Castor & Pollux menggelarkan Dropbox Business “sebahagian daripada DNA-nya” setelah lima tahun menggunakan penyelesaian ini untuk menyokong proses kreatif di dalam agensi pengiklanan digitalnya.

Hasil Utama Castor & Pollux

Kerjasama pantas dan mudah dalam kerja reka bentuk

Akses jarak jauh kepada projek yang boleh diharapkan

Perkongsian fail selamat dengan pelanggan

Cabaran

Maju ke hadapan sambil memelihara yang silam

Agensi pengiklanan digital Perancis, Castor & Pollux, melakukan lebih daripada sekadar mencipta laman web, apl, dan iklan pameran yang cemerlang untuk pelanggannya. Syarikat ini melayan pelanggan seperti sahabat mereka. Ini bermakna menggalakkan persekitaran kolaboratif yang meluas dan menggunakan alat yang fleksibel dan mudah untuk difahami. Dropbox adalah salah satu alat pertama seperti itu yang disediakan oleh Castor & Pollux semasa ia ditubuhkan pada 2010. Tetapi semakin agensi ini berkembang daripada dua pengasasnya, keperluan untuk storan fail juga berkembang — jadi keputusan telah dibuat untuk beralih kepada Dropbox Business. “Kami sudah tahu Dropbox adalah penyelesaian yang hebat,” kata Pengasas Bersama, Julien Cocquerel. “Kami memilih Dropbox Business disebabkan oleh storan tambahan dan keupayaan untuk memulihkan fail terhapus. Baru pagi tadi, seorang pelanggan meminta fail yang saya telah hapuskan tiga tahun yang lalu. Saya tidak mampu dapatkannya kembali jika saya menggunakan akaun peribadi saya.” Dropbox Business juga adalah satu langkah kewangan yang munasabah untuk syarikat tunas. Seperti yang dijelaskan Cocquerel, “Apabila anda syarikat baru, anda tiada wang untuk membeli pelayan dan sudah semestinya anda tidak mampu menanggung kegagalan pelayan. Dropbox Business adalah kos efektif dan ia tidak pernah gagal.”

Penyelesaian

Pengaturan masa projek yang sempurna

Untuk menjadikan aliran kerja selancar yang mungkin, Castor & Pollux memutuskan untuk menggabungkan Dropbox Business dengan apl pesanan masa nyata, Slack. Ini membolehkan ahli pasukan mempercepatkan kerjasama dan komunikasi. Ia juga membolehkan pereka bentuk untuk mengusahakan projek sehingga waktu pembentangan, kerana kerja saat akhir mereka boleh diakses serta-merta daripada Dropbox Business. Menurut Pengasas Bersama, Stéphane Clousier, “Sebahagian daripada keajaiban Dropbox Business adalah saya boleh ada dalam mesyuarat, beritahu pelanggan bahawa pereka bentuk baru sahaja menyiapkan kerja—dan membukanya di sana, secara langsung, di hadapan mereka—walaupun jika ia dimuat naik dari sejauh tiga ratus batu.” Apabila pekerja Castor & Pollux tidak boleh berada di dalam bilik bersama pelanggan, pembentangan kerja masih lancar dan ringkas. Seperti dijelaskan Clousier, “Walaupun kami menggunakan Dropbox Business terutamanya di dalam syarikat, dengan pelanggan tertentu — seperti Lagardère misalnya — kami menghantar fail secara langsung melalui pautan Dropbox.”

Hasil

Model perniagaan yang berkesan

Memilih Dropbox Business telah memberi Castor & Pollux kebebasan untuk beroperasi dalam cara yang diinginkan, dengan fleksibiliti dibina ke dalam setiap aliran kerja. Selepas lima tahun menggunakan Dropbox Business, Cocquerel menganggapnya sebagai sebahagian daripada DNA Castor & Pollux. “Dropbox Business adalah sejenis penyelesaian yang boleh membuat model perniagaan anda,” katanya. “Ia diterapkan dengan begitu mendalam dalam proses kami, saya tidak boleh bayangkan kami bekerja tanpanya.”

Penyelesaian perkongsian dan penyimpanan terbaik untuk perniagaan anda