Syarikat makanan ini menggunakan Dropbox Business untuk membolehkan wakil jualannya kekal berhubung semasa bekerja di luar pejabat, membolehkan pekerja bebas kertas dan kekal selaras dengan maklumat terkini.

Hasil Utama Orkla

Pembentangan produk yang lebih kemas dan moden

Sokongan lebih baik untuk tenaga jualan teragih

Lebih ketenangan fikiran dan pemerhatian pentadbiran

Cabaran

Mengevolusikan jenama terkenal

Apabila anda sudah dalam perniagaan melebihi tiga abad, anda sudah biasa melihat perniagaan anda berubah-ubah. Orkla telah menempuh waktu senang dan sukar dalam jabatannya — dan kemudian berkembang menjadi pengeluar terbesar dalam kategorinya di Scandinavia. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini setelah syarikat berkembang, tenaga jualannya telah beralih daripada operasi di pejabat dan aliran kerja menggunakan kertas kepada aliran kerja yang lebih mudah alih dengan proses digital. Syarikat ini pernah menggunakan Lotus Notes selama kira-kira dua puluh tahun, bergantung padanya sejajar dengan pangkalan data dan platform e-mel mereka untuk berkongsi dokumen — tanpa aliran kerja yang begitu jelas. Apabila semakin ramai pekerja mula bekerja dari rumah mereka, dalam perjalanan, dan di tapak lokasi pengedaran Orkla Foods, keperluan untuk sistem perkongsian fail yang lebih kemas dan baik timbul. “Kami perlukan cara yang lebih pantas untuk menghantar maklumat kepada wakil jualan kami dan cara yang lebih moden untuk membentangkan produk kami,” kata Ketua Sokongan Penjualan, Jon-Erik Andersgaard. “Kami mahu seluruh tenaga kerja mudah alih kami untuk mempunyai akses yang lebih baik kepada gambar dan video, serta dokumen pentadbiran yang menjelaskan bagaimana kami ingin bekerja.” Orkla Foods memutuskan untuk beralih kepada peranti tablet dan aplikasi penjualan mudah alih selain daripada SAP CRM, tetapi ini mendatangkan sekumpulan masalah baru untuk aliran kerjanya.

“Apl Dropbox amat mudah untuk diterangkan kepada orang yang baru berjinak-jinak dalam menggunakan peranti mudah alih untuk bekerja. Jika anda ingin pekerja memahami cara untuk mengakses dan berkongsi fail daripada peranti mudah alih dengan cepat, Dropbox adalah teknologi yang anda cari.”

Jon-Erik Andersgaard, Ketua Sokongan Penjualan, Orkla Foods

Penyelesaian

Aturan zaman baru

Walaupun tablet membolehkan wakil jualan Orkla Foods untuk kekal berhubung lebih baik semasa bekerja di luar, pekerja bergelut dengan cara untuk berkongsi dokumen di luar persekitaran tradisional di pejabat, masalah yang timbul akibat menggunakan aplikasi jualan. Mereka memerlukan apl yang berfungsi dengan lebih lancar dengan antara muka tablet dan membolehkan mereka melihat dan berkongsi dokumen dengan lebih mudah. Andersgaard menambah, “Wakil jualan kami memerlukan satu platform yang direka khusus untuk berkongsi dokumen dan fail media dengan pantas dan selamat.” Pasukan jualan menemui penyelesaiannya dalam Dropbox Business. Kefungsian aplikasi mudah alih yang mudah difahami ini sememangnya apa yang dicari oleh Orkla Foods. Menurut Andersgaard, “Apl Dropbox amat mudah untuk diterangkan kepada orang yang baru berjinak-jinak dalam menggunakan peranti mudah alih untuk bekerja. Jika anda ingin pekerja memahami cara untuk mengakses dan berkongsi fail daripada peranti mudah alih dengan cepat, Dropbox adalah teknologi yang anda cari.” Sekarang apabila wakil jualan melawat lokasi peruncit di seluruh benua, mereka boleh mendapatkan pembentangan PowerPoint, video, dan semua dokumen yang mereka perlukan untuk memeterai perjanjian. Mereka tidak lagi perlu mencari e-mel atau cuba mencari fail yang telah dikongsi melalui apl yang melecehkan. Selain itu, apabila syarikat mengemas kini maklumat produk, syarat-syarat penjualan, dan bahan pemasaran — seperti biasa beberapa kali setiap tahun — ia boleh menghantar fail-fail tersebut kepada pekerja tanpa mencetak atau mengedarkan dokumen secara manual. “Matlamat kami adalah untuk mengekalkan aliran kerja tanpa kertas,” jelas Andersgaard. “Dropbox Business menyediakan satu ruang digital untuk pekerja mencari semua maklumat yang diperlukan — daripada maklumat penjualan terbaru dan paling lengkap kepada dokumen pekerja baru kepada arahan laporan perbelanjaan.”

“Dengan Dropbox Business, kami mengawal sepenuhnya siapa yang akan melihat sesuatu dan bila dan untuk berapa lama. Sama ada kami membawa pekerja baru atau memastikan pasukan jualan kekal selaras, kami boleh menyediakan pengetahuan yang betul, di tempat yang betul, pada masa yang betul.”

Jon-Erik Andersgaard, Ketua Sokongan Penjualan, Orkla Foods

Hasil

Produktiviti bertemu ketenangan fikiran

Orkla Food menyukai Dropbox Business mungkin kerana ia menguasakan pekerja untuk bergerak bebas — tetapi ia juga memastikan fail syarikat terjamin dan selamat di satu tempat. Dengan kira-kira 300 pengguna dalam bidang jualan mudah alih, penghapusan fail tidak sengaja kadang-kala tidak boleh dielakkan. Tetapi seperti kata Andersgaard, “Dropbox Business benar-benar memberi kami ketenangan fikiran. Kesilapan pasti berlaku, dan mengetahui kami boleh memulihkan dokumen yang hilang dan versi terdahulu adalah amat mengujakan.” Selain mengetahui bahawa pekerjanya tidak perlu bimbang tentang kehilangan fail penting, syarikat ini juga boleh memastikan fail yang betul tersedia dengan segera dalam setiap situasi. “Dengan Dropbox Business, kami mengawal sepenuhnya siapa yang akan melihat sesuatu dan bila dan untuk berapa lama,” akui Andersgaard. “Sama ada kami membawa pekerja baru atau memastikan pasukan jualan kekal selaras, kami boleh menyediakan pengetahuan yang betul, di tempat yang betul, pada masa yang betul.”

Penyelesaian perkongsian dan storan terbaik untuk perniagaan anda