{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Syarikat perancangan sumber perusahaan pembuatan awan ini telah menggandakan kakitangannya dalam dua tahun, menggunakan Dropbox Business untuk bekerjasama di antara lokasi dan peranti dengan lebih mudah.

Hasil Utama Plex Systems

Seni bina IT boleh skala dan kos efektif

Kadar respons pelanggan lebih pantas menerusi peranti mudah alih   

Kerjasama mudah dan lebih berkuasa merentasi lokasi   

CABARAN

Merempuh rintangan menuju pertumbuhan pesat

Diketuai oleh pengasas yang pernah bekerja dalam fasiliti perkilangan, Plex Systems membantu lebih 400 pengilang memperbaiki pengurusan inventori dan perkapalan dengan membawa proses-proses penting ini ke awan. Syarikat yang terletak di Michigan ini telah menggandakan kakitangan sejak dua tahun lepas, yang membawa kepada kesedaran bahawa ia perlu menaik taraf peralatan dalaman untuk seiring dengan pertumbuhan ini. Pekerja di lokasi yang berbeza bergantung pada e-mel untuk bekerja bersama-sama, yang sering mengakibatkan “mimpi ngeri pengurusan fail” pelbagai versi dokumen yang sama, kata Pengarah IT, Chris Pesola. “Kami perlukan cara yang lebih baik untuk bekerjasama merentasi pelbagai lokasi dan peranti,” katanya. Sebagai pembekal penyelesaian awan, Plex menilai beberapa penyelesaian kerjasama. Namun Dropbox Business jelas muncul sebagai kegemaran ramai terutamanya kerana kemudahan penggunaannya. Akibat berpindah daripada persekitaran PC semata-mata kepada persekitaran di mana semua platform dialu-alukan, syarikat ini memerlukan perkhidmatan yang akan berfungsi dengan lancar pada semua peranti. “Kami mahu penyelesaian yang kami pilih cukup mudah supaya ia tidak akan ditentang,” kata Pesola. “Itu sukar untuk dilakukan apabila melaksanakan sebarang teknologi.”

“Kami mahu apa yang orang rasakan paling selesa dari sudut pandangan antara muka pengguna, keselamatan, dan pelaksanaan. Ia perlu berfungsi dengan baik dengan Mac, komputer, telefon pintar, dan semua perkara di atas. Ia membawa kami kembali kepada satu jawapan, iaitu Dropbox.”

PENYELESAIAN

Membolehkan pengguna bekerja dengan alat kegemaran mereka

Dropbox Business memastikan pekerja produktif kerana mereka boleh menggunakan aplikasi kegemaran mereka dari mana sahaja. “Pengguna kami gembira kerana dapat membuka dokumen Microsoft Office natif dari web,” kata Pesola. Jabatan pemasaran kini bekerjasama dalam pembentangan PowerPoint menggunakan lambang Dropbox, yang membolehkan pekerja melihat siapa lagi yang sedang berada dalam fail dan mengemas kini kepada versi terbaru apabila perubahan dibuat. Ahli pasukan kewangan kini menghantar kontrak kepada wakil jualan sebagai pautan kongsian atau melalui folder kongsian. Ini memudahkan wakil jualan untuk mengakses dan berkongsi dokumen perjanjian ini bersama pelanggan, selalunya daripada peranti mudah alih. “Jika prospek menghubungi jurujual dan berkata, ‘Saya bersedia untuk menandatangan,’ mereka ada kontrak mereka di hujung jari,” kata Pesola. Konsol Pentadbir membantu Plex memastikan persekitaran BYOD selamat, kerana syarikat ini memantau penggunaan atau log masuk yang mencurigakan. Jika seorang pekerja kehilangan peranti atau berhenti kerja, IT boleh memindahkan fail atau menghapuskan peranti dari jauh.

“Kami perlu bersedia untuk menghadapi perubahan berterusan dalam dinamik persaingan dan dalam persekitaran perniagaan kami. Amat sukar untuk bayangkan bagaimana kami akan menguruskan operasi dan pengembangan sekarang tanpa platform kerjasama seperti Dropbox Business.”

HASIL

Mengurangkan kos dan meningkatkan produktiviti

Dengan Dropbox Business, Plex berkata ia berada di kedudukan yang lebih baik untuk menskala dengan pertumbuhan masa depan. Had storan untuk pemacu dan peranti setempat telah diturunkan, mengurangkan pelaburan jangka panjang syarikat dalam perkakasan. “Kesan serta-merta apabila kami tidak perlu menaik taraf seni bina infrastruktur kami adalah penjimatan mudah sebanyak beratus-ratus ribu,” kata Pesola. Untuk pasukan jualan dan pemasaran, trafik e-mel telah menurun disebabkan oleh penggunaan folder kongsian. Ini membolehkan pekerja lebih fokus pada kerja mereka dan keperluan pelanggan di sebalik menghabiskan masa mengenal pasti versi fail yang paling terkini. Dan dengan akses kepada kolateral dan kontrak utama melalui Dropbox pada peranti mudah alih mereka, wakil jualan mampu bertindak dengan lebih pantas kepada pelanggan. Pokok pangkalnya? Wakil jualan boleh menutup lebih banyak perjanjian dan meningkatkan pendapatan untuk syarikat.