Syarikat lagu iklan radio ini menggunakan Dropbox Business untuk berkongsi rakaman lagu iklan dan aset lain, memudahkan untuk berkongsi dan menyandarkan fail penting.

Hasil Utama ReelWorld

Interaksi lancar antara kakitangan dan klien 

Aliran kerja projek lebih berkesan 

Jaminan bahawa fail disimpan dengan selamat

Cabaran

Memutar frekuensi kepada teknologi terkini

ReelWorld mungkin bermula sebagai satu usaha sama antara dua teman di sebuah apartmen di Seattle, tetapi ia telah berkembang menjadi satu pengaruh besar dalam industri — menjana sebahagian besar pendapatannya menerusi perkongsian dengan syarikat gergasi seperti Clear Channel. Semakin syarikat ini berkembang dalam beberapa tahun, keperluan untuk teknologi canggih dan dasar IT formal telah turut meningkat. Empat tahun lalu, ReelWorld mula menggunakan Dropbox untuk perkongsian dan storan fail, sebahagian besarnya kerana ia tidak memerlukan perkakasan tambahan atau infrastruktur di premis. ”Kami mahu data kami diletakkan di luar pejabat,” jelas Pengurus Sokongan, Mike Meyer. ”Kami ingin mengelak daripada kehilangan apa-apa dalam situasi terburuk seperti kebakaran atau rompakan.” ReelWorld juga menghargai cara Dropbox mengendalikan muatan data secara adaptif, ”tidak menyentuh lebar jalur” semasa muat naik dan muat turun. Dan ia berfungsi merentas platform komputer, yang mana amat bernilai kepada syarikat yang berasaskan Mac dalam industri yang penuh dengan PC. Lagi banyak ReelWorld bergantung pada Dropbox — dan akhirnya Dropbox Business — lagi banyak ia mendapati betapa sesuainya Dropbox dengan keperluan mereka yang terus berkembang. Meyer berkata, “Semua perubahan kecil yang dilaksanakan oleh Dropbox sejak saya mula bekerja dengan ReelWorld benar-benar membezakannya daripada penyelesaian awan yang lain. Kami sudah melangkah jauh, dan kami yakin akan terus menjadi lebih baik.“

“Bekerja dalam zon masa yang berlainan boleh jadi leceh. Jika kami perlu menghantar fail ke UK pada pukul tiga dalam zon masa kami, ia tengah malam di sana. Tetapi Dropbox Business akan menyelaraskan semuanya pagi esok bila orang itu menghidupkan komputer mereka.“

Mike Meyer, Pengurus Sokongan, ReelWorld

Penyelesaian

Memperhalusi perkongsian dan penerbitan

Dropbox Business telah menjadi mustahak kepada aliran kerja ReelWorld dan penyempurnaan projek. “Pasukan pentadbiran dan jualan bergantung pada Dropbox Business,“ kata Meyer. Pengguna kerap Dropbox yang lain termasuklah komposer dan penulis, penyanyi, penerbit audio, dan pasukan yang mengendalikan penyampaian kandungan. Segala-galanya daripada dokumen pentadbiran dan kewangan kepada rakaman vokal penyanyi kepada lagu iklan dikongsi menerusi Dropbox Business. ”Untuk berkongsi fail MP3 atau WAV sebelum ini, kami perlu menulis CD,” seingat Meyer. ”Dropbox Business membolehkan kami menyediakan kandungan dengan lebih cepat. Ia menjadi alat pengangkutan dan arkib yang hebat juga.” Jabatan penerbitan syarikat ini mengekalkan dua arkib yang berbeza dalam Dropbox Business: pustaka dengan kira-kira 16,000 fail audio yang digunakan untuk projek aktif dan koleksi sesi dan fail yang tidak diperlukan sekarang, tetapi boleh diperlukan pada masa akan datang. Meyer berkata, ”Dropbox Business membolehkan kami mengedarkan maklumat daripada komputer setempat kami dan mengaksesnya pada mana-mana komputer lain — bila-bila kami memerlukan — menjadikan ia satu alat yang sangat berharga.” Satu lagi nilai yang diberikan Dropbox Business kepada ReelWorld adalah keupayaan untuk bekerjasama dengan rakan kongsi luar dengan mudah. Apabila syarikat ini mengupah kontraktor, ia boleh memastikan kakitangan kekal selaras sepenuhnya dengan kontraktor hanya dengan berkongsi folder. Untuk menghantar fail kepada klien, ReelWorld menggunakan pautan kongsian Dropbox Business. Menurut Meyer, “Kami menggunakan pautan Dropbox Business untuk menghantar pratonton lagu iklan dan memberi gambaran kepada klien sebelum ia siap.“

“Dropbox Business ibarat pisau Swiss Army dalam perkhidmatan awan. Begitu banyak perkara kecil yang kami boleh manipulasi dan gunakan. Ia penyelesaian storan pilihan kami — dan itu tidak akan berubah buat masa yang panjang.”

Mike Meyer, Pengurus Sokongan, ReelWorld

Hasil

Mudah alih penting

Dengan pekerja dan kontraktor di Seattle, UK, dan pelbagai lokasi lain di seluruh A.S. dan Eropah, ReelWorld amat bergantung pada akses fail jarak jauh yang disediakan oleh Dropbox Business. Menyelaraskan fail dengan baik, tidak kira di mana lokasi penerima, membantu ReelWorld untuk terus fokus dan produktif. Meyer menambah, “Bekerja dalam zon masa yang berlainan boleh jadi leceh. Jika kami perlu menghantar fail ke UK pada pukul tiga dalam zon masa kami, ia tengah malam di sana. Tetapi Dropbox Business akan menyelaraskan semuanya pagi esok bila orang itu menghidupkan komputer mereka.“ Akses fail mudah alih dan storan awan penting semasa hari bekerja biasa ReelWorld, tetapi ia lebih-lebih lagi penting untuk melindungi syarikat ini daripada situasi terburuk yang ditakuti sejak dari awal. Meyer mengakui, “Apabila komputer seorang pekerja dicuri, kami dapat mengakses dan menghapuskan fail pada komputer itu dari jauh, memang hebat. Amalan kami adalah meletakkan segala-galanya dalam Dropbox Business supaya jika berlaku bencana, kami boleh kembali bangkit dan berurusan dengan pantas.“ Contoh-contoh seperti ini hanyalah beberapa sebab ReelWorld terus setia bersama Dropbox Business selama ini. Meyer mengakui, “Dropbox Business ibarat pisau Swiss Army dalam perkhidmatan awan. Begitu banyak perkara kecil yang kami boleh manipulasi dan gunakan. Ia penyelesaian storan pilihan kami — dan itu tidak akan berubah buat masa yang panjang.”

Penyelesaian perkongsian dan storan terbaik untuk perniagaan anda