Pembekal spirit ini menggunakan Dropbox Business untuk berkongsi bahan pemasaran terbarunya dengan jurujual dan pelanggan, mengeratkan hubungan dengan pengedar dan meningkatkan fokus terhadap jualan.

Castle Brands, syarikat minuman

Hasil Utama Castle Brands

Pemasangan apl mudah alih Dropbox di seluruh syarikat

Penurunan 100% dalam permintaan jualan untuk fail dari pemasaran

Pengurusan data syarikat yang lebih terjamin

Cabaran

Berinovatif dalam industri yang terikat dengan tradisi

Sebagai pembekal spirit global, Castle Brands mengkhusus dalam membawa spirit dan minuman keras paling berkualiti tinggi seperti Pallini Limoncello dan Goslings Rum ke kedai-kedai. Terima kasih kepada porfolionya tersendiri, syarikat berpangkalan di New York ini telah menjadi salah satu pembekal yang bergerak pantas dalam industri. Tetapi Castle menyedari bahawa teknologi yang tidak cekap menyekatnya dari pertumbuhan yang lebih besar. Pasukan pemasaran Castle sudah biasa mengangkut laptop ke mana-mana, malah pengikat fizikal dengan bahan promosi apabila melawat pengedar, mengehadkan penggunaan aset yang lebih menarik seperti video. Walaupun Castle telah beralih ke arah menggunakan e-mel, maklumat bertaburan dalam lampiran dan sering sukar diakses melalui VPN yang tidak stabil. Jurujual akan meminta pasukan pemasaran untuk menghantar semula imej yang sukar untuk mereka temui, membuang masa berharga pelanggan, kata Andre Preoteasa, Pengarah IT. “E-mel adalah produk yang bagus, tetapi orang menggunakannya untuk segala-galanya dan ia menjadi produk paling teruk,” katanya. Castle memutuskan untuk beralih kepada awan untuk membantu memudahkan kerjasama pekerja, memilih Dropbox Business kerana penyelesaian ini menjadikannya mudah untuk berkongsi fail bersama rakan kongsi luar. Syarikat juga menghargai ciri-ciri keselamatan perusahaan dan antara muka intuitif apl mudah alih pada iPad. “Kami memerlukan penyelesaian yang boleh digunakan oleh pengguna yang tidak celik teknologi, sambil memberikan saya kefungsian perusahaan seperti Active Directory Federation Services,” kata Preoteasa, merujuk kepada perisian single sign-on Microsoft. “Dropbox Business adalah pilihan tepat untuk kami.”

Penyelesaian

Menyampaikan aset utama kepada jualan

Berbangga atas operasi jualan dan pemasaran berkaliber tingginya, pekerja Castle sangat bergantung kepada Dropbox Business untuk berkongsi fail bersama pelanggannya—pengedar yang mengisi rak peruncit dengan spirit. “Kami perlu menjadikannya semudah yang mungkin bukan sahaja untuk pekerja kami, tetapi untuk pelanggan kami,” kata Preoteasa. Syarikat menggunakan pautan kongsian untuk berkongsi imej dan video resolusi tinggi secara mudah dengan bahan promosi mengenai rum atau wiski paling hangat bersama pelanggan. Mereka juga menggunakan pautan tersebut untuk berkongsi PDF secara pantas dengan maklumat harga terbaru. “Selalu ada pengemaskinian kepada logo, pembentangan, dan hamparan ini, dan sekarang oleh kerana saya boleh membuat kemas kini kepada folder Dropbox secara terus, pasukan jualan kami sentiasa mempunyai maklumat terkini,” kata Donna Hibbert, Pengawal Pemasaran. Apabila pasukan pemasaran menambah kolateral baru kepada folder kongsian untuk jualan, penjual melihat pemberitahuan pada skrin mereka sejurus selepas bahan terbaru dimuat naik. “Jurujual boleh melihat ‘Donna menambah 20 fail baru,’ dan boleh berkata kepada pelanggan kami, ‘lihat perisa burbon baru ini—ini semua imej baru,” kata Hibbert. Apabila jurujual dalam perjalanan, mereka boleh menyelak imej dan video dengan klien dengan mudah, kerana semua folder mereka tersedia melalui apl iOS Dropbox. “Dropbox pada iPad kelihatan serasi sekali,” kata Preoteasa. “Ia intuitif, menarik, dan boleh dipercayai.”

Hasil

Mengurangkan halangan untuk jualan berpotensi

Pelancaran Dropbox Business di Castle telah membolehkan pekerja lebih fokus dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan kurang memikirkan tentang cara untuk berkongsi antara satu sama lain. Permintaan jualan kepada pemasaran untuk kolateral telah menurun 100%, sekarang segala-galanya berada di dalam folder kongsian, kata syarikat. “Apa yang saya perlu lakukan adalah mengemaskini kolateral dan simpan—saya tidak lagi ditanya di mana kandungan di simpan,” kata Hibbert. “Saya jauh lebih cekap, terima kasih kepada Dropbox, dan ia menjimatkan banyak masa saya, jadi saya boleh memberi tumpuan menonjolkan jenama kami.” Preoteasa berkata bahawa pekerja telah menggunakan Dropbox Business lebih pantas dari yang beliau jangkakan— kesemua mereka kini menggunakan penyelesaian ini pada tablet mereka. “Adalah visi syarikat kami untuk menjadi mudah alih sepenuhnya,” kata Preoteasa. “Dengan Dropbox Business, pekerja kami boleh menjadi lebih produktif dan membentangkan produk terbaru kami kepada pengedar dalam cara yang kami tidak dapat lakukan sebelum ini.”

Penyelesaian perkongsian dan penyimpanan terbaik untuk perniagaan anda