Anda hanya maklumkan pengguna ke mana untuk pergi dan mereka boleh dapatkan apa yang mereka perlukan daripada folder kongsian." Akses mudah alih kepada fail juga membantu Kayak memudahkan proses. Oleh kerana Dropbox Business membolehkan pekerja untuk membuka dan menunjukkan fail terus dari iPad atau telefon pintar mereka, mereka tidak perlu lagi membuang masa atau bimbang tentang menyambung ke pelayan. "Dengan Dropbox, kami sentiasa mempunyai versi fail yang betul, dan semua orang boleh membukanya pada pelbagai peranti mereka," bicara O'Donnell. "Malah apabila seseorang mengemas kini fail menggunakan apl natif pada desktop mereka, kami boleh mengaksesnya pada peranti mudah alih dengan lancar. Ia hebat." Selain daripada pelbagai cara Dropbox Business membantu Kayak dengan projek pembangunan luar, ia juga membantu syarikat ini menguruskan laman web direktori kakitangan dalamannya. Semua pekerja Kayak ditampilkan di laman ini, dan foto resolusi tinggi mereka ditempatkan di Dropbox. "Ia satu pangkalan data yang cukup rumit dan mungkin mengandungi 200 GB gambar," jelas O'Donnell. "Tetapi walaupun semasa kami memutuskan untuk meletakkan kesemua gambar ke dalam Dropbox, ia masih berkesan! Ia agak mengagumkan."

Melangkah Mengikut Aliran

Memandangkan bilangan rekaan produk yang dihasilkan Kayak — dan kuantiti semakan yang diperlukan — keupayaan untuk melayari Dropbox dengan cepat menjadi tidak ternilai buat para pekerja. Bukan sahaja ciri ini membolehkan pereka menyunting dengan lebih pantas, ia juga memastikan bahawa kerja mereka akan sentiasa disandarkan. O'Donnell menambah, "Apabila anda bekerja di Dropbox, fail anda akan disimpan di semua komputer dan peranti anda. Dan jika anda berkongsi dengan orang, segala-galanya berada di kira-kira lima puluh komputer. Itu sangat menenangkan fikiran." Pada masa lalu, jika pekerja mempunyai masalah komputer, mereka menghadapi risiko kehilangan kerja mereka jika mereka tidak menyandarkannya secara manual di pejabat. Tetapi dengan Dropbox Business, mereka tidak perlu bimbang. "Jika komputer riba seseorang rosak atas sebab-sebab tertentu, kini mereka hanya dapatkan yang baru, pasangkan, dan log masuk ke Dropbox," kata O'Donnell. "Segala-galanya diselaraskan dengan pantas dengan bantuan pelarasan LAN dan mereka boleh kembali bekerja dalam masa yang singkat." Penambahbaikan terhadap aliran kerja, organisasi, dan perlindungan fail yang disediakan oleh Dropbox Business telah mula menghasilkan proses yang lebih lancar dalam pembangunan produk Kayak — dan operasi keseluruhannya. Seperti yang dinyatakan O'Donnell, "Dropbox Business memberi kami tempat yang selamat dan tertumpu untuk menyimpan semua kerja kami, serta membantu menghilangkan rintangan akibat mempunyai beratus-ratus komputer dalam satu syarikat."