{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Perniagaan kecil ini mereka papan tanda tersuai untuk jenama kecil dan besar, bergantung pada Dropbox Business untuk bekerjasama dengan pelanggan dan rakan sekerja di lokasi jauh.

Hasil Utama Martin Sign Company

Kerjasama lebih lancar bersama pelanggan

Produktiviti meningkat menerusi akses mudah alih

Kawalan lebih baik ke atas aset kreatif syarikat

Cabaran

Menandakan papan baru

Selepas 12 tahun bekerja untuk kedai papan tanda besar, Martin Wall memutuskan bahawa beliau paling suka dengan papan tanda ”Pembukaan Besar-besaran.” Martin Sign Company ditubuhkan pada 2011, memberi peluang kepada graduan seni ini peluang untuk menghasilkan papan tanda kraftangan sendiri untuk muzium MoMa di SF, perkhidmatan tempahan OpenTable, dan pelanggan lain. Buat kali pertama, Wall bukan sahaja mendapat kebebasan kreatif, tetapi juga kebebasan untuk menjalankan perniagaan mengikut cara sendiri. Pada kerja lama beliau, Wall menghabiskan masa berharga bergantung pada DVD dan pemacu luaran untuk menghantar reka bentuk kepada pelanggan. Pelayan syarikat lama beliau juga tidak mesra pengguna. ”Bila saya menjejakkan kaki keluar dari premis syarikat, saya tidak dapat mengakses sebarang fail saya,” kata Wall. Lokasi pertama Martin Sign Company merupakan ”almari” bersaiz 700 kaki persegi di Mission District, San Francisco, di mana Wall dan rakan kongsi perniagaan, Matt Cella, dapat kekal selaras menerusi perbualan dan e-mel secara kerap. Tetapi selepas menggajikan pereka bentuk pertama syarikat ini, trafik e-mel meningkat secara mendadak. Pernah menggunakan akaun Dropbox peribadi untuk berkongsi projek seni peribadi beliau, Wall memutuskan untuk beralih kepada Dropbox Business untuk membantu memastikan fail teratur semasa bekerja. ”Kami perlu nampak profesional, dan kami sudah tahu dan sukakan Dropbox,” kata beliau. ”Kami benar-benar ingin melabur dalam teknologi yang tepat dan memastikan kami mengikut arus.”

”Dengan fleksibiliti Dropbox Business, saya boleh tambah pengguna dalam sekelip mata atau menjadikan hidup pelanggan lebih mudah dengan berkongsi kerja seni di dalam folder. Kebolehskalaan ini telah membolehkan kami berkembang lebih pantas daripada jangkaan saya sebagai sebuah perniagaan kecil.”

PENYELESAIAN

Bekerjasama di dalam dan luar pejabat

Kini dengan 10 pekerja dan lebih 2,000 pelanggan, Martin Sign Company menggunakan Dropbox Business dalam seluruh proses reka bentuk dan pemasangan mereka. Untuk mengumpul fail reka bentuk daripada pelanggan, kakitangan menggunakan permintaan fail atau menjemput mereka ke folder kongsian. Rangkaian kedai roti, contohnya, menyerahkan menu mereka kepada Martin Sign melalui Dropbox, memudahkan kakitangan untuk tahu mereka sedang mengusahakan versi terkini. “Klien tahu ke mana untuk menghantar fail seni mereka kepada kami,” kata Wall. ”Ataupun bila mereka minta kami untuk menjana pruf, mereka boleh menyemak dan memberi komen pada idea kami dengan mudah.” Dan kerja seni hanyalah permulaan. Klien juga memuat naik foto lokasi di mana papan tanda itu akan diletakkan supaya pemasang tahu material apa untuk digunakan. ”Ia mengambil beberapa penyerahan untuk mendapat papan tanda yang sempurna,” kata Wall. ”Di sebalik mencari peti masuk yang penuh, kami tahu di mana kebanyakan versi terkini diletakkan di dalam folder Dropbox kami.” Setelah pasukan ini berkembang, Dropbox Business juga telah membolehkan kakitangan Martin Sign kekal produktif di mana sahaja mereka bekerja. Pereka bentuk kami berpindah ke Wisconsin atas sebab keluarga, kata Wall. ”Dengan Dropbox, kami dapat terus menggajikan dia kerana dia boleh bekerja dari jauh,” kata Wall. ”Ia seolah-olah dia tidak pernah pindah.” Apabila kakitangan berada di tapak kerja, mereka boleh membuka kerja seni daripada Dropbox pada telefon mereka. Dan selepas kontraktor menyiapkan kerja ataupun pekerja berhenti, Wall menggunakan pemindahan akaun dalam Konsol Pentadbir untuk memindahkan fail projek kepada ahli pasukan baru. Dengan cara ini, tiada sesiapa akan keliru.

“Saya tahu ramai pemilik perniagaan membelanjakan sekitar $25,000 untuk kos pelayan. Itu wang yang kami jimatkan dengan menggunakan Dropbox, sambil mendapat akses lebih mudah kepada fail kami.“

HASIL

Berjimat wang, melabur dalam pertumbuhan

Dropbox Business telah membantu menjadikan impian Wall untuk menjalankan syarikat sendiri satu kenyataan, kata Wall. “Saya tahu ramai pemilik perniagaan membelanjakan sekitar $25,000 untuk kos pelayan,“ katanya. “Itu wang yang kami jimatkan dengan menggunakan Dropbox, sambil mendapat akses lebih mudah kepada fail kami.“ Wall menambah bahawa Dropbox telah membolehkan syarikat ini menyesuaikan perniagaan dengan pasaran yang kerap berubah. Apabila beliau memulakan Martin Sign Company, Wall berkata beliau lebih fokus pada sudut kreatif perniagaan. Tetapi Dropbox telah membantu beliau menjadikan syarikat ini sebuah majikan dan pembekal yang lebih baik, katanya. ”Dengan fleksibiliti Dropbox Business, saya boleh tambah pengguna dalam sekelip mata atau menjadikan hidup pelanggan lebih mudah dengan berkongsi kerja seni di dalam folder,“ katanya. “Kebolehskalaan ini telah membolehkan kami berkembang lebih pantas daripada jangkaan saya sebagai sebuah perniagaan kecil.”