Syarikat pakaian fesyen Paris ini memastikan kakitangan di tiga benua berhubung menerusi Dropbox Business, memacu pertumbuhan perniagaan yang mengagumkan untuk pasukan kecil ini.

Hasil Utama Les Lunes

Kerjasama lancar di semua lokasi global

Peningkatan produktiviti menerusi peranti mudah alih

Keselamatan dipertingkat terhadap rekaan sensitif

CABARAN

Menjalankan perniagaan mengikut cara anda

Les Lunes merupakan perkataan Perancis yang bermaksud “bulan”, dan itulah sejauh mana matlamat yang ingin dicapai oleh CEO, Anna Lecat, semasa beliau menubuhkan syarikat pakaiannya pada 2010. Idea beliau cukup besar bagi seorang pemilik perniagaan kecil: pasukan reka bentuk syarikat ini bertempat di Paris, lokasi Lecat bertemu rakan kongsi perniagaan beliau. Namun begitu, pengilangan pakaian yang menggunakan fabrik yang diperbuat daripada buluh ini terletak di Shanghai, tempat beliau pernah bekerja dalam bidang pengurusan rantaian bekalan. Beliau turut mempunyai kedai jualan runcit di San Francisco, bandar kegemaran beliau di Amerika Syarikat. “Saya ingin mewujudkan sebuah syarikat yang membolehkan kami mengawal keseluruhan proses, dan boleh menggajikan orang yang paling berbakat dalam bidang masing-masing, tidak kira lokasi mereka,” kata Lecat. Untuk memastikan pasukan kekal selaras di lokasi-lokasi ini, Lecat menyedari beliau memerlukan cara kerjasama yang boleh diharapkan. “Disebabkan pasukan kami teragih, penting untuk kami memiliki alat yang membolehkan kami berkomunikasi, berkongsi data, gambar, pesanan pembelian, segala-galanya, pada masa nyata,” katanya. Menghantar imej besar melalui e-mel satu perkara yang amat memeningkan. Lecat sudah pun biasa menggunakan Dropbox kerana beliau menggunakannya untuk mengakses fail peribadi ketika berjauhan daripada ahli keluarga. “Saya sangat sukakan Dropbox sehinggakan apabila pasukan Les Lunes ditubuhkan, tiada persoalan untuk kami mendapatkan akaun Dropbox Business,” kata Lecat.

PENYELESAIAN

Menghubungkan lokasi di seluruh dunia

Les Lunes menguruskan proses rekaan pakaian global mereka yang rumit menggunakan Dropbox Business. Pereka di Paris akan memuat naik lukisan ke folder kongsian, membolehkan pencipta corak untuk memberi komen pada imej sementara mereka memutuskan jenis fabrik yang akan digunakan. “Ia jauh lebih bagus daripada menghantar e-mel, dan kami gunakan integrasi Dropbox dengan Slack untuk menghantar pautan kepada fail kami dengan mudah sementara kami berinteraksi melalui mesej antara satu sama lain,” kata Lecat. Menggunakan pautan Dropbox, pekerja Les Lunes berkongsi gambar model yang menggayakan pakaian baru. Ini membolehkan pereka menilai gaya dan kesesuaian sebelum memberikan lampu hijau kepada tukang jahit di Shanghai. Les Lunes turut bergantung pada Dropbox dalam usaha pemasaran mereka. Jurugambar syarikat yang berasas di Berlin akan memuat naik gambar resolusi tinggi untuk digunakan di laman web dan peluang media ke Dropbox. Ini memudahkan pasukan pemasaran Paris menghantar pautan kepada imej di dalam folder kepada wartawan. Bagi lokasi kedai jualan runcit mereka di San Francisco pula, Les Lunes bekerja dengan kontraktor untuk “menghasilkan pameran pakaian yang menawan di samping pengalaman membeli-belah yang asli,” kata Lecat. “Kami bekerja bersama perunding kami menerusi Dropbox untuk memastikan wawasan kami direalisasikan,” kata beliau. Dan apabila kerja kontraktor tamat, Les Lunes menggunakan ciri penghapusan jarak jauh untuk memastikan fail sensitif tidak lagi berada pada sebarang peranti luar.

HASIL

Mereka bentuk untuk kerjasama lancar

Dropbox Business memastikan pasukan Les Lunes yang teragih terus berhubung dan produktif dari mana-mana lokasi. Sama ada pekerja di Eropah atau China, mahupun penulis iklan di Sonoma County, California, pekerja Les Lunes jarang sekali berada dalam zon masa yang sama, kata Lecat. “Saya tak boleh bayangkan bagaimana kami bekerjasama dengan pekerja jarak jauh jika kami tiada Dropbox Business,” katanya. “Dapat bekerja bersama-sama dari mana-mana lokasi melonjakkan momentum kami, dan memastikan perniagaan ini terus berkembang pada kadar pecut.” Pekerja Les Lunes kerap terbang di antara Amerika Syarikat, China, dan Perancis. Mereka dapat mengakses dan berkongsi fail kerja mereka daripada Dropbox pada telefon mereka. ”Tanpa akses kepada semua maklumat kami, mustahil kami dapat kekal produktif dalam perjalanan perniagaan,” kata Lecat. ”Bila saya pergi ke Dropbox dan semuanya ada di sana — ia bagaikan seorang rakan yang setia.”

Penyelesaian perkongsian dan penyimpanan terbaik untuk perniagaan anda