CSBP Fertilisers menggunakan Dropbox Business untuk memastikan tenaga kerja mudah alih sedia maklum dan dapat berkhidmat kepada pelanggan lebih baik.

CSBP Fertilisers, syarikat pengilangan

Hasil Utama CSBP Fertilisers

Lebih kawalan ke atas akses fail

Produktiviti mudah alih meningkat

Pengagihan cepat bahan pemasaran

Cabaran

Akses maklumat serta-merta

Waktu bersemuka penting kepada jenis perniagaan bertumpukan pelanggan yang dijalankan oleh CSBP Fertilisers. Lebih kurang 40 Pengurus Kawasan menyokong keperluan pelanggan di seluruh Australia Barat, dan mereka memerlukan akses berterusan kepada maklumat syarikat untuk dikongsi bersama pengguna. Buat masa yang lama, kakitangan bergantung pada e-mel dan pemacu rangkaian untuk bekerjasama dan mendapatkan data untuk pelanggan. Namun begitu, cuba menggunakan VPN dari lokasi terpencil dan menjejak fail dalam e-mel terbukti tidak efisien. Sebagai Pengurus Operasi Perkhidmatan Pelanggan, Mark La Cava, mengingati, ”Apabila Pengurus Kawasan bergelut untuk mengakses maklumat, mereka tidak dapat memberikan begitu banyak nilai perkhidmatan kepada pelanggan.” Tidak lama kemudian kakitangan mula menggunakan penyelesaian storan dan perkongsian fail mereka sendiri — Dropbox — membuatkan lebih jelas lagi bahawa CSBP Fertilisers perlu melakukan perubahan.

Penyelesaian

Bermodalkan kelaziman

Oleh kerana begitu ramai kakitangan sudah faham cara menggunakan Dropbox, CSBP Fertilisers menyaksikan penerimaan pantas dan meluas apabila ia melaksanakan Dropbox Business. Dengan begitu pantas, syarikat ini dapat memperkemaskan aliran kerja dan mengambil alih kawalan ke atas fail yang telah diletakkan dalam akaun Dropbox peribadi. ”Masa penyediaan dan latihan sangat minimal,” kata La Cava. ”Antara muka pengguna Dropbox Business sangat ringkas untuk dilayari, ia amat mudah untuk membawa masuk semua orang. Dan dengan memberi kakitangan satu penyelesaian yang begitu mudah untuk digunakan, kami dapat memastikan maklumat syarikat diletakkan kembali dalam persekitaran yang lebih selamat dengan pantas.”

Hasil

Produktiviti meningkat, perkhidmatan bertambah baik

Dengan begitu ramai kakitangan melakukan perjalanan dan bekerja dari jauh, dan peranti mudah alih kadangkala boleh hilang, CSBP Fertilisers menghargai keupayaan Dropbox Business yang menawarkan storan fail yang dijamin selamat dan cara yang ringkas untuk menyambung kerja. La Cava menambah, “Jika peranti rosak atau hilang, pekerja boleh terus beralih kepada peranti lain dan memasang semula Dropbox Business. Dengan begitu pantas, mereka kembali menjadi produktif.“ Dropbox Business juga telah membantu meningkatkan produktiviti dengan membolehkan CSBP Fertilisers untuk mengagihkan maklumat kepada kakitangan pada waktunya berbanding semasa syarikat ini bergantung pada VPN dan laman FTP. Apabila terdapat inisiatif pemasaran baru yang perlu dikeluarkan, syarikat menggunakan Dropbox Business untuk berkongsi berita ini dengan cepat. Hasilnya, kakitangan dapat membentangkan maklumat kepada pelanggan dengan lebih pantas. “Dropbox Business telah memudahkan perkongsian dari segala segi,“ kata La Cava. “Jika Pengurus Kawasan perlu berkongsi peta lokasi tangki, sebagai contoh, mereka boleh terus membukanya. Tiada sesiapa perlu menunggu e-mel masuk sekarang — mereka lebih bersedia untuk membantu pelanggan kami, iaitu apa yang paling penting.“

Penyelesaian perkongsian dan storan terbaik untuk perniagaan anda