{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Hasil Utama Citizen Watch

Perkongsian dengan pihak luar lebih cepat, lebih mudah 

Pengedaran aset imej diperkemas 

Keahlian ringkas dan penerimaan pantas 

Cabaran

Permulaan era baru

Di sebalik operasi Citizen Watch America yang sedang berkembang adalah pasukan berdedikasi yang terdiri daripada 14 profesional IT yang komited untuk menguasakan kakitangan dengan teknologi yang boleh diharapkan. Sementara pasukan jualan dan pemasaran memastikan produk yang menepati masa dipromosikan dan diedarkan kepada vendor yang betul, IT pula sibuk memastikan sistem, perisian, dan perkakasan berjalan secekap yang mungkin. Apabila CWA memutuskan untuk merombak laman webnya pada tahun 2012 — dalam tempoh yang sangat ketat — pasukan IT ini beralih kepada alat FTP sedia ada untuk bekerjasama dengan pembangun, namun mendapati ia amat terbatas semasa perlu memindahkan imej beresolusi tinggi dan fail-fail lain. Pengarah Pembangunan IT, Gen Miake, mengingati, “Ia memerlukan perhatian IT hanya untuk pastikan fail itu diterima oleh pihak lain.” Untuk meringkaskan proses dan membebaskan tenaga kerja IT, pasukan ini memutuskan untuk mencuba Dropbox. Ia satu pilihan yang tepat. “Kemudahan dan kelajuan setiap orang untuk mengakses data dengan Dropbox benar-benar mengagumkan,” kata Miake. “Ia memainkan peranan penting dalam menyiapkan projek ini tepat pada masanya.”

“Mengajak orang menggunakan Dropbox langsung tidak susah — menjadikan hidup saya lebih mudah. Saya cuma bawa mereka ke air dan mereka minum. Ia sempurna!”

Penyelesaian

Alat kakitangan yang pantas digemari

Ahli pasukan IT telah menemui satu penyelesaian yang sesuai dengan keperluan mereka, dan apabila khabar angin kehebatan Dropbox tersebar, lagi ramai kakitangan CWA mula menggunakannya untuk berkongsi fail bersama rakan kongsi perniagaan luar — di sebalik bergantung pada kaedah yang lebih perlahan seperti e-mel.” Semakin Dropbox digemari di seluruh syarikat, Miake dan pasukannya tahu masanya sudah tiba untuk beralih kepada produk yang direka untuk bilangan pengguna yang banyak. Jadi pada awal 2013, mereka menyediakan CWA dengan Dropbox Business. Hanya selepas satu sesi latihan, semuanya berjalan lancar. “Dulu tugas IT adalah untuk membawa teknologi baru kepada pengguna, tetapi cabarannya adalah mengajak orang untuk menggunakannya,” kata Miake. “Mengajak orang menggunakan Dropbox langsung tidak susah — menjadikan hidup saya lebih mudah. Saya cuma bawa mereka ke air dan mereka minum. Ia sempurna! “Sekarang apabila Citizen memperkenalkan model jam tangan baru, imej yang diluluskan boleh diedarkan kepada pengedar untuk promosi di laman web mereka dengan pantas. Untuk membantu wakil jualan mendapatkan imej dengan lebih cepat, CWA telah menyediakan sistem pengurusan aset digital yang berintegrasi dengan Dropbox. “Apabila pelanggan menelefon dan memerlukan gambar jam tangan yang tertentu, integrasi Dropbox memudahkan wakil jualan untuk menyerahkan,” tambah Miake. Bagi jabatan IT, Dropbox Business bukan sahaja telah menyingkirkan keperluan untuk menyelenggara laman FTP, tetapi telah turut menjadi penting kepada pengurusan projek. Dalam pemilihan syarikat bagi penyelesaian ERP yang baru, IT bekerja erat bersama perunding luar — menggunakan Dropbox untuk membekalkan semua maklumat yang diperlukan. Sekarang CWA menggunakan Dropbox sekali lagi untuk membantu dengan pelaksanaan ERP. Seperti yang dijelaskan Miake, “Semua pemuatan data, pembersihan, dan diagram reka bentuk yang diperlukan oleh rakan kongsi ERP kami yang baru disimpan di dalam Dropbox.” Sepanjang Miake dan pasukannya bekerja dalam menaik taraf sistem pengurusan gudang CWA, mereka menggunakan Dropbox untuk berkongsi data mengenai jenis perkapalan, muatan kapal maksimum, dan muatan produk yang dihantar, supaya pakar perunding yang membantu mereka boleh merangka spesifikasi keperluan. “Seperti kebanyakan dokumen dinamik, terdapat banyak perubahan terhadap spesifikasi kami — yang mana tidak akan dapat dikawal jika kami menggunakan e-mel,” kata Miake. “Dengan kawalan versi Dropbox, semua orang yakin bahawa mereka mempunyai versi terkini bagi segala-gala yang mereka perlukan.”

“Dengan alat seperti Dropbox, mengekalkan pertumbuhan mampan benar-benar boleh dicapai.”

Hasil

Pendekatan lebih progresif

Dengan pengalaman lebih dua dekad, Miake telah menyaksikan perubahan besar dalam landskap IT. “Skop kerja IT telah meningkat dengan radikal,” nyata beliau. “Ia bukan hanya ERP sahaja — ada penyelesaian SaaS yang penting kepada perniagaan memerlukan sokongan kami.” Teknologi seperti Dropbox Business membantu pasukan seperti Miake menangani cabaran tanpa menghauskan sumber. “Matlamat kami adalah untuk menyediakan peralatan yang membantu orang melakukan kerja mereka dan memenuhi keperluan perniagaan. Memantau penggunaan adalah sebahagian besar daripada ini, dan Dropbox Business membenarkan kami untuk melihat di mana penggunaan tidak diperlukan. Pendirian lama IT ‘jika kita yang bina, mereka akan datang' tidak berkesan lagi.” Semakin Citizen Watch America terus berkembang dan mengoptimumkan operasinya, Miake mengakui Dropbox memainkan peranan yang penting. Katanya, “Pada 2013, kami mencapai pertumbuhan dua angka dan kami merancang untuk melakukannya sekali lagi pada tahun ini. Dengan alat seperti Dropbox, mengekalkan pertumbuhan mampan benar-benar boleh dicapai.”