Syarikat kontrak elektrikal ini bergantung pada Dropbox Business untuk menghubungkan ibu pejabat dengan penyelia tapak di beberapa lokasi terpencil di Kanada.

CEL Electric, syarikat kontrak elektrikal

Hasil Utama CEL Electric

Kerjasama meningkat antara penyelia dan ibu pejabat

Pemulihan data tanpa had ke atas aset bernilai

Keselamatan lebih kukuh ke atas maklumat pembayaran pelanggan

Cabaran

Mengalami kejutan terhadap sistem

Dengan ekonomi yang sebahagian besarnya didorong oleh perlombongan, pembuatan, dan pertanian, wilayah Saskatchewan di Kanada ini bergantung pada syarikat kontrak elektrikal seperti CEL Electric untuk menguasakan fasiliti penjanaan utama. Sejak penubuhannya pada tahun 1979, CEL telah terus berkembang, membuka enam pejabat di seluruh Kanada. Tetapi semakin syarikat berkembang, alat sedia ada membataskan keupayaan pekerja untuk berkongsi maklumat dengan mudah antara satu sama lain dan dengan pelanggan. Apabila menghantar e-mel lukisan kepada pemilik bangunan, pekerja terpaksa memisahkan fail PDF yang besar kepada bahagian yang lebih kecil untuk disesuaikan dengan had lampiran. “Langkah-langkah itu memakan masa dan data hilang,” kata Mark Karr, Pengurus Projek. Lebih buruk lagi, ramai pekerja terpaksa mengambil jalan keluar dengan menghantar CD, pemacu pena, atau timbunan lukisan kertas dan kontrak melalui kurier — proses yang lambat dan mahal. Kami akhirnya serik pada tahun 2014, apabila kilat menyambar pelayan CEL di Saskatoon, menghapuskan hasil kerja selama enam bulan, kata Shaun Unger, Naib Presiden Hal Ehwal Korporat. “Ia telah membuka mata kami untuk melakukan perubahan,” kata Unger. CEL memutuskan untuk beralih kepada awan, memilih Dropbox Business kerana ia memudahkan untuk berkongsi fail bersama rakan kongsi luar. Hakikatnya, ramai pekerja CEL sudah pun mempunyai akaun Dropbox peribadi dan menjadikan itu satu keputusan yang mudah. “Penerimaan menjadi jauh lebih mudah kerana orang sudah selesa dengan sistem ini,” kata Unger. “Setakat ini Dropbox merupakan cara yang paling berkesan untuk melancarkan projek.”

Penyelesaian

Menjana cara yang lebih baik untuk bekerja bersama

Dropbox Business telah mengubah keseluruhan cara CEL menguruskan projek, daripada bidaan awal kepada fasa reka bentuk hingga pembinaan penjana kuasa, loji rawatan air, dan tong bijian, sebagai contoh. Untuk memastikan proses rumit ini sekemas yang mungkin, CEL menyediakan subfolder bagi setiap projek untuk mengatur aset utama seperti lukisan, perintah perubahan, sebut harga, dan permit. “Sekarang semua orang sentiasa tahu di mana semuanya diletakkan,” kata Karr. “Saya tidak bawa pemacu pena pada rantai kunci saya lagi.” Pasukan kejuruteraan dan reka bentuk boleh bekerjasama dalam fail reka bentuk AutoCAD yang besar, kerana pekerja boleh mengakses fail terkini di Dropbox, menghasilkan masa kitaran projek yang lebih pantas. Jika skop kerja berubah, penyelia tapak kini boleh mendapatkan fail yang mereka perlukan pada telefon mereka, memudahkan untuk bekerjasama dengan pejabat-pejabat CEL pada masa nyata. Ciri muat naik kamera di Dropbox bermakna gambar pendawaian atau sumber kuasa baru di tapak pembinaan akan dikongsi hampir serta-merta bersama ibu pejabat. “Sebaik sahaja penyelia mengambil gambar, saya boleh nampak apa yang kami bincangkan," kata Karr. Semasa bekerja dari lokasi yang jauh, pekerja masih boleh mengakses fail yang mereka perlukan kerana Dropbox Business berfungsi dalam situasi lebar jalur rendah. “Kami boleh lihat perubahan masuk walaupun dengan sambungan yang tidak stabil di Hudson Bay,” kata Karr. Pekerja CEL tidak lagi membazir masa bekerja dalam dokumen lapuk, kerana Lambang Dropbox membolehkan pengguna mengetahui siapa lagi yang berada dalam fail. Jabatan IT juga tidur lebih nyenyak sekarang, kerana yakin maklumat sensitif syarikat benar-benar selamat. Ciri pemindahan akaun membolehkan pentadbir memindahkan fail kepada akaun pekerja yang lain jika seseorang meninggalkan syarikat. Dan tarikh luput pautan menyekat akses kepada bidaan atau konsep reka bentuk selepas tarikh tertentu.

Hasil

Mengklik pautan di sebalik menaiki penerbangan

Dropbox Business telah membawa sandaran data yang boleh diharapkan kepada CEL — keperluan syarikat ini yang paling mendesak berikutan panahan kilat. Tetapi CEL berkata perkhidmatan ini turut memberi manfaat dalam bidang lain. Pemulihan versi lanjutan terbukti amat berguna, membolehkan seorang pekerja mendapatkan semula lukisan yang bernilai $5,000 dan hamparan yang tidak sengaja dihapuskan. Tetapi kesan terbesar datang dalam bentuk peningkatan kecekapan dan produktiviti. “Dengan Dropbox Business, saya boleh menyokong penyelia tapak kami dari ibu pejabat tanpa perlu melakukan perjalanan,” kata Karr. “Jika saya pergi ke tapak, saya perlu ambil penerbangan, memandu ke lokasi yang jauh, hadiri mesyuarat, dan balik. Kosnya agak mahal bagi kami.” Di tapak, Dropbox Business membantu memastikan semua orang sentiasa sedia maklum. “Segala-galanya berpusat, tidak kira di mana pasukan kami berpangkalan,” kata Unger. “Tiada keraguan ia menjadikan kami semua lebih produktif.”

Penyelesaian perkongsian dan penyimpanan terbaik untuk perniagaan anda