{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Pengedar bir bergantung kepada Dropbox Business untuk mengemas kini jurujual di tapak dengan bahan promosi terkini, membantu syarikat kekal di hadapan dalam pasaran kompetitif.

Hasil Utama J.J. Taylor Companies

Hubungan yang lebih erat dengan peruncit

20% peningkatan dalam produktiviti pekerja

Perlindungan yang dipertingkat terhadap maklumat sensitif

CABARAN

Kekal selaras dengan industri yang sentiasa berubah

Sebagai pengedar, ia adalah tugas J.J. Taylor untuk memastikan bahawa rak kedai sentiasa dipenuhi dengan bir daripada jenama ikonik seperti Miller dan Coors. Tetapi pertumbuhan syarikat bergantung kepada generasi peminum bir yang lebih muda, yang semakin kerap mencapai ke dalam bekas dingin untuk bir kraf berbanding bru yang lebih dikenali, kata Ketua Pegawai Maklumat, Greg Fithian. “Sejak 15 tahun yang lalu, kami telah menambah empat kali ganda jumlah bir SKU di gudang kami,” kata Fithian, yang syarikatnya menyelia pengedaran di Florida dan Minnesota. Terpaksa mengikuti cita rasa yang berubah ini membuatkan J.J. Taylor memikirkan semula beberapa caranya dalam mengendalikan perniagaan. Jurujual sebelum ini terpaksa singgah ke gudang untuk mendapatkan bahan pemasaran yang dikemas kini sebelum melawat kedai runcit. “Kami memerlukan cara untuk mendapatkan bahan yang relevan kepada jurujual kami dengan pantas,” kata Fithian. ”Peruncit kami bertanya kepada kami setiap hari, apakah bir yang paling popular dan bagaimana untuk mempromosikannya.” Syarikat telah mencuba dua penyelesaian perkongsian fail yang berlainan, tetapi kedua-duanya tidak berfungsi dengan baik dengan iPad dan Microsoft Office. Dropbox Business akhirnya muncul sebagai pilihan terbaik disebabkan oleh fleksibilitinya dengan jenis fail dan platform. ”Kami tidak perlu menukarkan apa-apa,” kata Fithian. ”Dropbox membolehkan kami bekerja tanpa kerungsingan yang datang dengan platform yang lain.”

”Pasaran kami berubah secara harian dan dengan Dropbox Business, kami boleh kekal mendahului trend berbanding kejar mengejar.”

PENYELESAIAN

Menyampaikan aset utama kepada jurujual

Dropbox Business mengubah cara J.J. Taylor dipasarkan. Hari ini, syarikat menyediakan setiap jurujual dengan folder kongsian yang mengandungi PDF, JPEG, dan klip video pemasaran, serta butiran harga dalam hamparan Excel. Tiada lagi kekabutan saat akhir mencari bahan pemasaran jualan. “Dropbox membantu kami menyerahkan perubahan logo dan bahan dalam satu tempat bersepadu, dan boleh diakses,“ kata Christina Newman, Pentadbir IT. Jurujual menggunakan fail PDF dengan peta kedudukan produk atau “planogram“ untuk mengatur paparan produk dalam kedai, kerana kedudukan berubah sepanjang masa, bergantung kepada bir apa yang popular. “Berkongsi planogram sebagai pautan Dropbox adalah sangat berguna kerana ia dikemas kini secara automatik kepada versi terkini, membolehkan pasukan jualan kami menyesuaikan diri dengan cepat,“ kata Newman. Menggunakan Dropbox telah membolehkan wakil untuk kekal fokus pada kerja mereka memberikan perkhidmatan kepada peruncit kerana kini mereka membawa segala-gala yang mereka perlukan pada iPad mereka. J.J. Taylor juga menggunakan Dropbox untuk membantu menguruskan inventori. Wakil jualan boleh mengambil gambar susun atur produk di dalam kedai, yang dimuat naik secara automatik ke folder kongsian Dropbox. Ini membantu memastikan jenama J.J. Taylor tidak dialihkan oleh pesaing, kata Fithian. “Kini kami mempunyai akses cepat kepada imej-imej ini yang membantu kami mempertahankan ruang kami dalam peti penyejuk,” katanya. Dropbox Business juga membolehkan IT untuk melindungi dokumen harga dan penjenamaan sensitif dengan lebih baik. Konsol Pentadbir membolehkan Neman untuk memastikan orang melog masuk dengan betul ke Dropbox menggunakan single sign on dan kegunaan penyelesaian ini dimaksimumkan untuk kerjasama. ”Apabila pekerja meninggalkan syarikat, kami masih boleh melindungi data syarikat dengan menghapuskan pemacu keras mana-mana peranti.”

”Kita hidup dalam dunia yang sukakan kepuasan segera, dan Dropbox Business membolehkan kami berkongsi produk baru dengan pelanggan dalam masa nyata.”

HASIL

Mengeratkan hubungan sambil menjimatkan sumber

Mengeratkan hubungan sambil menjimatkan sumber Dropbox Business telah membantu J.J. Taylor meningkatkan produktiviti, sambil mengurangkan perbelanjaan. Penyelesaian ini telah mempertingkatkan produktiviti dalaman sebanyak 20%, anggaran Keith Baily, Pengurus Jualan. ”Dropbox Business membolehkan kami menyampaikan maklumat kepada pasukan kami dengan pantas dan cekap,” kata Baily. “Kami tidak lagi menghadapi masalah komunikasi tentang perkara penting.“ Membawa idea baru, bernas, dan menguntungkan kepada peruncit telah mengeratkan perhubungan, sekali gus menjana lebih banyak penjualan untuk J.J. Taylor, kata Fithian. “Menunjukkan iklan baru kepada peruncit dengan serta merta adalah sangat penting apabila menjual produk baru,“ katanya. “Pelanggan benar-benar menghargai jika mereka tidak perlu menunggu untuk mendapatkan maklumat yang dikemas kini.“ Terima kasih kepada penggunaan mudah Dropbox, IT telah melihat permintaan asas yang semakin berkurang tentang perkongsian maklumat. “Daripada perspektif meja perkhidmatan, kehidupan jauh lebih mudah kerana setelah pekerja dilatih untuk menggunakan Dropbox,“ kata Fithian,“ia memang berfungsi.” Ramai dari pekerja tersebut termasuk pengurus pasukan dan orang atasan. ”Kami selalu mempunyai perbincangan harian dengan pemimpin kanan tentang bagaimana mereka boleh mendapatkan maklumat,” kata Fithian. ”Dengan Dropbox Business, mereka tahu ke mana perlu dituju dan ia menjimatkan masa semua orang.”