Pembekal pembayaran digital ini bergantung pada Dropbox Business untuk memastikan kakitangan antarabangsa mereka terhubung merentasi 15 negara, dan bertenaga sementara syarikat menembusi pasaran baru.

GoSwiff, penyedia pembayaran digital

Hasil Utama GoSwiff

Perolehan semula fail yang hilang dan terhapus lebih mudah

Perkongsian dalaman dan luaran selamat

Keahlian dan pembuangan mudah

Cabaran

Pembahagian pertumbuhan dan lokasi

Sebelum menjadi salah satu penyedia pembayaran digital yang pesat berkembang, GoSwiff merupakan sebuah operasi perantis yang berusaha gigih untuk menyokong pembangunan produk dan kerjasama pasukan. Pada peringkat awal, syarikat ini memutuskan bahawa Dropbox akan menjadi cara yang mudah dan menjimatkan untuk mengendalikan storan dan perkongsian fail. Walau bagaimanapun, apabila had storan dicapai dan kakitangan terus meningkat, GoSwiff tahu ia perlu berpindah kepada penyelesaian yang boleh seiring dengan pertumbuhannya. Dengan pekerja teragih di pelbagai lokasi, peralihan kepada Dropbox Business telah membolehkan GoSwiff untuk bekerja seolah-olah semua orang berada di satu tempat. “Separuh daripada kakitangan kami berada di Singapura, manakala separuh lagi teragih di 15 negara,” jelas Ketua Sumber Manusia GoSwiff, Sylvie Ackermann. “Dropbox membolehkan kami berkongsi maklumat seperti tiada jarak di antara kami.”

Penyelesaian

Kemudahan, kecekapan dan keselamatan

Walaupun GoSwiff mengutamakan storan dan perkongsian semasa menerima pakai Dropbox Business, ia pantas menyedari pelbagai manfaat lain. Apabila pasukan dalaman menerima ahli baru, Dropbox Business membenarkan keahlian yang cepat dan mudah—penting apabila syarikat ini semakin berkembang. “Ahli baru seperti sudah tahu cara menggunakan Dropbox Business apabila mereka mula bekerja, bagus sekali,” kata Ketua Komunikasi dan Pemasaran, Anne Karumo. Apabila projek memerlukan pasukan untuk berinteraksi dengan pihak luar, mereka menggunakan Dropbox Business sebagai kenderaan menghantar fail. Contohnya, semasa kumpulan pemasaran perlu menghasilkan material untuk sesebuah acara, mereka menghantar pautan ke folder kongsian yang mengandungi semua fail kepada pencetak. Syarikat ini juga menjemput prospek pelabur untuk menyemak dokumen dalam Dropbox Business semasa menilai peluang perkongsian. Karumo menambah, “Ia penting untuk tahu bahawa fail selamat dan tiada sesiapa boleh menyunting atau membuangnya.” Menurut Ackermann, semua fail GoSwiff berada dalam Dropbox, dan mengetahui bahawa segala-galanya disandarkan dengan selamat dan boleh dipulihkan dengan serta-merta adalah amat bermakna. Dengan Dropbox Business, pasukan tidak perlu bimbang apabila komputer riba rosak atau fail hilang.

Hasil

Tenaga kerja berkuasa, antarabangsa

Dengan menawarkan GoSwiff satu sambungan selamat untuk tenaga kerja yang teragih, Dropbox Business membantu syarikat ini beroperasi dengan lebih cekap dan responsif—yang amat penting semakin GoSwiff berkembang ke dalam pasaran baru di Afrika, Timur Tengah, Rusia, dan banyak lagi. Karumo menyatakan, “Kami mempunyai pekerja di merata tempat dari Singapura ke Nigeria ke Mexico. Eksekutif kami merantau sepanjang masa. Dengan Dropbox Business, saya boleh menghantar pembentangan kepada Ketua Pegawai Eksekutif kami semasa beliau dalam penerbangan—dan rakan sekerja di Eropah boleh menyemaknya pada masa yang sama—supaya kami semua boleh bertindak dan menyemak dengan pantas. Tanpa Dropbox Business, mustahil kami dapat bekerja dengan cara itu. Ia menjadi keperluan kepada perniagaan kami.”

Penyelesaian perkongsian dan storan terbaik untuk perniagaan anda