Kakitangan institut penyelidikan ini menggunakan Dropbox Business untuk bekerjasama dengan selamat dalam dokumen penyelidikan sensitif dari mana-mana sahaja.

Ehrenberg-Bass, institut penyelidikan

Hasil Utama Ehrenberg Bass

Privasi lebih ketat bagi projek individu

Perkongsian lebih mudah untuk pengguna di lokasi berbeza

Keselamatan lebih baik ke atas arkib untuk projek aktif dan selesai

Cabaran

Penerimaan awal

Dengan pasukan pengesan trend mengetuai operasi mereka, tidak hairanlah jika Ehrenberg-Bass terjun ke dalam arena storan fail awan secepat yang mungkin. Semasa mendengar tentang Dropbox Business, Pengarah dan Profesor Byron Sharp membuat keputusan eksekutif untuk memindahkan kakitangan daripada pelayan di premis ke Dropbox Business. Walaupun bukan setiap pekerja Ehrenberg-Bass sudah biasa dengan Dropbox, apa yang diperlukan hanyalah satu pembentangan pendek oleh Sharp untuk memperkenalkan Dropbox. Enam puluh lima pengguna disediakan dalam akaun Dropbox Business Ehrenberg-Bass, dan mereka serta-merta mula menyimpan dan berkongsi projek penyelidikan, data, dan bahan pengajaran. Pengurus Penyelidikan Pasaran, Kirsty Willis mengingati, “Peralihan ini sangat-sangat mudah. Kami menyertai pasukan, meletakkan beberapa fail dalam Dropbox, dan orang terus mula berkongsi maklumat. Kami tidak perlu meletakkan fail pada pelayan lagi.“

“Apabila kami mengumpul data, ia disimpan di dalam folder Dropbox. Apabila kami menulis laporan atau cadangan, ia disimpan di situ, juga. Dengan cara ini, sesiapa sahaja dalam pasukan projek boleh pergi ke Dropbox dan ambil apa yang mereka perlukan.”

Kirsty Willis, Pengurus Penyelidikan Pasaran, Ehrenberg-Bass Institute for Marketing Science

Penyelesaian

Anjakan dalam tingkah laku

Banyak templat fail induk Ehrenberg-Bass — seperti yang digunakan untuk usul perniagaan — berada di Dropbox, jadi ia sering menjadi titik permulaan untuk profesor, penuntut ijazah, dan pekerja lain semasa mereka mengusahakan projek baru. Setelah projek bermula, pasukan projek akan menggunakan Dropbox Business untuk menyimpan data, berkongsi fail yang berkaitan, dan mengumpul input ahli pasukan. Seperti diterangkan Willis, “Apabila kami mengumpul data, ia disimpan di dalam folder Dropbox. Apabila kami menulis laporan atau usul, ia disimpan di situ juga. Dengan cara ini, sesiapa sahaja dalam pasukan projek boleh pergi ke Dropbox dan terus ambil apa yang mereka perlukan.” Setiap projek biasanya cuma diuruskan oleh beberapa orang sahaja, tetapi peserta projek sering kali memilih untuk bekerja di luar pejabat — menjadikan Dropbox Business satu aset yang berharga. “Dengan ramai orang bekerja dari jauh, ia bagus kerana kami boleh terus masuk ke dalam Dropbox dengan mudah,“ tambah Willis. Setelah projek selesai, tidak asing untuk ahli pasukan menulis artikel atau jurnal untuk menyiarkan penemuan penyelidikan mereka. Penyelidikan dan kesimpulan yang berkaitan juga sering digunakan dalam kerja tesis penuntut ijazah universiti ini. Malah beberapa staf Ehrenberg-Bass pernah menulis buku teks penyelidikan pasaran menggunakan penemuan mereka. Dalam situasi setiap projek pascapenyelidikan pula, Dropbox Business digunakan untuk mengatur fail dalam seluruh proses perkembangan. Menurut Willis, “Ia bagus kerana Dropbox menawarkan lebih privasi berbanding pelayan. Orang ramai boleh mengawal siapa yang mempunyai akses kepada fail mereka semasa mereka bekerja dalam projek individu.“ Selain daripada bergantung pada Dropbox Business dalam penyelidikan dan pelaporan, pasukan di Ehrenberg-Bass turut menggunakan Dropbox untuk memastikan bahan pemasaran teratur. Apabila organisasi ini perlu membuat iklan untuk klien atau penaja korporat yang baru, ia boleh terus mengakses atau menambah kepada pustaka fail pemasaran dalam Dropbox.

“Ia bagus kerana Dropbox Business menawarkan lebih privasi berbanding pelayan. Orang ramai boleh mengawal siapa yang mempunyai akses kepada fail mereka semasa mereka bekerja dalam projek individu.“

Kirsty Willis, Pengurus Penyelidikan Pasaran, Ehrenberg-Bass Institute for Marketing Science

Hasil

Berkongsi pengalaman, di seluruh dunia

Oleh kerana staf Ehrenberg-Bass menyimpan begitu banyak data penting kritikal dalam Dropbox — dan sering merujuk laporan penyelidikan lama semasa bekerja dalam projek dengan matlamat yang serupa — salah satu ciri yang amat dihargai oleh mereka adalah keupayaan untuk melindungi fail daripada dihapuskan. “Kami memang tidak mahu menghapuskan sebarang folder yang kami cipta,“ kata Willis. “Kami ingin menyimpan semuanya dalam Dropbox buat masa yang panjang.“ Organisasi ini menyaksikan kuasa pemulihan fail Dropbox Business apabila seseorang menghapuskan folder yang mempunyai “jumlah kerja yang banyak“ secara tidak sengaja. Willis mengingati, “Kami sedang duduk dalam mesyuarat dan tiba-tiba sedar folder ijazah penyelidikan tinggi telah dihapuskan. Ia agak menakjubkan kerana kami dapat menjejak siapa yang menghapuskannya — dan sudah tentu gembira kerana kami dapat semua fail itu balik!“ Dengan storan dan perkongsian mudah, serta ketenangan fikiran yang berpanjangan berkenaan keselamatan fail mereka, Ehrenberg-Bass gembira ia menerima pakai dan memindahkan data mereka ke dalam Dropbox lebih awal. Bak kata Willis, “Saya semestinya akan mengesyorkan Dropbox Business sebagai cara untuk menyandarkan apa-apa sahaja yang anda ingin pastikan selamat dan boleh diakses.“

Penyelesaian perkongsian dan storan terbaik untuk perniagaan anda