Pelanggan / Refinery29

Dropbox Business Membantu Refinery29 Kekal Hebat dan Menyampaikan Kandungan Mantap

Beribu pejabat di New York City, Refinery29 adalah laman fesyen dan gaya bebas terbesar di Amerika Syarikat. Apabila bercakap tentang menghubungkan berjuta-juta pembaca dengan idea, beli-belah dan komuniti yang boleh membantu mereka mengekspresikan diri melalui fesyen, kecantikan, makanan, budaya dan rumah yang terbaik, Refinery29 adalah destinasi kegemaran mereka.

Corak Berlawan

Kekal di hadapan aliran fesyen dan gaya hidup memerlukan penglihatan dan pendengaran di bandar-bandar terhangat dunia. Untuk memastikan pembaca mendapat semua gaya, kisah dan produk terkini, Refinery29 mempunyai editor pengesan aliran bertempat di New York, Los Angeles, San Francisco, Chicago, Washington DC dan London. Mempunyai pasukan editorial yang tangkas di seluruh dunia hebat untuk kandungan laman, tetapi mencabar apabila tiba masanya untuk kakitangan berjauhan untuk berkongsi fail dengan ibu pejabat Refinery29 di New York. Pada mulanya, pasukan NYC akan menyimpan dokumen dan foto ke dalam pelayan di pejabatnya, manakala beberapa editor tempatan akan menggunakan akaun Dropbox peribadi. Walau bagaimanapun, semakin banyak fail yang dikumpul, semakin sukar jadinya untuk menjejaki di mana aset individu disimpan. Memindahkan seluruh staf Refinery29 ke Dropbox Business membolehkan semua orang mempunyai akses pantas dan mudah kepada fail dan cara seragam untuk berkongsi kandungan penting sesama sendiri. Menurut Pengarah Intelek Perniagaan, Shawna Strayhorn, ia memperkemaskan proses dengan pantas. "Dengan Dropbox, anda tahu ke mana untuk pergi untuk mendapat apa yang anda perlukan," katanya. "Tidak lagi perlu terkejar-kejar mencari seseorang untuk mendapat aset supaya anda boleh menggerakkan projek. Ia meredakan banyak tekanan."

"Dengan Dropbox, anda tahu dari mana untuk mendapatkan apa yang anda perlukan. Tidak perlu lagi terkejar-kejar mencari seseorang untuk mendapatkan aset supaya anda boleh menggerakkan projek. Ia meredakan banyak tekanan."

Gambar Sempurna

Sebelum kandungan boleh disiarkan di laman web Refinery29, editor tempatan harus mendapatkan kelulusan foto daripada kakitangan atasan. Folder Dropbox membolehkan perkongsian pantas dan mudah antara setiap editor dan pasukan teras di New York. Kurtz menjelaskan, "Daripada memuat naik, memuat turun, dan memuat naik semula pilihan foto, kami boleh bekerja terus dari dalam Dropbox. Ia sangat membantu." Sementara penyelesaian desktop Dropbox Business membantu pasukan editor tempatan Refinery29 bekerja dengan cekap dari rumah mereka, apl mudah alih membantu ramai kakitangan NYC syarikat itu beroperasi di luar. Menggunakan Dropbox, pekerja boleh merujuk fail penting atau berkolaborasi dengan rakan sekerja dengan pantas — terus dari telefon mereka — apabila mereka sedang membuat penggambaran foto atau menghadiri acara korporat. Pasukan pemasaran Refinery29 juga bergantung kepada Dropbox Business untuk mengatur dan berkongsi aset. Untuk setiap projek pemasaran baru, folder Dropbox dicipta untuk menempatkan salinan, imej dan komponen lain yang diperlukan. Strayhorn berkata, "Dropbox sangat membantu dengan proses pengurusan projek. Kini setiap orang tahu di mana dan bagaimana untuk mencari fail yang betul untuk setiap kempen, dan kami dapat mengawal akses dan menguruskan versi dengan lebih tepat." Apabila tiba masa untuk bertukar-tukar maklumat dengan rakan niaga luar, Refinery29 menggunakan Dropbox Business di sebalik e-mel atau laman FTP. Ahli pasukan hanya menyediakan folder kongsian dan menambah jurugambar atau penyumbang kandungan yang berkenaan supaya fail boleh dikongsi berulang-alik.

Faktor Pelaris

Setiap hari, Dropbox Business membantu Refinery29 berkongsi dengan lebih lancar dan beroperasi dengan lebih cekap. Tetapi penghargaan terhadap aplikasi ini menjadi lebih jelas kepada Refinery29 terutamanya semasa beberapa situasi yang menakutkan. Salah satunya adalah Taufan Sandy yang kuat melanda pantai timur pada akhir Oktober 2012. Kurtz mengesahkan, "Dropbox menyelamatkan kami semasa taufan itu. Tiada seorang pun perlu bersusah payah untuk mendaftar masuk ke pelayan dari rumah. Kami tidak perlu berhenti bekerja-walaupun selama 5 minit." Walaupun kurang mengerikan daripada taufan, penghapusan fail secara tidak sengaja adalah rintangan lain yang Refinery29 telah tangani dengan bantuan Dropbox Business. Kurtz berkata bahawa selalunya orang tidak menyedari mereka telah menghapuskan fail, tetapi terima kasih kepada ciri pemulihan Dropbox, mendapatkan fail kembali adalah mudah. "Ia sangat membantu untuk dapat memulihkan aset yang hilang dengan begitu mudah memandangkan begitu ramai orang menyentuh folder itu," dia menambah. Semasa Minggu Fesyen New York — salah satu saat penting untuk Refinery29 — Dropbox membantu staf seiring dengan kemasukan besar maklumat dan foto yang datang untuk disiarkan di laman web syarikat. Oleh kerana editor meliputi pertunjukan, gaya jalanan dan banyak lagi pada minggu itu, Refinery29 perlu menyunting beribu-ribu imej. Menggunakan Dropbox Business, editor dapat membuat pemilihan dan menyiarkannya secara langsung di laman dalam masa 4-6 jam. Dalam setahun lepas, syarikat ini mendapati bahawa membenarkan editor bekerja dari jauh semasa Minggu Fesyen mempercepatkan lagi penerapan kandungan. Kurtz menjelaskan, "Untuk menjana kandungan dengan pantas, kami pernah bekerja dari pejabat pada minggu itu. Tetapi disebabkan Dropbox, editor kami dapat terus berhubung tanpa perlu masuk ke pejabat. Antara pertunjukan fesyen, mereka boleh bekerja dari rumah — atau dari mana-mana yang menyenangkan — dan menghasilkan cerita dengan lebih pantas dan cekap." Dropbox Business membolehkan Refinery29 menghantar kandungan dengan pantas-membantu ia mengekalkan momentum dan sukses. Walaupun dalam keadaan mencabar atau tarikh akhir, Refinery29 tetap tenang dengan Dropbox di sampingnya.