Pelanggan / Sundance

Tumpuan Pelanggan 2016 Sundance Film Festival

Festival ini menggunakan Dropbox Business untuk memperkemas proses pemilihan hasil kerja terbaik tahun ini daripada pawagam bebas dan menganjurkan salah satu festival filem yang termasyhur di dunia.

CABARAN

Berganjak daripada DVD kepada digital

Quentin Tarantino, Steven Soderbergh dan Darren Aronofsky hanyalah beberapa nama daripada puluhan pengarah terkenal yang menerima kejayaan terulung mereka di Sundance Film Festival. Dikendalikan oleh Sundance Institute yang diasaskan oleh Robert Redford, Sundance Film Festival mempunyai proses mencungkil bakat baru yang setaraf dengan filem. Sebelum 50,000 peminat filem bertumpu di Park City, Utah setiap tahun pada bulan Januari, pengaturcara Festival perlu menapis 12,600 penyerahan kepada 200 pemenang anugerah dalam hanya beberapa bulan. Teknologi bukan selalunya wira dalam cerita ini. Pengaturcara akan menghantar hamparan Excel yang mengandungi maklumat terkini mengenai penyertaan filem sebagai lampiran e-mel, yang kadang-kala menyebabkan kekeliruan tentang versi terkini. Pengaturcara Festival menghantar filem ke sana ke mari menggunakan DVD dan pemacu pena — kedua-duanya merupakan cara tidak selamat untuk berkongsi filem yang belum pernah ditayangkan. “Kami tidak tahu sama ada pengaturcara mendapat filem yang betul pada masanya, atau jika ia dihantar ke tempat yang salah,” kata Adam Montgomery, Pengurus Kanan Pengaturcaraan. Pengaturcara Festival mula menggunakan akaun Dropbox peribadi mereka untuk melakukan kerja, menjadikan peralihan kepada Dropbox Business satu penyelesaian yang mudah untuk Festival. “Sekarang kami ada alat yang pengguna tahu dan suka, kami boleh mula mengubah cara orang bekerja,” kata Justin Simmons, Pengarah IT.

PENYELESAIAN

Menulis skrip baru untuk kerjasama

Hari ini, pengaturcara Festival bekerjasama menggunakan folder kongsian Dropbox. Perkhidmatan ini memudahkan juri menonton 25 filem yang harus ditonton oleh mereka setiap minggu, kerana satu integrasi akan memuatkan setiap video yang dikongsi melalui Dropbox kepada pemain video Vimeo secara automatik. Menyimpan fail Excel yang mengandungi status penjurian di dalam folder kongsian membolehkan beberapa pengguna untuk menyuntingnya dan menambah maklum balas, memastikan semua orang sedang mengerjakan versi terkini. “Saya sentiasa tahu bahawa maklumat dalam dokumen itu akan dikemas kini pada masa nyata,” kata Montgomery.

Dengan ciri pratonton video, pengaturcara boleh mengesahkan mereka telah menerima fail yang betul dengan pantas sebelum mereka mula memuat turun filem. Setelah filem dipilih sebagai peserta akhir, pasukan pengaturcaraan dan pameran boleh mengumpul klip daripada pengarah untuk ditayangkan di Festival dengan mudah. “Kami akan menghubungi pembikin filem atau ahli panel melalui permintaan fail Dropbox, dan mereka akan menghantar versi yang disunting ke dalam folder yang betul,” kata Holden Payne, Pengarah Teknikal Pameran dan Penerbitan. Semasa Festival, berkongsi pautan Dropbox kepada kit media dan aset lain menyelamatkan kakitangan yang sibuk daripada menge-mel fail kepada setiap wartawan.

Memastikan data selamat adalah keutamaan, kerana Festival berurusan dengan kerja yang perlu dirahsiakan sebelum tayangan rasmi, kata Montgomery. Menggunakan Dropbox, kakitangan Festival boleh memberi akses folder hanya kepada pengaturcara yang dikehendaki. “Ia sangat mudah untuk mengubah keizinan atau menetapkannya semula bila-bila masa anda mahu,” kata Montgomery.

HASIL

Memberi tumpuan kepada filem

Penyelesaian ini telah membolehkan kakitangan Festival menghabiskan lebih banyak masa dalam menayangkan pawagam asal, seperti pemenang Oscar filem Boyhood dan Whiplash, dan lebih sedikit masa dalam mengendalikan logistik. “Saya berurusan dengan beribu-ribu fail yang bersaiz dua hingga empat gigabait,” kata Montgomery. “Dropbox Business telah membolehkan kami memindahkan data itu dengan pantas, berkesan dan boleh diharapkan. Dan secara jujurnya saya ​​tidak pasti bagaimana kami melakukannya sebelum ini.” Rangkaian kolaborator luar Festival, yang termasuk 12,000 pembikin filem, sudah biasa dengan penyelesaian ini — satu kelebihan yang besar apabila bekerja dengan begitu ramai orang. “Jarang sekali seseorang menyebut perkhidmatan lain selain daripada Dropbox,” kata Montgomery. “Ia cara de facto dalam komuniti yang berkongsi data.” Dengan produktiviti meningkat, ”kami boleh terus bertumpu kepada mengatur program filem bebas sebaik yang boleh,” kata Montgomery.