Firma seni bina San Francisco ini menjalankan seluruh proses reka bentuk mereka di Dropbox Business, membolehkan mereka bekerja dengan lebih mudah bersama kontraktor dan melanjutkan kapasiti pasukan kecil ini.

Hasil Utama Red Dot Studio

Kerjasama lebih kuat secara dalaman dan dengan kontraktor

Lebih masa untuk fokus terhadap kerja reka bentuk

Pertumbuhan syarikat lebih cepat

Cabaran

Memintasi penyelesaian kolot

Untuk berkembang dalam pasaran hartanah San Francisco, Red Dot Studio mesti mereka bentuk kediaman elegan yang dapat memaksimumkan setiap kaki persegi yang bernilai. Dengan kakitangan seramai enam orang, firma seni bina ini menyedari bahawa susun atur dapur bukan satu-satunya ruang yang perlu kekal efisien. Pasukan ini perlu meringkaskan cara mereka berkongsi maklumat untuk berjaya sebagai sebuah syarikat kecil. Pada peringkat awal syarikat ini, Red Dot Studio mengupah sebuah firma perundingan IT untuk menyediakan pelayan di premis, berharap ia akan mengurangkan beban dalam menguruskan data. Tetapi hasilnya menjadi terbalik. “Pelayan itu besar, lembap, dan berbelit-belit, dan kami perlu menghubungi orang lain untuk membantu kami dengan glic,” kata Alix Daguin, Pereka Bentuk Projek dan pekerja kedua syarikat. Untuk sebuah pembentangan klien, pasukan ini memintas pelayan yang lapuk dengan berkongsi fail PDF, Photoshop, InDesign, dan CAD menggunakan akaun Dropbox peribadi Daguin. “Sehari selepas itu, kami sudah hilang sabar, dan kami pun mendaftar untuk Dropbox Business.“ kata beliau.

“Dropbox Business tiba pada masa yang tepat. Semasa berkembang daripada satu kepada enam pekerja, ia masuk akal untuk memanfaatkan fleksibiliti dan kemudahan menggunakan Dropbox. Kami boleh tumpukan tenaga kami terhadap kecekapan teras dan kelebihan daya saing kami: reka bentuk hebat, perhubungan pelanggan, dan pekerja.”

PENYELESAIAN

Bekerjasama di dalam dan luar pejabat

Hari ini, pereka bentuk Red Dot Studio menggunakan Dropbox Business untuk bekerjasama bukan hanya antara satu sama lain, malah turut dengan jurutera luar, perunding, dan klien. Dengan menyediakan folder kongsian bagi setiap projek, pasukan boleh bekerjasama dan menjejak semakan aset seperti pengiraan pelan, permit, dan reka bentuk skematik. ”Bekerja menerusi struktur folder yang teratur jauh lebih mudah berbanding e-mel, iaitu tempat fail lesap,” kata Daguin. ”Kontraktor kami sudah biasa dengan Dropbox, jadi mereka akan ambil apa yang mereka perlukan daripada folder kongsian kami untuk menyiapkan kerja mereka, yang mana mengelakkan kami daripada banyak berulang-alik.” Semasa membentangkan kepada klien atau menyelaras dengan jurutera, Red Dot Studio menggunakan pautan kongsian Dropbox untuk menghantar fail pembentangan dan CAD yang besar. Dropbox Business membolehkan ahli pasukan Red Dot Studio untuk sentiasa mengakses kerja mereka tidak kira di mana mereka berada. Apabila seseorang memerlukan konsep terbaru, mereka membukanya dengan pantas daripada aplikasi mudah alih Dropbox. ”Selepas melawat tapak pembinaan, dulu kami selalu membazir masa untuk mencari lakaran, mengimbasnya, dan kemudian menyimpan,” kata Daguin. ”Kini kami boleh tangkap gambar pada telefon kami, simpan ke tempat jangka masa panjang yang betul, dan agihkan dengan serta-merta. Ia jauh lebih lancar sekarang."

”Kontraktor kami sudah biasa dengan Dropbox, jadi mereka akan ambil apa yang mereka perlukan daripada folder kongsian kami untuk menyiapkan kerja mereka, yang mana mengelakkan kami daripada banyak berulang-alik.”

HASIL

Memastikan kakitangan dan kos tetap kecil

Red Dot Studio telah memindahkan semua fail syarikat ke dalam Dropbox Business, menyatakan ketenangan fikiran yang diterima oleh pekerja daripada penyelesaian ini. Mereka terutamanya sukakan ciri sejarah versi tanpa had, yang membenarkan mereka untuk kembali kepada versi dokumen terdahulu dan memulihkan fail yang tidak sengaja dihapuskan dengan mudah. “Walaupun jika terdapat banjir atau kebakaran, saya tahu Dropbox akan melindungi kami,“ kata Daguin. Bagi Red Dot Studio, Dropbox Business tiba pada masa yang tepat. “Semasa berkembang daripada satu kepada enam pekerja, ia masuk akal untuk memanfaatkan fleksibiliti dan kemudahan menggunakan Dropbox,“ kata Daguin. “Kami boleh tumpukan tenaga kami terhadap kecekapan teras dan kelebihan daya saing kami: reka bentuk hebat, perhubungan pelanggan, dan pekerja.”