Dropbox Business menyediakan ejen hartanah akses segera kepada brosur dan pelan mereka dari mana-mana lokasi, mempercepatkan komunikasi bersama pelanggan dan ibu pejabat.

Hasil Utama Mirvac

Keupayaan lebih baik untuk membentang maklumat hartanah

Peningkatan produktiviti dalam perjalanan

Rundingan lebih mudah antara eksekutif dan peruncit

Cabaran

Membuka laluan

Dengan hartanah dari Queensland ke Victoria, Pasukan Runcit Mirvac menghabiskan banyak masa mereka dalam perjalanan. Eksekutif penyewaan khususnya perlu berada di tapak, bertemu dengan peruncit dan mengenali setiap selok-belok pasaran mereka. Untuk bekerja secekap yang mungkin, mereka memerlukan akses segera kepada sumber syarikat seperti belanjawan, pelan pusat beli-belah, hamparan maklumat dan foto pajakan. Sebelum ini, jika pasukan memerlukan laporan hartanah yang terbaru, beberapa e-mel perlu dihantar kepada mereka untuk menampung fail yang bersaiz besar. Sebagai alternatif, mereka perlu mengatur fail untuk dimuat naik ke pemacu USB ataupun dicetak, dan kemudian dihantar melalui kurier kepada mereka—yang terbukti mahal dan satu pembaziran masa. Segala-galanya berubah apabila Mirvac beralih kepada Dropbox Business. Dengan Dropbox, eksekutif boleh bekerja daripada iPad dan iPhone mereka, dengan akses berterusan kepada maklumat terkini tentang hartanah Mirvac. Koordinator Sewa Runcit Negara Mirvac, Joann Chung, berkata, “Cara Dropbox Business membolehkan saya bekerja di lokasi berbeza dengan semua dokumen yang saya perlukan di hujung jari amatlah berharga.”

“Dengan Dropbox Business, kami boleh menunjukkan brosur penyewaan dan pelan pusat perniagaan kepada peruncit, atau membuka data jualan pada iPad kami sambil menikmati kopi bersama mereka.”

Joann Chung, Penyelaras Pajakan Runcit Nasional, Mirvac

Penyelesaian

Menyokong tenaga kerja bergerak

Peralihan kepada Dropbox Business merupakan satu perkembangan semula jadi, setelah beberapa pekerja Mirvac mula menggunakan akaun Dropbox peribadi untuk menyimpan fail penting. Menurut Joann, “Ia sampai ke satu tahap di mana semua orang menggunakannya dan kami tahu kami boleh menyediakan Dropbox Business untuk memperkemaskan akses kepada alat penyewaan.” Oleh kerana Dropbox mudah untuk digunakan — dan beberapa kakitangan sudah biasa dengannya — beralih kepada Dropbox Business sememangnya senang. “Perkara hebat mengenai Dropbox Business adalah orang yang tidak celik IT pun boleh memahaminya,” tambah Joann. “Anda hanya klik pada fail, muat turun dan ia ada pada peranti anda.” Sama ada eksekutif penyewaan sedang bekerja dari pusat perniagaan milik Mirvac, pejabat di rumah, atau di mana-mana sahaja, Dropbox Business meletakkan semua maklumat yang mereka perlukan dalam jangkauan. Sifat mudah alih Dropbox amat penting kepada eksekutif terutamanya apabila mereka bertemu dengan pelanggan berpotensi. Joann menjelaskan, “Dengan Dropbox Business, kami boleh menunjukkan brosur penyewaan dan perancangan pelan pusat perniagaan kepada peruncit, atau membuka data jualan pada iPad kami sambil menikmati kopi bersama mereka. Keupayaan untuk bekerja di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa, amat penting untuk perniagaan kami.” Fail Dropbox yang boleh diakses dengan atau tanpa sambungan Internet juga penting, kerana sesetengah hartanah syarikat terletak di luar pusat bandar — “Kami tidak selalu boleh jamin sambungan Internet yang boleh diharapkan ke mana-mana kami pergi” kata Joann. “Tetapi setelah dokumen dimuat turun dalam Dropbox Business, kami boleh mengaksesnya tanpa perlu menggunakan Internet.” Dengan memberi kakitangan akses yang lebih baik kepada material yang mereka perlukan, Mirvac telah meningkatkan produktiviti dalam seluruh syarikat. “Pengurus saya sukakan Dropbox Business kerana ia membolehkan beliau kekal produktif walaupun semasa melancong,” tambah Joann. “Beliau keluar masuk mesyuarat sepanjang masa, tetapi Dropbox membolehkan beliau meluluskan urus niaga dan membuat keputusan yang lebih bijak, tidak kira di mana beliau berada.”

“Cara Dropbox Business membolehkan saya bekerja di lokasi berbeza dengan semua dokumen yang saya perlukan di hujung jari amatlah berharga.”

Joann Chung, Penyelaras Pajakan Runcit Nasional, Mirvac

Hasil

Perkongsian selamat dan fleksibel

Selain menambah baik mesyuarat pelanggan, Dropbox Business juga telah memperbaiki mesyuarat dalaman dengan membolehkan dokumen diedarkan dengan mudah kepada semua yang terlibat — walaupun mereka bekerja dari rumah. “Semasa mesyuarat pajakan bulanan, kami perlu maklumkan semua orang mengenai keadaan semasa di pelbagai pusat perniagaan,” jelas Joann. “Dropbox Business membolehkan kami semua melihat maklumat yang sama secara serentak.” Apabila berkongsi fail dengan orang di luar syarikat, Dropbox Business menyediakan kaedah yang selamat dan lebih mudah berbanding e-mel. Sebelum ini, eksekutif Mirvac terpaksa menggunakan beberapa lampiran e-mel untuk mengedarkan dokumen bersaiz besar kepada peruncit. Jika penerima mempunyai had storan dalam peti masuk mereka, eksekutif perlu menghantar beberapa e-mel untuk menghantar segala-galanya. Kini mereka boleh terus hantarkan pautan Dropbox. Menurut Joann, “Ia mengurangkan kekeliruan dan memudahkan rundingan antara eksekutif dan peruncit. Ia juga mengelakkan e-mel daripada ditolak akibat terlalu banyak lampiran.” Dengan cara yang ringkas namun berkuasa untuk mengakses dan berkongsi maklumat — dari mana sahaja — Dropbox Business telah menjadi sebahagian penting dalam operasi pajakan Mirvac. Joann merumuskan kepentingannya, menyatakan, “Dropbox telah menjadi seperti udara. Pasukan saya tidak boleh hidup tanpanya.”

Penyelesaian perkongsian dan storan terbaik untuk perniagaan anda