{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Gelato Messina meningkatkan kerjasama dan produktiviti dengan Dropbox Business, membantu syarikat yang berkembang pesat ini menetapkan mutu gelato baru di Australia dan lokasi antarabangsa lain.

Hasil Utama Gelato Messina

Kerjasama yang dipertingkat antara operasi dan pemasaran

Perkongsian maklumat yang lebih pantas merentasi lokasi

Repositori resepi utama dan aset virtual berpusat

Cabaran

Menghubungkan kreativiti dengan kecekapan

Ia tidak disangkal bahawa kreativiti penting di Gelato Messina, di mana 40 pilihan inovatif termasuk perisa seperti “Apple Pie“ dan “Poached Figs in Marsala“ — dan tambahan istimewa seperti “Cremino“ dan “Pretzeled“ ditambah ke kabinet gelato setiap minggu. Walau bagaimanapun, memastikan pekerja sentiasa kreatif menjadi cabaran apabila syarikat berkembang dari kedai pertamanya di Darlinghurst, Australia. “Kami bergelut untuk bekerjasama dengan pengurus kedai ketika kami berkembang,” kata Pengurus Kandungan & Jenama, Siân Bishop. “Mereka semua perlukan maklumat yang sama, tetapi kami tidak meletakkan fail kami di satu tempat. Jadi itu ibarat mimpi ngeri logistik.“ E-mel menghantar maklumat dari satu tempat ke tempat lain, tetapi ia tidak menangani keperluan syarikat untuk hab storan fail berpusat, dan ia mencipta masalah kawalan versi. Beberapa pengurus Gelato Messina mula menggunakan akaun Dropbox peribadi untuk berkongsi dan menyimpan fail, tetapi itu juga mewujudkan cabaran apabila had storan pantas dicecah.“

“Berkongsi fail besar seperti gambar amat penting untuk kami dan memuat naik jenis maklumat ini ke Dropbox Business jauh lebih pantas berbanding pilihan lain di luar sana.”

Penyelesaian

Penyediaan fail yang lebih teratur

Peralihan kepada Dropbox Business memberi Gelato Messina ruang storan berpusat, tanpa had dan keupayaan kerjasama diperkemas yang diperlukan — tepat pada masa untuk pembukaan kedai antarabangsa pertama syarikat ini di Las Vegas. Bishop berkata, “Hidup jauh lebih mudah dengan Dropbox Business. Semua orang di Messina kini mempunyai akses segera kepada semua resipi istimewa dan papan tanda yang betul — daripada pengurus kedai kepada kakitangan ibu pejabat. Segala-galanya dalam satu tempat dan tiada pertindihan fail.“ Sekarang, pengurus operasi menggunakan Dropbox Business untuk merekodkan fail syarikat yang penting. Ibu pejabat menyimpan maklumat dan foto acara di dalam Dropbox Business, dan pasukan pemasaran menyimpan setiap bahan promosi di sana. Menurut pemilik syarikat Declan Lee, malah pasukan dapur Gelato Messina bergantung pada Dropbox. “Pasukan dapur menggunakan Dropbox Business untuk menyimpan resipi dan menjejak perisa dan kelompok. Daripada perlu mencatat segala-galanya, mereka mengisi borang di dalam folder kongsian,“ katanya. “Ia benar-benar membantu semua orang kekal teratur dan bertanggungjawab.“

“Memiliki Dropbox Business telah menyedarkan kami betapa kami memerlukan sistem seperti ini. Ia menjadikan kami lebih kolaboratif dan teratur, dan kami perlukan itu untuk terus mengembangkan Gelato Messina.”

Hasil

Menghidangkan ketekalan

Dengan memberi setiap kedai akses kepada bahan-bahan produk dan pemasaran yang sama di Dropbox Business, Gelato Messina dapat memastikan keseragaman jenama dan pengalaman pelanggan bersepadu di semua kedainya yang semakin bertambah. Produktiviti juga bertambah baik, kerana pekerja boleh mendapatkan bahan yang mereka perlukan dengan cepat. Kerjasama, salah satu daya penggerak di sebalik produk inovatif Gelato Messina, telah menjadi lebih lancar — terutamanya dengan ciri-ciri penjimatan masa seperti menulis komen. “Memiliki Dropbox Business telah menyedarkan kami betapa kami memerlukan sistem seperti ini,” tambah Lee. “Ia menjadikan kami lebih kolaboratif dan teratur, dan kami perlukan itu untuk terus mengembangkan Gelato Messina.”