{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Firma reka bentuk ini menggunakan Dropbox Business bagi memastikan semua pereka bentuk termasuk pekerja bebas mempunyai akses kepada fail pada bila-bila masa, di mana jua, memastikan perniagaan terus berada di persada inovasi.

Hasil Utama Doberman

Kerjasama lancar dengan pekerja bebas dan klien

Kecekapan meningkat ketika bekerja di luar talian dan negara

Perlindungan terhadap setiap langkah proses kreatif

Cabaran

Mengambil langkah kiri

Sungguhpun memberikan pengalaman digital yang penuh inspirasi kepada pasaran bergantung pada pemikiran inovatif dan kemahiran yang tinggi, Doberman mengakui bahawa teknologi yang fleksibel juga amat penting. Selama beberapa tahun, syarikat ini menggunakan pelayan di premis untuk menyimpan dan berkongsi fail reka bentuk. Untuk perkongsian luaran — dengan klien dan rakan kongsi — segala-galanya daripada pemacu USB kepada DVD dan laman FTP telah digunakan. Apabila Dropbox pertama dilancarkan, ramai pereka bentuk Doberman segera menambahnya ke dalam kaedah perkongsian fail mereka, menghabiskan had storan yang tersedia dengan pantas. Semakin ramai pekerja Doberman mula bergantung pada Dropbox untuk menghantar kerja klien yang penting, ia menjadi jelas bahawa perkhidmatan ini sesuai dengan aliran kerja serta keperluan untuk fleksibiliti syarikat ini. Langkah berikutnya adalah dengan menaik taraf seluruh kakitangan kepada Dropbox Business, yang akan memperkemaskan perkongsian fail, membekalkan ruang storan tambahan, dan membolehkan kawalan pentadbiran yang lebih baik. Pengarah Reka Bentuk, Klas Thorsén menjelaskan, “Walaupun kami telah menaik taraf pelayan kami kepada beberapa terabait, kami mendapati bahawa Dropbox Business lebih berkesan untuk kami. Dari segi teknikal, ia amat mudah — anda cuma sertai folder dan fail berada di sana.”

“Dengan Dropbox Business, kami boleh bawa komputer ke luar talian atau dalam perjalanan, dan masih mempunyai fail bersama kami. Dahulu ia sukar untuk bekerja dalam zon masa yang berbeza, namun kini semua fail kami kekal selaras dan tersedia kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya.”

Penyelesaian

Waktu sukar telah berakhir

Dengan Dropbox Business, pekerja Doberman boleh mengakses fail projek dengan mudah. Fail Photoshop dan video besar yang dahulunya mengambil masa yang panjang untuk dimuat naik dan dimuat turun secara manual kini diselaraskan secara automatik dengan komputer ahli projek di latar. Pereka bentuk dapat mengakses projek lama dan semasa dengan segera — sama ada mereka bekerja di Stockholm, New York, mahupun ketika berhadapan bersama klien. “Dengan Dropbox Business, kami boleh bawa komputer ke luar talian atau dalam perjalanan, dan masih mempunyai fail bersama kami,” kata Thorsén. “Dahulu ia sukar untuk bekerja dalam zon masa yang berbeza, namun kini semua fail kami kekal selaras dan tersedia kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya.” Kini lebih mudah untuk Doberman menggunakan bakat pekerja bebas juga. Fail projek boleh dikongsi bersama pereka bentuk di pejabat dan jarak jauh, tanpa perlu memperolehi lesen tambahan untuk akaun Dropbox Business Doberman. Sebaliknya, pekerja bebas boleh mengakses folder kongsian menerusi akaun Dropbox peribadi mereka atau menerusi pautan kongsian. “Ia hebat,” jelas Thorsén. “Kami boleh ada lima orang dengan peranan dan lokasi yang berlainan untuk bekerja dalam fail yang sama. Ia satu contoh terbaik mengapa Dropbox Business sangat sesuai untuk kami.” Apabila membentangkan reka bentuk dan prototaip kepada klien dari jauh, Doberman sering menggunakan Dropbox Business untuk menghantar fail. Syarikat ini menyediakan folder klien secara berasingan, dan kemudian boleh berkongsi fail penting dengan seberapa ramai klien yang diperlukan. Menurut Thorsén, “Dropbox Business telah menjadikan perkongsian klien mudah. Pada musim bunga lepas, saya bekerja dalam projek yang kami kongsi bersama kira-kira lima puluh orang melalui Dropbox.”

“Sangat lega untuk yakin 100% bahawa fail tidak akan hilang — terutamanya jika pereka bentuk kami akan merantau ke luar negara atau melakukan pembentangan di pejabat klien. Kami tahu Dropbox Business akan sentiasa melindungi fail jika mereka tidak sengaja menghapuskan fail atau jika komputer mereka rosak.”

Hasil

Helah baru

Dengan fail disimpan dalam Dropbox Business, pekerja Doberman tidak perlu bimbang lagi tentang kehilangan kerja reka bentuk mereka pada mana-mana peringkat proses kreatif. Walaupun fail dihapuskan secara tidak sengaja, ia boleh dipulihkan dengan segera. Thorsén berkata, “Sangat lega untuk yakin 100% bahawa fail tidak akan hilang — terutamanya jika pereka bentuk kami akan merantau ke luar negara atau melakukan pembentangan di pejabat klien. Kami tahu Dropbox Business akan sentiasa melindungi fail jika mereka tidak sengaja menghapuskan fail atau jika komputer mereka rosak.” Mengetahui bahawa fail akan sentiasa disandarkan adalah sesuatu yang bernilai buat kakitangan Doberman, tetapi Thorsén berkata bahawa penyelarasan fail yang berterusan merupakan alasan utama mengapa Doberman tidak mahu bekerja tanpa Dropbox Business. Selain daripada Dropbox mempercepatkan kerjasama antara pejabat Doberman merentasi Eropah dan A.S., ia memudahkan hidup pekerja di dalam studio yang sama. “Ciri penyelarasan LAN Dropbox Business menjadikannya lebih cepat untuk mengemas kini fail,” tambah Thorsén. “Dengan Dropbox, setiap komputer tidak lagi perlu mendapatkan fail yang sama melalui Internet.” Dapat bekerja dengan pantas dan cekap menjadi kunci kepada keupayaan Doberman untuk melaksanakan reka bentuk hebat dan memasarkannya untuk klien. Menggunakan Dropbox Business, syarikat ini boleh terus menjalankan perniagaannya di persada inovasi.