Dinamo penghantaran restoran ini menyediakan perkhidmatan kepada ramai pelanggan tetap—dan pembekal hidangan—menggunakan Dropbox Business untuk menguruskan semua menu, foto, dan maklumat yang diperlukan untuk memastikan laman dan perkhidmatannya berjalan dan berkembang.

Deliveroo, syarikat penghantaran makanan

Hasil Utama Deliveroo

Akses mudah alih kepada maklumat jualan penting

Integrasi lancar dengan Salesforce CRM

Perkongsian selamat bersama pihak luar

Cabaran

Lama mengidamkan storan berpusat

Semasa Deliveroo dilancarkan di Melbourne dan Sydney, ia hanya mempunyai 20 restoran dalam pilihan. Disebabkan popularitinya antara restoran dan pelanggan, ia pantas meledak kepada 1,000 restoran, menambah Brisbane kepada wilayah perkhidmatannya. Pada mulanya, menguruskan menu, foto, dan dokumen bagi setiap restoran—di samping bahan pemasaran dan maklumat lain untuk pasukan jualan—agak ringkas. Tetapi pertumbuhan mendadak syarikat ini menjadikannya sukar untuk menjejaki fail, kerana ia disimpan di merata-rata tempat daripada desktop kepada peti masuk e-mel hingga pelayan awan. Deliveroo memerlukan satu lokasi berpusat untuk semua asetnya, dan selepas meneroka beberapa pilihan penyimpanan dan perkongsian fail, akhirnya ia memilih Dropbox Business. Menurut Levi Aron, Pengurus Negara untuk Australia, “Kami meneliti platform lain, tetapi mendapati Dropbox Business menawarkan pekerja tahap kemudahan yang terbaik serta kemesraan sistem—sambil membolehkan kami menguruskan fail dalam cara yang sangat terkawal, teratur, yang mana begitu penting. Dropbox lebih menonjol kepada kami berbanding mana-mana penyelesaian lain.”

“Kami meneliti platform lain, tetapi mendapati Dropbox Business menawarkan pekerja tahap kemudahan yang terbaik serta kemesraan sistem—sambil membolehkan kami menguruskan fail dalam cara yang sangat terkawal dan teratur.”

Levi Aron, Pengurus Negara untuk Australia, Deliveroo

Penyelesaian

Pengurusan klien dan kandungan dipermudah

Peralihan kepada Dropbox Business bukan sahaja memberi Deliveroo satu repositori fail berpusat, ia turut membolehkan syarikat ini mengkategorikan semua kandungannya untuk perolehan maklumat yang lebih ringkas. Selain itu, Deliveroo telah mengintegrasikan Dropbox Business dengan Salesforce—jadi semua data klien restoran dihubungkan bersama. Seperti yang dijelaskan Aron, “Dropbox Business berfungsi secara langsung dengan CRM kami, jadi kami boleh lihat sebuah restoran, dan jika kami ingin cari mana-mana yang tertentu sebagai set, pautan di dalam Salesforce akan membawa kami terus ke folder Dropbox yang betul. Ia menyelaras dengan sempurna dan menjadikan maklumat begitu senang untuk diakses.” Keupayaan untuk mengakses maklumat dengan pantas telah menjadi kunci kepada wakil jualan syarikat semasa mereka bekerja dari jauh—menjual idea Deliveroo kepada restoran baru dan mengumpul menu, gambar, dan aset lain untuk laman web. “Dropbox Business benar-benar lincah,” kata Aron. “Kami boleh duduk di restoran dan membuka brosur atau risalah pada peranti mudah alih kami, dengan serta-merta. Kami juga gunakan Dropbox untuk memapar dan berkongsi video, yang seperti benar-benar disukai orang.” Tidak kira jenis fail yang dikongsi di dalam atau luar organisasi, Deliveroo yakin ia tidak perlu bimbang tentang keselamatan kandungannya. “Kami mempunyai pelbagai batasan pada folder yang berlainan, jadi tiada sebarang masalah dengan maklumat bocor kepada orang yang tidak sepatutnya,” tambah Aron. “Kami boleh berkongsi folder bersama PR dan agensi sosial dengan mudah dan membolehkan rakan kongsi luar meletakkan aset ke dalam folder seperti laman FTP.”

“Dropbox Business berfungsi secara langsung dengan CRM kami, jadi kami boleh lihat sebuah restoran, dan jika kami ingin cari mana-mana yang tertentu sebagai set, pautan di dalam Salesforce akan membawa kami terus ke folder Dropbox yang betul. Ia menyelaras dengan sempurna dan menjadikan maklumat begitu senang untuk diakses.”

Levi Aron, Pengurus Negara untuk Australia, Deliveroo

Hasil

Menyediakan kecekapan, dalam seluruh syarikat

Pengalaman Deliveroo dengan Dropbox Business di Australia merupakan sebuah kejayaan, jadi ia telah dijadikan sebagai model untuk operasi syarikat ini di 11 negara lain. “Kami kongsi apa yang dipelajari di Australia bersama pihak atasan,” kata Aron. “Dengan cara itu kami boleh memperbaiki cara kami menggunakan Dropbox Business secara berterusan.” Dengan mobiliti dipertingkat, akses fail serta-merta, dan aturan maklumat yang bertambah baik, Deliveroo dapat bekerja dengan lebih cepat dan berkesan—meskipun semasa ia terus berkembang. Aron merumuskan dengan berkata, “Menjadi sebuah syarikat teknologi, kami sentiasa mencari cara yang inovatif untuk melakukan kerja dengan lebih baik dan berkesan. Dropbox Business seolah-olah memahaminya dan menawarkan kami sokongan yang hebat.”

Penyelesaian perkongsian dan storan terbaik untuk perniagaan anda