{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Syarikat “Unicorn”, GrabTaxi, merintis mobiliti pengangkutan di Asia Tenggara menggunakan Dropbox Business untuk menyokong kerjasama dalam seluruh tenaga kerja mudah alihnya.

Hasil Utama GrabTaxi

Kerjasama dan mobiliti yang dipertingkat

Penyingkiran isu kawalan versi

Peningkatan keselamatan terhadap akses dan perkongsian fail

Cabaran

Berkembang daripada syarikat kecil kepada bintang handalan

Sebagai salah satu anak jati Asia Tenggara, syarikat baru “unicorn” dengan nilai pasaran mencecah berbilion dolar, GrabTaxi mempunyai banyak pertaruhan dalam kejayaannya. Sejak dilancarkan pada tahun 2012, perniagaan ini telah berkembang untuk menampung 10 tempahan sesaat di seluruh Malaysia, Singapura, Thailand, Jakarta, Filipina dan Vietnam.

Salah satu kunci kepada pertumbuhan syarikat ini adalah komunikasi dan pemasaran yang berkesan di seluruh negara perkhidmatannya. Walau bagaimanapun, pangkalan pekerja teragihnya tidak selalu dapat bekerjasama dan berkongsi fail dengan mudah. Proses diserpihkan ke dalam pelbagai penyelesaian berbeza, keselamatan menjadi kebimbangan, dan versi fail sukar untuk dikawal. Apabila lebih ramai pekerja mula beralih kepada Dropbox, ia menjadi jelas bahawa Dropbox Business boleh menyelesaikan masalah GrabTaxi. Ketua Kakitangan, Benety Liew menjelaskan, “Jika anda pernah menggunakan Dropbox, anda tahu betapa mudahnya ia untuk digunakan, jadi tiada rintangan untuk menyediakan Dropbox Business dalam syarikat.”

“Wawasan utama kami sebagai satu pasukan adalah merintis mobiliti pengangkutan awam untuk semua. Mempunyai penyelesaian yang tepat seperti Dropbox Business membolehkan kerjasama selamat dalam pasukan kami di Asia Tenggara dan ia membantu kami dengan perjalanan menuju wawasan kami.”

Penyelesaian

Mempercepatkan pertumbuhan berterusan

Kini Dropbox Business memberi pasukan teragih cara yang cepat dan cekap untuk bekerjasama dengan jenama tempatan dan agensi pemasaran — membantu memudahkan pertumbuhan berterusan GrabTaxi. Masalah berkaitan kawalan versi dan had saiz fail telah hilang. Menurut Naib Presiden Data dan Pertumbuhan, Kevin Lee, “Pemasar kami sentiasa berkongsi fail media yang besar bersama rakan kongsi luar, dan ia sangat membantu untuk tidak perlu bimbang tentang batasan saiz. Dropbox Business telah benar-benar membantu mengurangkan pergeseran perkongsian, di samping meningkatkan tahap keselamatan kami.” Walaupun GrabTaxi sering bimbang dengan keselamatan kandungan kongsiannya, ia tidak selalu dapat mengenakan dasar kawalan akses. Dengan Dropbox Business, syarikat boleh memastikan bahawa fail dikongsi dengan selamat. Lee berkata, “Sebelum ini, jika saya menghantar fail melalui e-mel, saya tiada kawalan ke atas data selepas ia meninggalkan tangan saya. Tetapi sekarang saya boleh tentukan siapa yang boleh melihatnya dan menyuntingnya, dan menetapkan had akses itu.” Selain mengetatkan keselamatan fail, Dropbox Business juga telah mempertingkatkan mobiliti tenaga kerja GrabTaxi. “Kami sentiasa bergantung sepenuhnya pada peranti mudah alih,” jelas Lee. “Tetapi Dropbox Business benar-benar telah memperbaiki keupayaan kami untuk kekal produktif di mana sahaja.”

“Kami menggunakan banyak kawalan perkongsian. Sebelum ini, jika saya menghantar fail melalui e-mel, saya tiada kawalan ke atas data selepas ia meninggalkan tangan saya. Tetapi sekarang saya boleh tentukan siapa yang boleh melihatnya dan menyuntingnya, dan menetapkan had akses itu. Dropbox Business telah menjadi begitu penting dalam memberi jaminan bahawa data kami selamat.”

Hasil

Enjin yang dibina untuk pertumbuhan

Sebagai sebahagian daripada komitmen GrabTaxi terhadap inovasi dan pertumbuhan, ia telah menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan bernilai $100 juta di Singapura — di mana penyelidik bergantung pada Dropbox Business untuk berkongsi dan menyimpan data. Ini hanyalah satu lagi contoh bagaimana Dropbox Business membantu menyokong kejayaan syarikat ini. Seperti yang diakui Lee, “Akan sentiasa ada halangan kepada pertumbuhan. Tetapi alat seperti Dropbox Business membantu kami menyingkirkannya dan menjadikan proses lebih berkesan supaya kami boleh menskala perniagaan kami dengan lebih baik.”