{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Patreon sedang mengubah cara para karyawan kreatif menjana pendapatan, jadi memastikan semua orang selaras—dengan menyatukan kandungan dan perbualan—adalah penting.

Hasil Utama Patreon

Jangka masa lebih pendek daripada idea kepada pelaksanaan

Kurang gangguan semasa waktu kreatif khusus

Proses maklum balas lebih bermaklumat

Cabaran

Rintangan proses kreatif

Ditubuhkan pada 2013, Patreon ingin mengubah cara pemuzik, artis, dan para karyawan kreatif lain menerima pendapatan. Platform yang berasaskan langganan ini membenarkan bakat-bakat kreatif membina halaman peminat mereka sendiri untuk menjana keahlian. Sebagai sebuah syarikat, Patreon mempunyai matlamat untuk bergerak sepantas bakat pencipta mereka. Tetapi sukar untuk menjadi lincah apabila pasukan ini sering melompat-lompat antara pelbagai aplikasi dan tetingkap untuk cuba mengikuti perbualan. Pasukan ini akan menghabiskan masa tercari-cari pautan lama dan menyalin/menampal maklum balas lama, membawa kepada proses kreatif yang terputus-putus.

“Slack adalah untuk komunikasi segera, dan Paper pula tempat meletakkan semua dokumen kami yang hidup dan bernafas. Dan ia hebat kerana kedua-duanya boleh disatukan.“

PENYELESAIAN

Integrasi Dropbox Paper + Slack

Menggunakan integrasi Paper dan Slack, Patreon telah berjaya memperbaiki proses kreatif mereka. Apabila pasukan Pemasaran Pencipta mereka menampalkan pautan Paper kepada usul dan reka bentuk dalam Slack, kolaborator boleh melihat pratonton terperinci bagi beberapa perenggan dan imej awal dokumen itu. "Ia benar-benar berguna untuk mengimbas bahagian yang penting dengan pantas, dan kami boleh lihat siapa lagi yang berada dalam dokumen itu dan sebarang perubahan yang mereka lakukan," kata Christine Donaldson, Pengurus Pemasaran Pencipta. Pemasar Patreon juga cuma taipkan "/paper new [title]" dalam Slack untuk mencipta dokumen baru dengan mudah apabila idea baru muncul. Mencari dokumen Paper dalam chat juga mudah dan cepat, dengan kefungsian carian yang dibina terus ke dalam Slack.

“Salah satu sifat teras kami adalah untuk bergerak 'cepat gila,' supaya kami boleh mengutamakan pencipta dan berkhidmat kepada komuniti mereka. Dan itu bermakna bahawa kami perlu bekerjasama dan berkomunikasi dengan pantas sebagai sebuah pasukan.”

HASIL

Bergerak "cepat gila"

Oleh kerana pemasar dan bakat kreatif tidak lagi perlu melompat-lompat antara aplikasi, mereka mampu untuk kekal dalam aliran kreatif mereka. Itu membolehkan mereka fokus pada membina perancangan dan proses baru untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada komuniti kreatif mereka. Integrasi ini juga membantu menyelaraskan maklum balas daripada pasukan dalaman dan mengumpulkan input daripada pihak luar, seperti juruanimasi, pengilustrator, dan juruvideo. “Berkomunikasi dengan pasukan saya dalam Slack kini satu pengalaman yang lancar dan tidak terganggu,” kata Donaldson. ”Saya boleh berkongsi semua nota, strategi, dan laporan saya dengan serta-merta daripada Dropbox Paper tanpa keluar daripada perbualan.”