Syarikat audio ini menggunakan Dropbox Business sebagai ruang kerja kolaboratif untuk rakan sekerja di seluruh dunia, memudahkan peningkatan produktiviti.

Hasil Utama Libratone

Keahlian dan pengurusan pengguna mudah

Produktiviti maksimum merentas tenaga kerja mudah alih

Teknologi yang berkembang bersama keperluan syarikat

Cabaran

Bermula dengan nada tinggi

Libratone dilancarkan pada tahun 2009 dengan tujuan menghasilkan peralatan audio untuk dunia muzik digital moden. Untuk melakukannya, syarikat ini memerlukan satu infrastruktur teknologi yang turut dibina untuk dunia moden. Penyelesaian awan nampak seperti pilihan yang sempurna untuk syarikat muda ini kerana ia tidak mengekang pengguna, memerlukan sokongan IT, atau melibatkan pelaburan besar. Sementara pengasas Libratone meneroka perkhidmatan yang ada, mereka terjumpa Dropbox dan serta-merta tahu mereka telah menemui teknologi yang memenuhi semua syarat mereka. Menurut Tommy Andersen, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Libratone, “Dropbox dipilih sejak hari pertama untuk menjadi tulang belakang infrastruktur kami. Ia adalah dan masih menjadi peneraju dalam ruang awan, jadi itu membuatkan ia satu pilihan yang jelas. Ia membolehkan kami meminimumkan perkhidmatan dalaman dan mengoptimumkan sokongan untuk pengguna kami, dan pelan harga bayar mengikut pengguna amat ideal untuk sebuah syarikat baru.“

“Dropbox dipilih sejak hari pertama untuk menjadi tulang belakang infrastruktur kami. Ia adalah dan masih menjadi peneraju dalam ruang awan, jadi itu membuatkan ia satu pilihan yang jelas.

Tommy Andersen, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, Libratone

Penyelesaian

Bermula dengan nada tinggi

Libratone dilancarkan pada tahun 2009 dengan tujuan menghasilkan peralatan audio untuk dunia muzik digital moden. Untuk melakukannya, syarikat ini memerlukan satu infrastruktur teknologi yang turut dibina untuk dunia moden. Penyelesaian awan nampak seperti pilihan yang sempurna untuk syarikat muda ini kerana ia tidak mengekang pengguna, memerlukan sokongan IT, atau melibatkan pelaburan besar. Sementara pengasas Libratone meneroka perkhidmatan yang ada, mereka terjumpa Dropbox dan serta-merta tahu mereka telah menemui teknologi yang memenuhi semua syarat mereka. Menurut Tommy Andersen, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Libratone, “Dropbox dipilih sejak hari pertama untuk menjadi tulang belakang infrastruktur kami. Ia adalah dan masih menjadi peneraju dalam ruang awan, jadi itu membuatkan ia satu pilihan yang jelas. Ia membolehkan kami meminimumkan perkhidmatan dalaman dan mengoptimumkan sokongan untuk pengguna kami, dan pelan harga bayar mengikut pengguna amat ideal untuk sebuah syarikat baru.“

“Dropbox Business menawarkan cara yang mudah untuk berkongsi maklumat dan menjamin produktiviti. Ia telah menjadi sebahagian penting dalam cara kami berinteraksi dengan data kami, sampai kami lupa ia ada di sana!“

Tommy Andersen, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, Libratone

Hasil

Menguruskan perkongsian mudah alih, merentas dunia

Sejak penubuhannya, Libratone telah mengekalkan tenaga pekerja yang merentangi lokasi di seluruh Eropah, Asia, dan Amerika Utara. Walaupun penyelidikan, pembangunan dan ciptaan hak harta intelek dikendalikan secara dalaman di Copenhagen, kebanyakan pengeluaran bertempat di Asia — memerlukan data disimpan dengan selamat dan sentiasa tersedia kepada sekutu perniagaan di benua lain. “Kami ada kira-kira lima belas hingga dua puluh orang di pejabat secara tetap, dan bakinya bekerja dari jauh,“ jelas Andersen. “Dropbox Business memastikan kakitangan kami terus terhubung dan membolehkan kami berurus niaga dengan rakan kongsi di luar syarikat dengan mudah.“ Ahli sepasukan R&D Libratone menggunakan Dropbox Business sebagai ruang kerjasama untuk maklumat produk seperti ilmu mekanik akustik dan telefon bimbit. Pekerja yang menguruskan paten bergantung pada Dropbox untuk berkongsi maklumat dengan rakan kongsi perundangan luar. Dan kakitangan Libratone serta pengilang menggunakan Dropbox untuk bertukar-tukar spesifikasi produk dan menjejak data daripada peralatan pengeluaran yang sebenar. Andersen berkata, “Memang benar, segala-galanya diletakkan dalam Dropbox — daripada fail yang amat kecil kepada amat besar. Dropbox Business menawarkan cara yang mudah untuk berkongsi maklumat dan menjamin produktiviti. Ia telah menjadi sebahagian penting dalam cara kami berinteraksi dengan data kami, sampai kami lupa ia ada di sana!“ Dropbox Business juga merupakan bahagian penting dalam proses penjualan Libratone. Sebagai salah satu kumpulan yang paling lincah di Libratone, pasukan jualan dan pemasaran bergantung pada Dropbox Business semasa mesyuarat di tapak bersama pengimport, pengedar, dan peruncit — termasuk Apple dan kedai elektronik pengguna yang lain. “Eksekutif jualan kami perlu dapat mengakses data, di luar premis, daripada iPhone atau iPad mereka,“ tambah Andersen. “Dropbox Business membolehkan mereka untuk melakukannya.“

Penyelesaian perkongsian dan storan terbaik untuk perniagaan anda