Dropbox Business memudahkan cara firma kejuruteraan ini membangun dan membina produk baru untuk beberapa syarikat yang terbesar di dunia.

HappyFunCorp, syarikat kejuruteraan

Hasil Utama HappyFunCorp

Mazarine Coffee, syarikat makanan & minuman

Kerjasama diperkaya dan lebih ringkas bersama pelanggan dan rakan sekerja 

Akses lebih mudah kepada reka bentuk dari mana-mana lokasi 

Mazarine Coffee, syarikat makanan & minuman

Keizinan keselamatan tersuai untuk aset sensitif

CABARAN

Menguruskan projek rumit

HappyFunCorp yang berasas di Brooklyn ditubuhkan untuk membantu syarikat baru di kawasan New York membentuk konsep, mereka bentuk, dan membina produk yang berjaya. Namun, pasukan ini pantas menyedari bahawa perkhidmatannya akan turut menarik syarikat yang lebih besar, membawa kepada kerja membina aplikasi baru untuk pelanggan perusahaan seperti American Express, Con Edison, dan Estee Lauder. Bagaimanapun bekerjasama dengan pelanggan tersebut memerlukan langkah yang kurang menyeronokkan: kitaran maklum balas produk sering kali terlalu rumit untuk dikendalikan melalui e-mel, chat, dan bertukar-tukar fail zip. Ini sering menyebabkan kekeliruan versi bagi aset penting seperti fail reka bentuk dan model rangka dawai. Masalah semakin bertambah bila bekerja dengan pelanggan yang lebih besar dan berhadapan dengan ramai pemegang syer dan proses usaha wajar yang panjang. “Ia menjadi sukar dikawal kerana kami menjana begitu banyak kandungan, terutama sekali semasa mentakrifkan produk,” kata Pengasas Bersama, Ben Schippers. HappyFunCorp memutuskan untuk beralih kepada awan, memilih Dropbox Business setelah syarikat ini bersetuju ia penyelesaian yang paling anjal untuk kerjasama merentasi semua peranti dan platform. “Kami perlukan pertemuan minda dalam dunia digital, supaya kami boleh katakan ‘ini tempat untuk segala-galanya,’” kata Schippers.

PENYELESAIAN

Memudahkan pembangunan produk

Hari ini, syarikat ini menguruskan proses reka bentuk produk sepenuhnya menggunakan folder Dropbox. Apabila HappyFunCorp mendapat pelanggan baru, pasukan ini menyediakan tiga folder kongsian untuk memulakan kerja dengan pelanggan. Yang pertama ialah ruangan kerja untuk eksekutif jualan dan pengurus produk untuk menentukan kesesuaian pasaran, meneliti konsep, dan mengumpul dokumen hak cipta. Pereka dan pembangun bekerjasama melalui folder kedua yang membolehkan mereka mengekalkan kawalan versi fail Sketch dan Photoshop semasa mereka memperhalusi contoh aplikasi. Dan pasukan kejuruteraan dan seni bina berkongsi fail pengaturcaraan yang besar di dalam folder ketiga. Semakan kualiti berlaku lebih cepat sekarang kerana perubahan akan dikemas kini pada semua peranti pada masa nyata disebabkan enjin penyelarasan Dropbox. HappyFunCorp boleh berkongsi perjalanan dalam melancarkan produk baru bersama pelanggan dalam langkah yang jelas dan terurus, kata Pengasas Bersama, Will Schenk. “Daripada menghantar aset berulang-alik, kami hanya rujuk kepada folder yang betul,” kata Schenk. “Semua orang teratur secara konsisten — mereka tahu ke mana mereka perlu pergi.” HappyFunCorp berkata belanjawan juga lebih mudah sekarang, kerana folder kongsian dan Lambang Dropbox telah menyingkirkan masalah kawalan versi semasa bekerja dalam hamparan Excel. “Mengetahui siapa lagi sedang berada dalam dokumen dan dapat mengemas kini kepada versi terbaru adalah sangat berguna,” kata Schenk. Dengan Dropbox Business, pekerja juga boleh bekerja di luar daripada sebarang peranti. “Saya selalu tidak bawa komputer riba ke mesyuarat pelanggan, kerana saya boleh buka reka bentuk atau invois dari Dropbox pada telefon saya, dan ia kurang mengganggu,” kata Schippers. Dan tahap keizinan tersuai pada folder memastikan hanya orang yang sepatutnya sedang melihat aset proprietari pelanggan dan fail dalaman perniagaan. “Keupayaan untuk memastikan hanya sekumpulan orang mempunyai akses kepada kandungan sememangnya hebat,” kata Schippers.

HASIL

Menumpukan pada apa yang mereka lakukan dengan terbaik

Sementara HappyFunCorp berkembang dengan pantas kerana mengambil pelanggan yang lebih besar, syarikat ini berkata projek sebenarnya telah menjadi lebih mudah menggunakan Dropbox Business. “Kami menjimatkan masa yang amat banyak dengan ramai pengarang menyunting dokumen yang sama,” kata Schenk. “Kami boleh fokus pada menyelesaikan masalah untuk pelanggan, bukan hanya cuba untuk kekal selaras untuk memulakan perbualan.” Dropbox Business juga telah membolehkan HappyFunCorp memastikan pasukan IT kecil supaya syarikat ini boleh terus bertumpu pada perniagaan terasnya: reka bentuk kejuruteraan. “Dropbox Business memudahkan cara kami berfikir tentang infrastruktur kami secara meluas, dan kos kami telah berkurang secara mendadak,” kata Schippers. Sebagai pengasas bersama dengan banyak tanggungjawab, Schippers berkata Dropbox Business memiliki kelebihan besar kerana berintegrasi dengan lancar dengan aliran kerja dan alat sedia ada HappyFunCorp. “Dengan cara apa sekali pun saya bekerja, Dropbox tidak memerlukan saya menukarnya,” katanya. “Itu satu kelebihan besar.”

Penyelesaian perkongsian dan storan terbaik untuk perniagaan anda