{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Hasil Utama Mobify

Penglihatan dan kawalan pentadbiran lebih baik

Keahlian mudah dan penerimaan meluas pengguna

Kerjasama dari mana sahaja, pada sebarang peranti

Cabaran

Mencuba-cuba

Dengan kakitangan berbakat teknikal di bawah naungan, Mobify beroperasi tanpa jabatan IT secara rasmi selama ini. Sebaliknya, ia mencari produk-produk hebat yang boleh digunakan tanpa memerlukan begitu banyak sokongan. Beberapa aplikasi — seperti Dropbox — menjadi pilihan tetap kerana ia digunakan secara meluas oleh pekerja. Walaupun akaun Dropbox Basic dan Pro popular antara pekerja, ia menghasilkan cabaran logistik. Dalam usaha untuk mewujudkan pengurusan fail korporat berpusat dan kawalan yang lebih baik ke atas akses fail, syarikat ini beralih kepada penyelesaian lain yang serupa dengan Dropbox. Malangnya, peralihan ini menjadi satu mimpi ngeri. Jurutera Sistem, Kyle Young, mengingati, “Kami mendapat aduan bahawa dokumen tidak diselaraskan dan sesetengah fail dihapuskan. Tiada sesiapa dapat menemui sebabnya.“ Syarikat ini memutuskan ia langsung tidak masuk akal untuk membayar penyelesaian yang tidak berkesan. Setelah yakin bahawa Dropbox Business memenuhi semua syarat mereka untuk keselamatan dan kawalan korporat, Mobify sangat gembira dan pantas berpindah balik ke Dropbox. “Semua orang ingat betapa lancarnya perkongsian dan penyelarasan dengan Dropbox,“ kata Young. “Tiada fail yang hilang, dan itulah apa yang pengguna mahu. Penyelesaian perusahaan juga memenuhi semua kriteria kami. Sesiapa sahaja yang bekerja dalam industri teknologi mempunyai standard yang lebih tinggi untuk alat yang mereka gunakan, dan Dropbox Business sebenarnya satu-satunya yang memenuhi syarat dalam penyelesaian perkongsian fail.“ Pada mulanya, pasukan dibekalkan dengan pelayan storan NAS dan akses VPN kepada fail di setiap pejabat. Tetapi sambungan VPN pantas terbukti bermasalah. Sebagai Pengurus Perkhidmatan IT Global, Nithin Veeraarasu, menjelaskan, “Akses jauh sering menjadi masalah, terutamanya untuk pasukan jualan kami. Mereka akan cuba membuka maklumat melalui VPN menggunakan kawasan khas 3G, yang mana tidak begitu ideal. Kami mula menghadapi begitu banyak masalah untuk cuba menyelaraskan dokumen dan memastikan versi yang betul.” Selain daripada cabaran sambungan dan versi, pengguna Mac — yang terdiri daripada 35% tenaga pekerja — mengalami percanggahan sistem pengendalian semasa cuba menggunakan VPN. Masalah bertimbun ini merumitkan proses perkembangan dan menuntut masa dan tenaga yang berlebihan daripada pasukan IT Mobify.

“Sesiapa sahaja yang bekerja dalam industri teknologi mempunyai standard yang lebih tinggi untuk alat yang mereka gunakan, dan Dropbox Business sebenarnya satu-satunya yang memenuhi syarat dalam penyelesaian perkongsian fail.“

Penyelesaian

Penerimaan pantas, mudah

Ia hanya mengambil masa seminggu untuk memasukkan keseluruhan 85 kakitangan Mobify ke Dropbox Business. Oleh kerana pengguna sudah pun mengenali dan sukakan Dropbox, penyediaan adalah ringkas — dan rungutan yang berleluasa dengan penyelesaian yang lama berhenti dengan serta-merta. Young menggambarkan Dropbox Business sebagai ”sangat intuitif,” menambah, ”Apa yang penting bagi kami adalah produktiviti dan kelajuan pasukan. Kami selalu ingin fokus pada kekuatan utama kami — iaitu nilai teras perniagaan kami, bukannya menguruskan IT. Dropbox Business membantu kami melakukannya.” Dropbox Business membolehkan Mobify mengambil balik kawalan ke atas dokumen syarikat, mengasingkan fail kerja dan peribadi dengan jelas sambil masih membenarkan pekerja mengakses akaun Dropbox peribadi mereka. Insiden penyelarasan yang berlaku dengan penyelesaian lama, seperti kehilangan templat kontrak jualan semasa rundingan masih berjalan, kini sudah dalam ingatan. Menurut Young, ”Saya pernah terpaksa menyelesaikan masalah selama beberapa jam setiap minggu. Keahlian, membuang ahli, dan menyediakan keizinan dengan penyelesaian lama kami boleh dikira sangat kuno jika dibandingkan dengan Dropbox Business.” Kini Young boleh membiarkan pemilik kandungan menguruskan keizinan fail mereka sendiri sementara beliau fokus pada prioriti sistem dan pembangunan produk. Sebagai pengguna teruja Dropbox Business sendiri, Young menjelaskan bahawa ”Di Mobify, kami lebih sukakan penyelesaian seperti Dropbox Business yang tidak memerlukan kami untuk menguruskannya. Masa yang kami jimatkan boleh dilaburkan ke dalam produk kami.”

”Di Mobify, kami lebih sukakan penyelesaian seperti Dropbox Business yang tidak memerlukan kami untuk menguruskannya. Masa yang kami jimatkan boleh dilaburkan ke dalam produk kami.”

Hasil

Menakluki kerjasama

Mobify menyediakan semua aset syarikat — seperti dokumen kebajikan kesihatan dan slaid daripada mesyuarat mingguan — dalam Dropbox Business, tetapi setiap jabatan juga menggunakan Dropbox Business untuk mencipta lingkungan perkongsian yang lebih kecil. Sebagai contoh, pereka bentuk pembangunan produk berkongsi fail dengan pereka bentuk pemasaran supaya mereka boleh berhubung dalam material promosi. “Dropbox Business sangat berguna dalam membantu mentaliti seperti ’persatuan,’ di mana pereka bentuk dalam pelbagai jabatan boleh berkomunikasi dan bekerjasama,” jelas Young. Dalam kerjasama luar pula, pautan kongsian Dropbox Business menyediakan cara yang mudah untuk Mobify menghantar material kepada rakan kongsi pemasaran mereka di Seattle, dan membenarkan pasukan perkhidmatan istimewa berkongsi mockup pembangunan produk bersama pelanggan. “Dropbox Business menjadi landasan untuk berkongsi aset terkini pada waktunya,“ kata Pakar Strategi Pemasaran Kandungan, David Fay. Apabila pekerja Mobify perlu menaiki penerbangan, ciri-ciri Dropbox Business, termasuk penyelarasan yang boleh diharapkan, akses luar talian, dan aplikasi mudah alih intuitif, membantu mereka kekal berhubung dan produktif. Seperti yang diterangkan Fay, “Kami akan berada dalam kapal terbang atau bilik hotel dan perlu mencipta aset dengan pantas. Dengan Dropbox Business, segala-galanya ada di sana, teratur, bila kami memerlukannya, dan itu membolehkan kami untuk mencipta material dengan pantas dan memastikan kerja terus berjalan.“ Sama ada pekerja Mobify berada dalam kemelut produksi atau dalam perjalanan untuk bertemu pelanggan baru, mereka boleh mengharapkan Dropbox Business. Kesenangan dan ketergantungan yang disediakan merupakan sebab Mobify memilih Dropbox pada awalnya — dan akhirnya.