Peguam tidak berkeuntungan menggunakan Dropbox Business untuk bekerjasama dengan selamat dalam kerja kes bersama peguam yang lain di seluruh dunia, membantu memenangi keputusan penempatan semula untuk pelarian yang menghadapi penindasan.

Hasil Utama IRAP

Keupayaan untuk mengambil 10X lebih banyak kes

Kerjasama masa nyata di seluruh AS dan Timur Tengah

Keselamatan yang lebih tinggi untuk fail klien

Cabaran

Mencari tempat yang lebih selamat untuk data

Seperti yang International Refugee Assistance Project dapati, ramai orang diperlukan untuk membantu pelarian melarikan diri daripada penindasan kumpulan ekstremis untuk ditempatkan semula dengan selamat. Pasukan tidak berkeuntungan di New York, Beirut, dan Amman bekerja dengan beribu-ribu peguam pro-bono dan pelajar undang-undang untuk membantu pelarian yang tidak mempunyai perwakilan dalam kes yang rumit. Mengumpul bukti yang diperlukan untuk membantu pelarian memenangi kes penempatan semula adalah sukar untuk dicapai. Tetapi turut mencabar buat IRAP adalah bekerjasama secara cekap dengan semua profesional undang-undang ini, yang jarang sekali ditemui secara peribadi. Ia menjadi hampir mustahil untuk pasukan menyemak semua maklumat pengambilan klien dan dokumen kes melalui e-mel, kerana organisasi ini berkembang daripada kumpulan pelajar Yale Law School yang kecil kepada operasi antarabangsa penempatan semula pelarian dalam 15 negara yang berlainan. "Kami menghabiskan masa menggali peti masuk untuk mencari fail kes dan sentiasa perlu melampirkan semula bahan kepada rantai e-mel,” kata Timbalan Pengarah Undang-undang, Lara Finkbeiner. Lebih membimbangkan, klien yang berada dalam rantau konflik tidak mempunyai pilihan melainkan untuk membawa salinan keras dokumentasi kes mereka, meletakkan mereka dalam risiko yang tinggi jika ditemui oleh pihak yang salah, kata Finkbeiner. “Kerana kami telah berkembang daripada membantu pelarian Iraq kepada pelarian di seluruh dunia, kami memerlukan penyelesaian selamat yang boleh membantu kami menskala," katanya.

Penyelesaian

Membolehkan firma guaman maya

Dengan Dropbox Business, 27 kakitangan dalaman IRAP kini mampu berfungsi seperti firma undang-undang besar melalui hubungan lancar dengan rangkaiannya. “Selepas menerima folder kongsian saya dari New York, saya akan mengumpulkan bukti daripada klien saya yang mungkin berada antara Republik Afrika Tengah hingga ke Jordan,” kata Zara D., seorang ahli cabang IRAP di NYU Law School. “Peguam kami di Beirut boleh melihat bukti baru yang ditambah ke folder kes dengan serta merta.“ Kakitangan menggunakan ciri komen apabila menterjemahkan dokumen kepada bahasa Inggeris daripada bahasa Arab, memastikan semua maklumat yang diperlukan untuk memarakan kes berada di satu tempat. “Kami akan membuat penterjemahan asas pada margin pratonton fail, daripada mempunyai dua versi fail yang berlainan,” kata Finkbeiner. Malah di bahagian Timur Tengah di mana sambungan tidak stabil, pasukan IRAP kekal bersambung, terima kasih kepada Dropbox Business. Daripada membawa dokumen sensitif, klien kini boleh mengambil gambar dokumen untuk pasukan kes menempatkan semua bukti dengan selamat di dalam Dropbox. “Kami berasa sangat selesa meletakkan maklumat klien kami di dalam Dropbox, kerana kami boleh mengawal siapa yang mempunyai akses, dan untuk berapa lama,” kata Finkbeiner. Penyelesaian ini juga membolehkan kakitangan di Beirut dan Amman untuk terus bekerja apabila mereka membuat lawatan tempat tinggal untuk klien yang tidak mempunyai Internet. “Kami boleh menambah bukti kepada folder yang betul tanpa berada dalam talian,” kata Finkbeiner. “Apabila kami kembali ke pejabat, kelajuan penyelarasan Dropbox adalah jauh lebih laju berbanding platform lain yang kami pernah cuba.” Kembali di ibu pejabat di New York, Dropbox Business telah menjadikannya mudah bagi IRAP menguruskan kewangan dan operasi Sumber Manusianya. “Menyimpan segala-galanya dalam satu tempat membantu kami menjalankan operasi harian kami,” kata Kelly Blundin, Pengarah Pembangunan. “Kami mengambil dan membuang terlalu ramai rakan kongsi mengikut perubahan kes, dan ia jauh lebih mudah dengan Dropbox Business kerana kami boleh menyahkongsi folder atau membuang akaun.”

Hasil

Menyelesaikan masalah global

IRAP telah membantu lebih daripada 3,100 keluarga pelarian -- yang selalunya disasarkan kerana menjadi minoriti atau dikaitkan dengan tentera AS -- keluar dari bahaya dan ditempatkan semula. Dropbox Business telah membolehkan peguam di seluruh dunia untuk bekerjasama dengan pantas dan cekap dalam kes penempatan semula yang penting ini, kata Finkbeiner. Beliau memetik kes seorang penterjemah Iraq yang bekerja untuk tentera AS yang menerima ancaman bunuh kerana kerjanya sebelum melarikan diri ke Jordan bersama isteri dan anak perempuannya sebagai salah satu contoh. Dengan bantuan peguam di Linklaters, peguam di Jordan, dan pejabat IRAP di New York, klien itu ditempatkan semula di AS bersama keluarganya. “Tiada seorang pun daripada kami pernah bekerja bersama-sama secara peribadi,” kata Finkbeiner. “Ia adalah beberapa guaman hebat yang saya berpeluang menyelia, dan tidak mungkin boleh dicapai tanpa Dropbox.” Penyelesaian ini turut membantu IRAP menskala usahanya untuk membantu lebih ramai orang. ”Kami dapat mengambil 500 atau 600 kes berbanding 50 atau 60 kes semasa kami baru bermula,” kata Becca Heller, Pengasas. ”Krisis pelarian berlaku secara global, dan ini bermaksud tindak balas juga perlulah global."

Penyelesaian perkongsian dan penyimpanan terbaik untuk perniagaan anda