Pelanggan / Vita Coco
Play video

Vita Coco menghantar air kelapa segar kepada dunia dengan bantuan Dropbox Business

Vita Coco adalah air kelapa semula jadi yang kaya dengan elektrolit, yang kini dijual di 13 buah negara di seluruh dunia. Dengan memilih, memecahkan dan membungkus kelapa terus dari sumber, Vita Coco mengekalkan tahap kualiti yang tinggi dan menerajui kategori air kelapa, menguasai 60 peratus saham pasaran.

Mengambil peluang

Sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat untuk menyediakan produk yang paling segar, Vita Coco mengekalkan protokol yang ketat, membungkus air kelapanya dalam tempoh 72 jam selepas buah dipetik. Walaupun kakitangan syarikat telah berkembang daripada kurang dua dozen pekerja lima tahun yang lalu kepada 250 orang di seluruh dunia sekarang, ia masih berusaha untuk menjalankan operasi yang lancar dan cekap. Setiap individu dalam kakitangan mempunyai fungsi tertentu dalam proses petik-pek-jual, dan setiap satu teknologi yang digunakan syarikat mesti berfungsi untuk menyokongnya.

Untuk memastikan pekerja terus berhubung, syarikat ini mencuba segala-galanya daripada pemacu rangkaian kepada pemacu keras mudah alih kepada aplikasi perkongsian fail. Tetapi menurut Pengarah Pemasaran Jenama, Brian Olney, "Ramai pekerja tidak menggunakan alat itu kerana ia tidak begitu sesuai dengan aliran kerja."

Ia tidak mengambil masa yang lama untuk pekerja Vita Coco mula mencari alternatif yang boleh diharapkan — menggunakan Dropbox untuk berkongsi fail antara satu sama lain. Untuk menguasakan kakitangan dengan jenis teknologi yang mereka inginkan, dan masih mengekalkan kawalan ke atas kandungan seperti strategi jenama dan inovasi akan datang, Vita Coco memutuskan untuk melancarkan Dropbox Business dan menyediakan tahap akses berbeza untuk pasukan berlainan di seluruh syarikat.

"Kami mempunyai beratus-ratus variasi pembungkusan. Pertaruhannya amat besar untuk kami, dan kami ada kepercayaan penuh pada Dropbox Business."

Memastikan pengeluaran berjalan di seluruh dunia

Pengeluaran air kelapa Vita Coco melibatkan keseimbangan kerjasama yang rumit antara ramai orang di seluruh dunia. Ibu pejabat syarikat ini terletak di New York, London dan Singapura, dengan sokongan tambahan di Jepun, Korea Selatan, Perancis dan Amerika Syarikat, tetapi sumber kelapa mereka datang dari lokasi seperti Brazil dan Indonesia. Untuk memastikan operasi berjalan dengan lancar dan cepat merentasi zon masa, Vita Coco bergantung pada Dropbox Business.

Dropbox memastikan semua orang selaras semasa langkah pengeluaran utama, seperti perkembangan pembungkusan produk. Oleh kerana kelapa syarikat ini datang dari pantai berlainan, maklumat pemakanan berbeza-beza dan harus disesuaikan mengikut label setiap rantau. Apabila pereka bentuk mengubah suai data label, mereka menggunakan pautan Dropbox untuk berkongsi PDF untuk mendapat kelulusan. Pasukan pemasaran dan pengeluaran menyemak reka bentuk pembungkusan, membuat sebarang perubahan yang diperlukan, dan kemudian fail itu dihantar kepada rakan kongsi pengeluar pihak ketiga di Jerman atau Singapura — sekali lagi, melalui Dropbox. Seperti yang dijelaskan Olney, "Kami ada beratus-ratus variasi pembungkusan. Pertaruhannya sangat besar bagi kami, dan kami mempunyai kepercayaan penuh terhadap Dropbox Business."

Penjualan lancar

Apabila tiba masa untuk menjual Vita Coco kepada lebih ramai peruncit, Dropbox Business turut memainkan peranan penting. Wakil jualan syarikat dulu bergantung pada cetakan dokumen dan buku nota untuk menyampai dan mengumpul maklumat daripada calon pengedar. Kini dengan Dropbox, wakil jualan boleh bekerja dengan lebih pantas dan bijak, menggunakan iPad untuk mendapat dan membentangkan maklumat produk dengan cepat. "Dropbox Business membantu kami menyebarkan maklumat kepada pekerja jualan kami dengan pantas dan cekap," tambah Olney. "Mereka boleh segera menyampaikan rupa produk, sebab peruncit harus membelinya, dan bagaimana ia akan meningkatkan jualan."

Akses segera kepada bahan pemasaran adalah bahagian utama untuk ini. "Kami menggunakan Dropbox Business sebagai satu sistem untuk menyimpan semua kreativiti kami — karya seni berlapis, fail sebenar yang sedang diusahakan pasukan reka bentuk kami, pengendalian kalis," kata Olney. "Apabila kami mempunyai imej terbaru Kourtney Kardashian menikmati Vita Coco, kini wakil jualan kami boleh mengambilnya dari Dropbox dan menggunakannya di tapak."