Syarikat platform Internet dan mudah alih Asia Tenggara yang terkemuka ini menyampaikan perisian kepada para pengguna dengan cekap, menggunakan Dropbox Business untuk memperkemaskan perkongsian fail.

Garena, syarikat platform Internet

Hasil Utama Garena

Perkongsian foto dan fail PSD besar lebih mudah

Penyelarasan fail lebih pantas dengan penyelarasan LAN

Keupayaan hebat untuk mengakses fail dari jauh

Cabaran

Memastikan segala-galanya selaras

Sebagai sebahagian daripada perniagaan berbilion dolar di Asia Tenggara, syarikat Internet Garena membantu rakan kongsinya memenuhkan rak maya mereka dengan produk yang menarik kepada pengguna. Dalam usaha untuk menyampaikan kandungan kepada rakan kongsi, pasukan pembangunan Garena perlu mengumpul fail projek yang berkaitan dan memuatkannya ke dalam pemasang. Untuk mengumpul fail yang betul dan melaksanakan proses ini, Pengurus Produk Garena, Fan Yu, pada mulanya meminta pasukan beliau untuk menyediakan akaun Dropbox peribadi. Yu telah menjadi pengguna Dropbox sejak zaman universiti beliau dan tahu ia menawarkan cara yang mudah untuk berkongsi kerja. Malangnya, tidak lama sebelum kumpulan ini mula kehabisan ruang fail. Mereka mencuba penyelesaian perkongsian yang lain, tetapi ia mendatangkan masalah penyelarasan. “Kadang-kadang kami akan menghidupkan dua komputer yang sepatutnya selaras, dan fail-fail di sana berbeza sama sekali antara satu sama lain,” jelas Yu. Beliau memutuskan untuk meminta seluruh pasukan dipindahkan ke Dropbox Business.

Penyelesaian

Mewujudkan paksi pengurusan projek

Peralihan kepada Dropbox Business memang cepat. Seperti yang diingat oleh Yu, “Kami sediakan akaun Dropbox Business, atur fail kami, wujudkan tetapan fail, dan itu sahaja. Ia cuma mengambil masa beberapa jam untuk menyediakan segala-galanya.” Pasukan ini kini bebas untuk bekerja dengan lebih cekap. Dropbox Business bertindak sebagai hab fail pusat untuk semua orang yang terlibat dalam setiap projek — Yu akan berkongsi spesifikasi projek di sana, pereka bentuk akan menyimpan fail PSD dan foto besar mereka di sana, kemudian pembangun akan ke Dropbox Business untuk mendapatkan aset yang mereka perlukan untuk mencipta produk. Yu berkata, “Semua orang dalam pasukan boleh melihat segala-galanya dalam Dropbox Business. Ia begitu telus. Dan ia begitu penting kepada proses kami, kami tidak lagi merasai kehadirannya.”

Hasil

Penghantaran lebih pantas

Dropbox Business telah membolehkan Garena untuk menyegerakan hampir kesemua aliran kerja. Penyelarasan fail telah menjadi lebih pantas — sebahagiannya disebabkan penyelarasan LAN — perkongsian di kalangan pereka bentuk, pembangun, dan pekerja lain menjadi pantas dan lancar, dan oleh kerana semua saiz fail kini boleh dikongsi sesama ahli pasukan dengan mudah, setiap orang tidak lagi perlu menjalankan imbasan antivirus. Yu akan mengimbas fail untuk semua orang sebelum ia dihantar kepada pelanggan, yang membantu mengelakkan komputer pembangun daripada menjadi lembap disebabkan oleh aplikasi antivirus yang berat. Akhir sekali, semua penjimatan masa ini membolehkan pasukan menghasilkan produk inovatif baru serta membuat kemas kini penting dengan lebih tangkas. “Semasa kami menguji produk baru, kami sentiasa kumpulkan maklum balas dan membuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas ini,” jelas Yu. ”Dropbox Business membantu kami melepasi kitaran pembangunan dan menghantar pembetulan kepada pelanggan kami dengan lebih pantas — dan keberkesanan seperti ini bagus untuk perniagaan Garena.”

Penyelesaian perkongsian dan storan terbaik untuk perniagaan anda